Kepopularan K-Pop di Korea Selatan mengundang Kim Jong-un tubuhkan group K-Pop sendiri!
Tak percaya?
Ada sebuah girl group bernama Moranbong Band. Ahli group ni dipilih sendiri oleh Supreme Leader Kim Jong-un. Debut pada 6 Julai 2012 menandakan diorang group first DPRK-Pop.
Group ni digelar Spice Girl oleh orang barat.
Asal usul group ni wujud sebab nak menampakkan yang Korea Utara membolehkan pemakaian berfesyen macam skirt pendek, kasut tumit, gaya rambut pendek yang popular dalam kalangan gadis² M40 Pyongyang. Group ni jadi simbol budaya sana.
Disebabkan Hallyu wave Korea Selatan dan Gangnam Style yang meletup-letup, group orkestra Kim Jong-il menjadi bosan dan hilang tempat. Moranbong ambil alih dengan konsert yang disiarkan di tv tempatan.
First debut diorang bawak imej Disney dan lagu barat seperti lagu tema Rocky.
Ogos 2013, group ni hilang tiba² dari khalayak sampai ramai orang ingat diorang ni dah di execute. Tapi diorang muncul balik 4 bulan kemudian dengan penampilan yang lebih konservatif dan tak kebaratan.
Diorang ada lagu sendiri bertajuk Without a Break yang asalnya lagu tentera.
Disember 2015, Kim Jong-un pernah hantar Moranbong pergi “tour” ke Beijing untuk baik pulih hubungan Korea Utara dan China. Tapi, Moranbong balik ke Pyongyang pada saat akhir dan show dibatalkan atas sebab isu komunikasi katanya.
Moranbong Band ni banyak keluarkan lagu propaganda yang memuji Kim Jong-un dan ketenteraan Korea Utara.
Ahli group mainkan alat muzik sendiri. Sebenarnya group ni macam orkestra tentera dan tak macam K-Pop yang sebenar (KPYS). Ahli group sebenarnya pangkat tinggi dalam tentera.
Kebanyakan ahli Moranbong adalah graduan dari Universiti Muzik Pyongyang atau Akademi Goldstar di Pyongyang. Group ni selalu bertukar ahli.
Antara ahli Moranbong masa debut Julai 2012 ialah Kim Yu-Kyung, Ryu Jin-ah, Pak Mi-Kyung, Jong Su-Hyang, Pak Son-hyang, dan Kim Seol-mi.
Daripada Orginal Six ni, Kim Yu-Kyong Ryu Jina, Pak Mi-Kyong dan Jong Su-Hyang masih aktif sehingga 2020.
Beberapa ahli baru join Moranbong seperti Jo-Guk Hyang dan Kim Ok-Ju
Ri Myong-Hui, Ra Yu-Mi dan Ri Ok-Hua antara yang pernah join tapi tak lama.
Antara musician kepada group Moranbong ni termasuklah Sonu Hyang-Hui, Hong Su-Kyong, Cha Yong-Mi, Yu Un Jong, Ri Hui-kyong, Choe Jong Im dan Ri Yun-hui.
Dan lagu terbaru Moranbong Band ni ialah lagu berjudul “Friendly Father” jadi terkenal di kalangan Gen Z dengan irama synth-electro.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM




No comments yet