Dengan kedatangan teknologi penyimpanan awan, jelas sekali sistem Bluetooth sudah nyawa-nyawa ikan menanti masa.

Dijangka selepas pelancaran 5G, seluruh dunia akan menumpang berkat kelajuan Internet yang akan memajukan umat. Sekarang ini pun teknologi Bluetooth sudah menjadi usang.

Silap-silap budak zaman sekarang pun tidak tahu cara penggunaannya, apatah lagi pernah menggunakannya.

Bluetooth mempunyai sejarah sangat menarik. Teknologi ini dibina pada September 1998, yakni 23 tahun lalu oleh pihak yang berpusat di Washington.

Pihak ini memilih nama Bluetooth sempena Harald Gormsson, seorang raja yang pernah menguasai Denmark dan Norway hingga tahun 986.

Lukisan Harald Bluetooth.

Sekadar pengetahuan, budaya Scandinavia memang banyak menggunakan “sson” di hilir nama. Penggunaan ini adalah sama seperti “bin” sebenarnya.

Harald Gormsson bermaksud “Harald, anak lelaki Gorm”. Harald pula berkahwin dengan Gyrid Olafsdottir (jelas sekali: Gyrid, anak perempuan Olaf).

Harald memang terkenal zaman dulu. Baginda ditimang dengan nama “blatonn” yang bermaksud “gigi biru”. Sejarawan berpendapat nama timangan ini dipengaruhi faktor gigi Harald, yang rosak teruk sampai menjadi hitam kebiruan. Ada pendapat menyatakan Harald mengecat giginya biru, sebagai tanda budaya Scandinavia (Curry, 2013).

Kerana gigi ini, selamanya baginda digelar Harald Bluetooth.

Sejarah Ditulis Orang Yang Menang

Dalam mengamati sejarah Harald, wajar kita tengok daripada sumber jendela: tempatan dan asing. Harald diagung-agungkan sebagai raja yang mengembalikan prasarana batu Jelling.

Batu Jelling.

Baginda membina sebuah kubu di Aarhus untuk mengukuhkan kedaulatan ekonomi dan pertahanan. Setelah mengukuhkan kekuatan negara, Harald mahu mengembangkan sempadannya.

Baginda datang membantu Raja Normandy pada tahun 945 dan 963. Negara Norway menjadi tidak stabil susulan pembunuhan rajanya. Pengaruh Harald membolehkan baginda berkuasa di Norway buat sementara waktu.

Dasar luar negara ini mengundang masalah terhadap Harald, yang mula mendapat musuh baru. Dari sini budaya Norse mula bercakap pasal Harald… dengan kritikan dan kecaman pedas. Katanya Harald penakut sampai sanggup menggadaikan anak perempuan sendiri pada Styrbjorn the Strong.

Kira tanggapan umum terhadap Harald memang bercampuran. Tidak pelik, kerana ini adalah zaman lebih daripada 1,000 tahun lalu.

Memeluk Agama Kristian

Menurut catatan sejarah, Harald memeluk agama Kristian semasa pemerintahan baginda (Jesch, 2012). Cuma catatan Adam dari Bremen bercanggahan dengan catatan Widukind dari Corvey.

Adam menulis 100 tahun selepas kemangkatan Harald. Beliau berkata, Harald dipaksa terima ajaran Kristian selepas tewas pada tangan Otto I. Widukind pula berkata Harald menerima ajaran Kristian selepas anaknya Sweyn Forkbeard dirawat seorang paderi bernama Poppa.

Kira memang betullah Harald terima ajaran Kristian, cuma ada dua sisi sejarah yang bercanggahan antara satu sama lain. Selepas bertukar agama, Harald memindahkan mayat ayahandanya Gorm ke pusara sebuah gereja sebagai tanda penghormatan.

Apa Kena Mengena Dengan Teknologi Bluetooth

Teknologi Bluetooth membolehkan pemindahan maklumat dengan pantas (pada zamannya) seolah-olah dua peranti telefon itu adalah satu. Situasi ini menggambarkan perhubungan antara-negara semasa zaman Raja Harald.

Bluetooth menggabungkan dua peranti jadi satu. Harald pula menggabungkan dua negara (Denmark dan Norway) jadi satu. Kira analogi dan kiasan yang sangat bertepatan.

Maka pembikin teknologi bersetuju untuk memberi nama Bluetooth sempena Harald Gormsson. Mereka menggunakan simbol Jelling untuk buat logo Bluetooth. HB (Harald Bluetooth) kalau ikut abjad Jelling adalah () dan (). Mereka menggabungkan kedua-duanya dan daftar hartamilik terus.

Logo Bluetooth yang menggabungkan (ᚼ) dan (ᛒ).

RUJUKAN:

Curry, D. (2013). Amazing Deeds of God. Xlibris. Halaman 133.

Jesch, J. (2012). The Scandinavians from the Vendel Period to the Tenth Century: An Ethnographic Perspective. Boydell Press. Halaman 303.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply