Pada tahun 1888, suasana ketakutan menyelubungi seluruh East End London. Semenjak beberapa bulan itu, lima wanita dibunuh dan dikerat oleh seorang lelaki yang hanya digelar sebagai Jack the Ripper.

 

Ia bermula pada hari Jumaat, 31 Ogos ketika mayat Mary Ann Nicholls, wanita berusia 42 tahun, ditemui di Bucks Row. Wajahnya lebam teruk dan lehernya dikelar sebanyak dua kali hingga hampir putus. Perutnya telah dirobek hingga terbelah. Dia kemudian disahkan sebagai mangsa pertama Jack the Ripper.

 

Selang beberapa hari, pada 8 September, mangsa kedua pula ditemui. Annie Chapman berusia 47 tahun ditemui di lorong belakang Hanbury Street. Beberapa barang peribadi miliknya diletakkan di sebelah mayatnya. Kepalanya hampir terputus dan perutnya dirobek dan banyak lagi perkara yang mengerikan yang berlaku pada tubuh mangsa.

 

Pada 28 September, sepucuk surat diterima di Central News Agency yang bertandatangan Jack the Ripper. Mesejnya berbentuk ancaman mahu melakukan lebih banyak pembunuhan.

 

30 September menjadi hari yang paling suram. Jack The Ripper melakukan dua pembunuhan berasingan dalam masa yang berbeza hanya beberapa minit antara satu sama lain.

 

Mayat Elizabeth “Long Liz” Stride ditemui pada pukul 1 pagi di belakang Berner Street. Ketika ditemui, darah masih mengalir dari kerongkongnya dan ada kemungkinan bahawa si pelaku mungkin terganggu oleh sesuatu ketika sedang melaksanakan urusan kejamnya itu.

 

Pukul 1.45 pagi, mayat Catherine Eddowes, 43, ditemui tidak jauh dari lorong antara Miter Square dan Duke Street. Tubuhnya telah dibelah dan tekaknya dipotong. Kedua-dua kelopak matanya telah dipotong dan sebahagian hidung dan telinga kanannya terputus. Organ seperti rahim dan ginjal dikeluarkan dan diletak di sebelah bahunya.

 

Kesan jejak darah membawa pihak polis ke sebuah pintu berdekatan di mana terdapat satu pesanan telah tertulis yang berbunyi, “Orang Yahudi bukanlah orang yang boleh dipersalahkan tanpa sebab.”

 

Ketua Polis Metropolitan, Sir Charles Warren perintahkan untuk pesanan itu dipadamkan. Maka musnahlah satu jejak yang mungkin boleh menjadi petunjuk yang sangat berharga.

 

Surat lain diterima oleh Central News Agency di mana Ripper kesal bila dia tak dapat kirim bahagian telinga Catherine Eddowes kepada pihak polis seperti yang dia janjikan.

 

Pada 9 November, Mary Jeanette Kelly adalah gadis yang paling muda dari semua wanita yang dibunuh. Dia berusia 25 tahun dan berperwatakan menarik. Dia ditemui di biliknya di Miller’s Court, yang terletak di luar Dorset Street.

 

Panik dan kemarahan orang ramai yang disebabkan oleh pembunuhan ini menyebabkan Sir Charles Warren meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis.

 

Mary merupakan mangsa terakhir Jack The Ripper. Jenayahnya yang bermaharajalela penuh dengan keganasan berakhir secara tiba-tiba. Selama 132 tahun, pelbagai nama telah dikemukakan sebagai suspek pembunuhan wanita-wanita ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Walaupun ramai yang didakwa sebagai Jack The Ripper, namun tiada seorang pun yang benar-benar dapat dibuktikan sebagai Jack The Ripper. Pembunuhan segila ini boleh korang baca di dalam novel TANGISAN SRI MELATI. Dapatkan segera!

https://bit.ly/TangisanSriMelatiWebstore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply