Bahasa Melayu berbeza pendapat dengan bahasa Inggeris dalam bab “buaya”. Kedua-dua bahasa tidak mengehadkan pemahaman umum walau sedikit pun. Mungkin orang ramai salah faham tentang definisi dan pengertian “buaya” itu sendiri.

Haiwan ini bukanlah satu spesis tunggal; sebaliknya, ia mewakili banyak spesis dalam sebuah keluarga kecil (subfamily) iaitu Crocodylinae. Bermakna tomistoma schlengelii secara saintifik bukanlah seekor buaya… meskipun orang ramai menggelarnya buaya jenjulong.

Untuk pengetahuan semua, jenjulong lebih suka memakan ikan dan takkan menyer.an.g manusia secara sewenang-wenangnya (Owen, 2006).

Buaya (crocodylinae) mempunyai lapan genus. Lima daripadanya sudah diisytiharkan pµpµs. Aldabrachampsus pernah berenang di Aldabra Atoll di Lautan Hindi. Voay pula berenang di sekitar Madagascar.

Kedua-dua genus ini mempunyai satu spesis sahaja, iaitu aldabrachampsus dilophus dan voay robustus. Mereka mempunyai satu ciri unik, iaitu tanduk di bahagian kepala. Saintis tidak tahu kenapa a. dilophus lenyap, kerana kekurangan sumber paleontologi (sehingga hari ini, tiada fosil lengkap pun).

V. robustus sekurang-kurangnya ada banyak sumber… tetapi punca kepµpµsan masih menjadi tanda tanya besar.

Mengenali Sang Buaya Dalam Kepelbagaian Biologi Madagascar

Sebagai pulau terasing daripada mana-mana benua, Madagascar mempunyai sebuah alam biologi tersendiri. Dalam alam ini, voay robustus hidup dan membi.ak sehingga menjadi spesis tempatan (endemic species).

Sebagai bayangan, v. robustus seakan-akan sama dengan buaya Sungai Nil (crocodylus niloticus) dari segi saiz dan tingkah laku. Mungkin dua buaya ini pernah berkongsi leluhur yang sama.

Ataupun faktor persekitaran memainkan peranan, bermakna dua spesis ini hidup pada zaman yang sama. Tetapi ada yang mencadangkan bahawa c. niloticus berhijrah ke Madagascar selepas kepµpµsan v. robustus (Bickelmann & Klein, 2009).

Walau apa pun sebabnya, v. robustus sememangnya sama seperti c. niloticus. Asalnya, buaya voay diklasifikasikan dengan genus crocodylus. Tetapi kajian susulan mengenal pasti perbezaan yang memisahkan dua genus ini.

Voay hanya diisytiharkan sebuah genus asing pada tahun 2007, sebelum ini berkongsi darjat dengan genus osteolaemus (buaya kerdil).

Dari dulu lagi, tanduk v. robustus mendapat perhatian saintifik. Tempurung kepalanya sama seperti spesis buaya lain… melainkan dua lengkungan di bahagian pangkal.

Tanduk ini tentu sekali memberikan wajah yang menakutkan, kerana v. robustus mampu mencecah panjang 500 sentimeter dengan berat 170 kilogram (Burness, Diamond, & Flannery, 2001).

Faktor Kepµpµsan Buaya Bertanduk

Sejak 1872 lagi, saintis tertanya-tanya kenapa buaya ini dilenyapkan. Kemungkinan besar voay robustus hilang pada masa yang sama. Ini bermakna, ada satu peristiwa kepµpµsan besar yang berlaku di Madagascar.

Peristiwa sama telah menyebabkan kepµpµsan burung gajah (aepyornis maximus), sekitar 2,000 tahun lalu. Selepas sekian lama, akhirnya saintis berjaya merungkaikan misteri di sebalik kepµpµsan ini.

Pertama sekali, buaya ini sudah ada sejak 9,000 tahun lalu. Jangka hay.at spesis ini antara 7000 S.M. hingga 600, satu tempoh agak pendek untuk haiwan reptilia. Saintis mempertimbang hipotesis kedatangan buaya Sungai Nil.

Tetapi hipotesis ini tidak begitu kukuh. Mungkin perubahan iklim memainkan peranan, kerana banyak spesis hilang pada masa yang sama. Namun ada satu hipotesis yang tidak dapat dica.bar. Sekitar 2,500 tahun lalu, ada satu spesis telah menyeberangi Benua Afrika dan mula hidup di Madagascar.

Spesis ini ialah manusia. Sama ada buaya voay dibµrµ untuk makanan atau pakaian, itu tidak dapat disahihkan. Namun ada kebarangkalian tinggi manusia telah mengganggu rantaian makanan hingga banyak spesis tumbang dan tidak kembali (Baker, 2021).

Sudah pastinya, orang dulu tidak tahu langsung tentang hal imbangan ekologi. Kerana ilmu pengetahuan pada masa itu jauh berlainan.

RUJUKAN:

Baker, H. (2021, Mei 1). Mystery of (ditapiskan) horned crocodile solved after 150 years. Live Science.

Bickelmann, C., & Klein, N. (2009). The late Pleistocene horned crocodile Voay robustus from Madagascar in the Museum fur Naturkunde Berlin. Fossil Record. 12: 13-21.

Burness, G. P.; Diamond, J; Flannery, T (2001). “Dinosaurs, dragons, and dwarfs: The evolution of maximal body size”. Proceedings of the National Academy of Sciences98 (25): 14518–14523.

Owen, W. (2006). (Ditapiskan) Animals. Fog City Press. Halaman 148.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.