Boleh kata semua anak muda sekarang membesar dengan fiksyen Jurassic Park. Mengujakan betul bila tonton Jurassic World di pawagam.

Boleh rasa zaman kanak-kanak kembali. Dua fiksyen ini menggunakan elemen dinosaur yang pernah merajai dunia suatu masa dahulu dengan kuku dan taring. Pembikin filem menggunakan kaedah pengklonan untuk mengembalikan dinosaur. Dan plot susulan menunjukkan tempias dan impak daripada kaedah gila ini.

Satu kesimpulan mudah boleh dibuat: manusia dan dinosaur tidak boleh hidup sekali (coexistence). Cuma sekadar teori, apakah kaedah pengklonan Jurassic Park benar di sisi saintifik? Jawapan paling mudah, ada banyak kesalahan fakta dalam Jurassic Park.

Semua kena faham yang filem takkan sesekali boleh jadi wadah fakta. Sebaliknya filem menggunakan naratif yang berkiblat pada fakta sehabis mungkin.

Dalam filem, saintis mengeluarkan sampel dαrαh daripada nyamuk yang difosilkan dalam ambar getah. Namun sampel ini tidak mengandungi DNA yang mencukupi.

“Lama Aku Tunggu Korang Tau.”

Jadi saintis meminjam bahan genetik katak yang diubah suai untuk memenuhi naratif. Sebab itulah fizikal dinosaur tidak berpandukan fakta sebenar: dinosaur tidak berbulu pelepah bagai.

Sebenarnya kaedah pengklonan ini tidak berasaskan fakta. Untuk pengetahuan semua, banyak serangga ditemui terawet cantik dalam getah purba.

Selain batu ambar, ada yang mαti dalam batu kopal. Jadi premis utama Jurassic Park diuji pihak Universiti Manchester secara saintifik. Mereka mengeluarkan serangga daripada batu. Ada serangga yang diperap selama 60 tahun. Ada yang diperap selama 10,600 tahun. Apa yang mereka temui?

Jasad serangga diawet cantik dalam batu getah. Tetapi sampel DNA takkan diawet. Bayangkan, serangga 60 hingga 10,600 tahun ini tiada sampel DNA langsung… apatah lagi nyamuk daripada sekurang-kurangnya 65 juta tahun yang lalu (Knapp, 2013).

Mereka cuba membentuk DNA sintentik dengan menggunakan maklumat yang diawet bersama jasad. Itu pun tidak boleh.

Serangga dalam batu kopal

Puncanya adalah kerana fitrah DNA yang merepυt dengan pantas. Dan fitrah ini adalah untuk memelihara kesucian alam semulajadi. Kemαtian suatu organisme akan menyebabkan kemαtian sel. Semua belajar rantaian biologi, iaitu sel, tisu, organ, sistem dan organisme.

Apabila sel mula mαti, enzim akan merungkaikan DNA. Tujuannya adalah untuk mempercepat perepυtan mayat. Tengok pada kajian, DNA mempunyai usia selama 521 tahun sahaja (Kaplan, 2012).

Maka sini ada satu kesimpulan mudah: tidak boleh klon dinosaur guna cara Jurassic Park. Ada beza klon dinosaur dengan klon kambing biri-biri seperti Dolly.

Untuk mengklon, saintis perlu guna sampel sel hidup yang betul-betul elok… bukan sampel DNA yang terbυrαi habis akibat pendedahan pada cahaya Matahari atau air (Villazon, n.d.).

“Jadi aku berlakon fokus tapi kena game Hollywood?”

Malah guna DNA sokongan daripada katak lagilah pelik bunyi. Katak berjenis amfibia. Patutnya guna DNA burung atau buaya, kerana perkongsian dengan dinosaur sendiri (Osterloff, n.d.). Itu pun belum tentu boleh berjaya akibat isu dibentangkan di atas.

Pendek kata, ada satu benteng semulajadi yang memisahkan spesis mengikut zaman. Hanya spesis yang merentas secara semulajadi saja boleh hidup zaman sekarang. Spesis yang sudah pυpυs sememangnya pυpυs.

Perubahan iklim memulakan zaman kepυpυsan mereka, yang mencapai kemuncak selepas heηtαman sebutir batu angkasa. Peranan mereka sekarang hanyalah untuk penyelidikan.

Kerana mengkaji dinosaur bantu saintis faham tentang manusia. Walaupun hidup dalam dua zaman sangat berbeza, dunia ini masih satu dan menuruti hukum alam yang sama.

RUJUKAN:

Kaplan, M. (2012). DNA has a 521-year half-life. Nature.

Knapp, A. (2013, September 14). Scientists show that Jurassic Park-style dinosaur cloning couldn’t happen. Forbes.

Osterloff, E. (n.d.). Could scientists bring dinosaurs back to life? NHM.

Villazon, L. (n.d.). Could we clone a mammoth or a dinosaur? Science Focus.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply