Jadi, moyang wujud di dunia dalam abad ke-21 ini? Ya, moyang kepada hidupan haiwan kini ditemui di Australia, berupa seperti cacing yang aneh. Nama moyang ini adalah Ikaria wariootia, organisma gumpalan lembut bersaiz sebutir beras.
Walaupun rupanya aneh, namun para saintis mengemukakan bahawa organisma ini menjadi satu contoh yang baik untuk mengkaji asal-usul haiwan bilaterian (haiwan berciri bilateral yang simetri bahagian kiri dan kanan) serta pembentukan mulut dan dubur.
Kata ahli geologi yang mengetuai kajian ini bernama Mary Droser dari universiti bernama UC Riverside, inilah haiwan yang menepati teori saintis, terutamanya ahli biologi evolusi berkenaan rupa moyang yang melahirkan seluruh haiwan moden. Beberapa tahun lalu, para saintis telah mengkaji banyak tentang kumpulan organisma bernama Ediacaran biota, kumpulan organisma purba yang wujud pada 635 juta tahun dulu.
Salah satu organisma bernama Dickinsonia telah mengambil perhatian ramai saintis di mana ia dianalisis sebagai haiwan terawal dunia dalam rekod fosil. Organisma ini walaupun haiwan terawal, ia tidak dikaitkan dengan pembentukan manusia dan haiwan bilaterian lain. Droser menerangkan bahawa Dickinsonia berkemungkinan telah awal pupus sebelum memulakan evolusi.
Maka, haiwan manakah yang menjadi moyang kepada kita (manusia secara biologi) dan seluruh haiwan bilaterian lain? Beberapa tahun kemudian, tapak fosil kesan galian organisma yang ditemui di Nilpena, Australia Seltana menarik perhatian saintis.
Tapak fosil itu adalah milik organisma bernama Helminthoidichnites yang wujud pada Fasa Ediacaran (sekitar 551 hingga 560 juta tahun dulu). Saintis berspekulasi bahawa organisma ini adalah pemula legasi haiwan bilaterian. Setelah melakukan pemeriksaan laser terhadap batu yang mempunyai tapak fosil, ternyata Helminthoidichnites adalah organisma seperti saintis bayangkan.
Ahli paleontologi yang menyertai penyelidikan ini, Scott Evans menyatakan bahawa mereka (para pengkaji) menyangka haiwan ini hidup pada fasa kini namun ia sangat sukar dikenalpasti. Dengan imbasan 3D dari organisma tersebut, mereka ketahui bahawa mereka peroleh penemuan yang penting.
Imbasan 3D menunjukkan bahawa organisma ini mempunyai panjang 2 hingga 7 milimeter dan lebarnya sepanjang 1-2.5 milimeter. Organisma ini bertukar nama sebagai Ikaria wariootia, yang mana namanya diambil dari Bahasa Adnyamathanha, Bahasa orang asal Australia yang tinggal di Kawasan Flinders Ranges. ‘Ikara’ bermaksud ‘tempat penemuan’, manakala ‘warioota’ bermaksud nama kawasan bernama Warioota Creek.
Menurut para pengkaji, fosil kesan Ikaria warioota berbeza dengan kumpulan organisma Ediacaran, mempunyai bentuk cacing dengan badannya yang silinder serta mempunyai kepala dan dubur. Tambahan lagi, organisma ini mempunyai ciri simetri bahagian kiri dan kanan.
Mereka menyatakan organisma Ikaria ini berpotensi sebagai organisma tertua, haiwan bilaterian yang tercatat dalam rekod fosil Australia Selatan. Morfologi (karakter) Ikaria ini mempunyai pembentukan badan yang terdapat dalam ciri haiwan moden, di mana ia mempunyai otot untuk aktiviti renggangan system pencernaan. Haiwan ini juga mempunyai mulut, dubur, dan usus.
Walau bagaimanapun, penemuan berasaskan kesan fosil yang kita tidak boleh lihat dalam bentuk fizikal adalah sukar untuk memastikan pengesahan terhadap organisma ini. Namun jika masa akan datang saintis menemui organisma kumpulan Ediacaran yang mempunyai rupa seakan-akan Ikaria, mungkin ia menjadi baru loncatan untuk mengali lebih mendalam moyang haiwan moden ini.
Namun begitu, Evans menerangkan bahawa penemuan penting setakat ini adalah Ikaria, haiwan bilaterian tertua yang pernah direkodkan dalam rekod fosil seluruh dunia. Manusia mempunyai ciri bilateral, maka kita boleh mengandaikan organisma Ikaria ini adalah salah satu ‘moyang’ kita yang pertama mempelbagaikan keluarga haiwan berciri bilateral ini.
RUJUKAN:
Dockrill. P (24 March 2020). Earliest Ancestor of Many Modern Animals May Have Been Found in Australia. Science Alert. Retrieved from 5 April 2020.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih