Machu Picchu merupakan tapak sejarah kota paling terkenal dalam tamadun Inca di Amerika Selatan. Machu Picchu bermaksud ‘Gunung Tua’ dalam bahasa Quechua. Kompleks kota atau citadel ini terletak jauh di banjaran pergunungan Andes setinggi 2,430 meter (7,972 kaki) dari paras laut, di mana ia sering dirujuk sebagai bandar Inca yang hilang.

Hari ini kota purba Inca dah tak hilang, kerana lebih satu juta pelancong telah melawat Machu Picchu pada tahun 2018 ( sebelum pandemic) di mana tempat ini menjadi destinasi pelancongan popular dan telah dinobatkan sebagai salah satu tempat ‘7 wonders of the world ‘ pada tahun 2007.

Penemuan Manchu Piccu

Runtuhan binaan Machu Picchu ditemui semula pada 24 Julai 1911 oleh penjelajah Amerika Syarikat bersama ahli arkeologi bernama Hiram Bingham selepas kota itu terbengkalai selama 400 tahun. Walaupun mereka mengambil kredit sebagai orang terawal yang menemui tapak arkeologi terbesar itu pada abad ke-20, tapi sebenarnya penduduk tempatan yang membawa mereka ke sana. Sebelum kedatangan ahli arkeologi dari Amerika Syarikat, tapak tersebut dijadikan sebagai kebun oleh penduduk kampung.

Ahli arkeologi yang menyertai penjelajahan itu antaranya ialah Bingham, di mana beliau merupakan orang pertama yang menjalankan penggalian di tapak Machu Picchu. Hasil daripada itu membawa kepada banyak pendedahan maklumat yang belum pernah diketahui umum sebelum ini.

Walaupun ia ditemui lebih 100 tahun yang lalu, ia masih menjadi topik kontroversi di atas pentas akademik, ahli arkeologi dan ahli sejarah sering berpolemik tentang asal-usulnya. Penemuan itu tidak putus-putus diisi dengan kajian dan siri penggalian baharu.

Ahli Arkeologi, Hiram Bingham 1912

Laluan lama Inca yang menghubungkan antara pergunungan ke pusat Machu Picchu itu bagaimana pun ahli arkeologi percaya bahawa tapak itu dibina sekitar abad ke-14 oleh Raja Pachacuti. Beliau meninggalkan bandar itu selepas ketibaan Sepanyol.

Walau bagaimanapun, legenda penduduk tempatan menceritakan bahawa Machu Picchu adalah tempat suci yang dibina jauh lebih awal sebelum abad ke-14 M. Maka persoalan tadi jadi semakin rumit, kenapa ia dibina dan siapa yang mula membinanya?

Penemuan Arkeologi Terhebat Abad Ke-20

Machu Picchu ialah sebuah kompleks bandar yang terdiri daripada lebih 200 bangunan. Ini termasuk rumah ibadat, rumah dan mezbah (struktur seperti meja/binaan yang dianggap suci untuk dipersembahkan korban kepada tuhan) dimana kebanyakkan diperbuat daripada batu granit kelabu dari puncak gunung.

Setakat ini belum ada bukti bahawa kota Inca terdapat sebarang tembok berkubu, bermakna ia bukanlah sebuah kota berkubu. Kebanyakan bongkah berbatu mempunyai berat lebih daripada 50 tan, sekali gus ia menimbulkan rasa tidak percaya macam mana orang Inca purba dapat membina bangunan sedemikian.

Ahli arkeologi mengusulkan satu hipotesis bagi  menjawab persoalan mengapa Machu Picchu dibina. Salah satu point utamanya ialah ia diwujudkan sebagai balai cerap angkasa. Sebuah binaan batu di bahagian tertinggi tapak itu yang dikenali sebagai batu Intihuatana, ia digunakan sebagai petunjuk atau pemerhatian bagi peristiwa dua ekuinok dalam takwim suria.

Kuil Matahari Di Manchu Picchu

Legenda sihir tempatan merujuk batu ini sebagai pintu masuk ke alam roh, orang yang menyentuh batu itu dengan dahinya akan membuka hijab penglihatan kepada alam roh.

Selain itu, Bangunan utama lain di dalam bandar Machu Picchu ialah Kuil Bulan, Kuil Matahari, dan bangunan lain. Malangnya, tiada petunjuk bertulis atau ukiran di Machu Picchu yang membuktikan bahawa ini adalah satu-satunya tujuan tapak itu dibina.

 Mencari Maklumat Baharu

Kembali pada tahun 2011, Sepasukan ahli arkeologi bersama dengan Jurutera dari Perancis semasa dalam lawatan mereka ke Manchu Picchu, apabila strutur bangunan diteliti dengan lebih terperinci mereka memutuskan untuk meminta kebenaran daripada Kementerian Kebudayaan untuk menjalankan tinjauan geofizik menggunakan kaedah elektromagnet.

Penyelidikan ini bukan satu-satunya kerja ‘mengejutkan’ yang pernah berlaku. Satu kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi Yale Richard Burger, dan diterbitkan dalam jurnal Antiquity pada tahun 2021, menggunakan pentarikhan radiokarbon canggih pada rangka-tulang manusia dari zaman Machu Picchu (kaedah spektrometri jisim pemecut/AMS) bagi menyimpulkan bahawa tapak itu sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua daripada dapatan mainstream yang diperoleh sebelum ini.

Garis masa yang ditetapkan adalah berdasarkan akaun/catatan yang ditulis oleh penakluk Sepanyol. Berita baik untuk kes ini, bukti baharu nampaknya Raja Pachacuti sebenarnya sudah  terkenal lebih awal daripada yang difikirkan sebelum ini.

Tapak Upacara Di Luar Machu Picchu, Chachabamba

Kecanggihan teknologi zaman moden seperti laser dan dron membolehkan ahli arkeologi membuat penemuan baharu dengan lebih banyak. Misalnya pada tahun 2022, Jurnal Sains Arkeologi menerbitkan maklumat penyelidikan berkenaan sebuah tapak upacara yang dijumpai di luar Machu Picchu. Pertama kali ditemui pada tahun 1941, teknologi baharu ini telah membantu ahli arkeologi dari Pusat Kajian Andes Universiti Warsaw menemui runtuhan yang masih tersembunyi di dalam hutan berdekatan.

Penyelidikan baharu ini telah membantu pasukan memahami fungsi tempat mandi dan binaan saluran air ini dan cara ia digunakan oleh tamadun Inca. Lebih daripada satu abad selepas penerokaan arkeologi bermula di Machu Picchu, akhirnya misteri kerajaan Inca dapat dirungkai melalui bantuan kecanggihan teknologi, sehingga kini masih banyak maklumat ‘rahsia’ Manchu Piccu didedahkan kepada umum.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply