Tidak tergambar hati perasaan ibu bapa Rayan sekarang ini. Setiap saat yang berlalu mesti berat dengan risau dan resah, kerana sudah masuk hari keempat anak kesayangan mereka terperangkap dalam sebuah perigi sempit.

Kisahnya begini. Bapa Rayan sedang membaiki perigi tersebut.

Beliau alih perhatian sekejap saja… tengok-tengok Rayan ‘hilang’ (BBC, 2022). Cari punya cari, kemudian barulah mereka tergerak fikir pasal perigi tersebut. Siasat saja rupanya memang betul firasat mereka – Rayan terjatuh dalam perigi.

Masalahnya perigi bukan setakat lima hingga 10 meter dalam. Perigi ini menjunam hampir 30 hingga 50 meter dalam.

Sumber tempatan cakap tidak sampai 40 meter. Sumber antarabangsa cakap lebih. Tetapi itu bukan point utama sekarang.

Persoalannya, macam mana Rayan masih hidup? Perigi ini sempit – lebarnya hanya dalam lingkungan 25 sentimeter (tidak sampai 10 inci). Melantun-lantun Rayan jatuh sampai bawah. Katanya Rayan belum sampai dasar lagi, kerana perigi tersebut sudah mengecil.

Cabaran sekarang.

Bingit Kecemasan di Kampung Kecil

Operasi penyelamatan Rayan memang susah kerana beberapa faktor penting. Pertama sekali, lokasi kejadian adalah pekan Tamorot yang terletak hampir 100 kilometer dari bandar Chefchaouen.

Jadi semua boleh bayangkan betapa susahnya untuk bawa jentera-jentera berat yang bersesuaian dengan operasi. Ini bukan sekadar gali dan cari. Silap sikit perigi sempit boleh runtuh, sekali gus melemaskan insan kecil yang sudah tercedera di bahagian kepala.

Bercakap pasal keruntuhan, ini faktor kedua. Tanah Morocco tidak sama untuk dibandingkan dengan Malaysia. Tanah di situ mirip gumpalan pasir  yang pada bila-bila masa boleh terlerai.

Ibaratkan gangguan permukaan seinci persegi boleh mengundang padah besar.

Faktor ketiga adalah perigi yang sangat sempit. Demikian hari di Romania, seorang kanak-kanak terjatuh dalam paip.

Operasi penyelamatan menjadi sukar, kerana paip yang sempit untuk orang dewasa… untuk orang dewasa, bermakna remaja boleh muat.

Maka seorang remaja bernama Christian Becheanu tawar diri untuk turun dan dukung kanak-kanak itu keluar. Christian berjaya.

Kaedah ini tidak boleh digunakan untuk krisis Rayan. Perigi terlalu sempit sampai budak 10 tahun pun belum tentu muat. Memang dangkal jika hantar budak lima tahun lain semata-mata untuk selamatkan.

Jadi, suka atau tidak – bahaya atau tidak – ada satu cara saja: gali dan tembus.

Tidak boleh gali terlalu dekat kerana faktor kedua.

Dalam gambar di atas, boleh nampak atap zink di bahagian bawah. Itulah “lubang masuk” perigi tersebut, yang ditutup kerana khuatir berlaku 1) hujan dan 2) ribut pasir.

Boleh nampak atap zink dalam gambar ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa makin berhari-hari padahal jentera punya banyak? Soalan yang sangat relevan. Kena rujuk balik faktor kedua. Mereka tidak boleh bergegas, kerana takut runtuh.

Dan mereka tidak boleh terlalu melengahkan masa kerana keadaan Rayan yang masih tercedera. Bagaikan meniti di atas bilah pedang, terjun mati dan berjalan terus kaki terkoyak. Memang teruk operasi ini.

Sepanjang operasi penyelamatan, Rayan dibantu dengan menggunakan paip yang menyalurkan makanan.

Walaupun tercedera, kanak-kanak lima tahun ini masih menunjukkan tindak balas yang positif. Sepanjang itulah mereka bergegas selaju mungkin… setiap saat tengok keadaan sekeliling untuk memastikan operasi ini berjaya.

Dan pada hari ini, semua jentera diarah berhenti. Bunyi bingit akhirnya diam. Mereka sudah menghampiri kemuncak, yang mana mereka kena gali dengan cangkul (Yee, et al., 2022).

Kegigihan mereka bakal dibalas dengan kejayaan besar, kerana Rayan masih hidup… dan ada helikopter tersedia untuk mengangkutnya ke hospital paling berhampiran.

Seluruh dunia sedang menanti. Satu dunia tidak putus berdoa. Mungkin kalangan pembaca pun boleh berdoa sekali.

RUJUKAN:

BBC. (2022, Februari 5). Rayan: Morocco well rescue for five-year-old grips nation.

Yee, V., et al. (2022, Februari 5). The rush to save the boy was reaching a critical stage on Friday. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply