31 Januari 2013 mungkin sekadar tarikh biasa tetapi bagi keluarga Elisa Lam, ada sesuatu yang menggusarkan mereka. Anak perempuan kesayangan mereka hilang pada tarikh berkenaan selepas menginap di Cecil Hotel, Los Angeles dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Dan sebaik perkara ini dibawa ke pengetahuan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), satu maklumat menakutkan timbul iaitu rakaman kamera keselamatan hotel. Anda boleh lihat di pautan di bawah:
Dalam rakaman tersebut, Lam dilihat masuk ke dalam lif dan menekan semua butang lif. Dia sentiasa keluar dan masuk dari lif, kadangkala menjengah keluar seketika beberapa kali seolah-olah mahu memastikan dirinya tidak diikuti sesiapa. Setelah itu, barulah dia masuk ke dalam lif.
Pada minit-minit terakhir video, Lam berada pada penjuru kiri lif sambil menggerakkan tangannya mengikut isyarat rawak. Yang pasti, satu-satunya individu dalam lif tersebut ialah wanita malang itu. Video tersebut yang dilepaskan oleh LAPD untuk membantu pencarian ditonton jutaan orang dan tersebar sehingga ke China dan Kanada.
Sebelum peristiwa itu, Lam merupakan seorang pelajar Universiti British Columbia di Vancouver dan dalam perjalanan melakukan kembara solonya sekitar kawasan pantai barat Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kembaranya kurang disenangi keluarganya berikutan sejarah isu bipolar dan kemurungan yang pernah dihadapinya.
Justeru bagi meredakan kebimbangan mereka, Lam bersetuju menghubungi mereka setiap hari bagi memberitahu ibu bapanya, David dan Yinna Lam bahawa dia dalam keadaan selamat. Dan pada tanggal 31 Januari 2013 itulah, bila puteri kesayangan mereka tidak menghubungi mereka, keluarga Lam tahu ada sesuatu tak kena menimpanya.
Satu-satunya individu yang melihat Lam kali terakhir ialah pemilik kedai buku The Last Bookstore, Katie Orphan. Orphan memberitahu pihak berkuasa wanita malang itu membeli buku dan muzik sebagai cenderamata untuk keluarganya di Vancouver.
Penemuan mengejut
Dua minggu berlalu, pekerja penyelenggaraan hotel Santiago Lopez diarah pihak pengurusan untuk memeriksa tangki air di bahagian tingkat bumbung hotel. Ini berikutan ramai tetamu Cecil Hotel mengadu air mereka berbau pelik dan mengalami masalah tekanan air rendah.
Sebaik memeriksa tangki air hotel, alangkah terkejutnya Lopez melihat sekujur badan yang tidak bernyawa terapung dalam tangki berkenaan. Dia pasti wanita yang m4ti itu ialah tetamu hotel yang hilang, Lam.
Bagi membantu proses pengeluaran m4yat, air tangki dikosongkan sebelum pihak bomba memotong bahagian tepi tangki bagi mengeluarkan Lam yang berukuran lima kaki empat inci itu. Penemuan tersebut menggemparkan Los Angeles dengan ramai tertanya-tanya siapa yang meletakkan wanita itu dalam tangki atau punca kem4tiannya.
Selepas proses b3dah siasat dijalankan, koroner menemui beberapa jenis ubat yang digunakan Lam untuk merawat gejala bipolarnya. Tetapi anehnya, tiada satu elemen alkohol atau dadah ditemui dalam sistem badannya. Malah, tiada sebarang kesan lebam atau luka ditemui pada m4yat. Justeru, laporan forensik yang difailkan koroner menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan.
Ada mengatakan ubat anti-kemurungan yang diambilnya menjelaskan kelakuan pelik Lam semasa berada dalam lif. Kenyataan ini disokong oleh pengurus hotel Amy Price semasa memberi keterangan di mahkamah. Dalam keterangannya, Lam diletakkan di bilik hostel bersama beberapa penginap lain tetapi dipindahkan ke bilik perseorangan selepas ramai penginap mengadu tidak tahan dengan kerenah peliknya.
Namun, itu masih tidak menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Disebabkan inilah, ibu bapa Lam kemudiannya memfailkan saman terhadap Cecil Hotel kerana bersikap cuai sehingga membawa kepada kem4tian puteri mereka. Namun, pihak hotel melawan saman berkenaan atas alasan mereka tidak pernah terfikir ada orang akan mengakses tangki air mereka.
Alasan mereka disokong oleh keterangan Lopez dan ketua jurutera hotel, Pedro Tovar. Lopez memberitahu untuk mengakses tangki air di tingkat bumbung hotel, dia perlu menaiki lif ke tingkat 15 sebelum menaiki tangga ke bahagian bumbung. Dari situ, dia perlu mematikan penggera tangki dan memanjat platform tangki sebelum menaiki satu lagi tangga untuk sampai ke bahagian atas tangki.
Dari situlah, Lopez baru perasan ada sesuatu yang tidak kena. Dia berkata, “Saya mendapati hac tangki air utama terbuka dan melihat seorang wanita berbangsa Asia terbaring dalam air dengan jarak 12 inci dari bahagian atas tangki.” Justeru menurut Lopez, mustahil Lam memasuki tangki tanpa disedari sesiapa.
Sementara Tovar pula memberitahu agak sukar bagi tetamu mengakses bahagian berkenaan tanpa mencetuskan penggera. Jika penggera berbunyi, ia sudah pasti disedari bukan saja di bahagian lobi tetapi dua tingkat atas hotel. Dan hanya kakitangan hotel saja yang boleh mematikan penggera.
Selepas menimbang semua keterangan saksi, Hakim Mahkamah Agung Howard Halm memutuskan kem4tian Lam sebagai kem4tian mengejut kerana ia berlaku di kawasan yang tidak boleh diakses oleh tetamu. Dengan itu, permohonan saman yang dikemukakan keluarganya juga ditolak.
Inspirasi American Horror Story: Hotel
Tatkala semua mata tertumpu kepada kes saman keluarga Lam terhadap Cecil Hotel, tidak ramai tahu hotel ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Hotel tersebut dilabel sebagai hotel paling berhantu di Los Angeles sehingga menjadi inspirasi musim keenam American Horror Story ciptaan Ryan Murphy.
Sejak dibuka pada tahun 1927, Cecil Hotel dibelenggu 16 kes kem4tian mengejut dan tidak dapat dijelaskan dan peristiwa paranormal yang aneh. Salah satu kes kem4tian yang dikaitkan dengan hotel berkenaan ialah kes pembvnvhan Elizabeth Short atau Black Dahlia pada tahun 1947. Short dikatakan minum di bar beberapa hari sebelum dia ditemui m4ti oleh pihak berkuasa.
Cecil Hotel juga dikatakan pernah menjadi pilihan tempat penginapan penjenayah k3jam seperti pembvnvh bersiri. Salah seorang bekas penginapnya ialah Richard Ramirez atau Pengintai Malam/Night Stalker yang mengg4nas pada tahun 1985.
Ramirez menginap di tingkat atas hotel dan dikatakan selalu membuang pakaian berd4rahnya di luar hotel sebelum berjalan kembali ke hotel dalam keadaan separuh bogel. Bagaimanapun, disebabkan situasi hotel yang bercelaru ketika itu, tidak ramai sedar tentang kelakuan peliknya itu. Selain Ramirez, Cecil Hotel juga pernah dihuni oleh Penc3kik Vienna/Vienna Strangler, Jack Unterweger.
Disebabkan pelbagai peristiwa berd4rah ini, ramai menyangka hotel ini sepatutnya dirobohkan. Tetapi hotel tersebut diberi status sebagai bangunan warisan oleh Majlis Bandaraya Los Angeles kerana ia dibuka pada tahun 1920-an, era sama yang menyaksikan permulaan industri perhotelan di Amerika Syarikat.
Sehingga hari ini, misteri kem4tian Lam masih tidak dapat dijelaskan. Yang pasti, obsesi orang ramai terhadap misteri kem4tiannya itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
RUJUKAN:
Ishak, Natasha. (2019). The Unsolved Mystery Behind The Disturbing D3ath Of Elisa Lam. All That’s Interesting. https://allthatsinteresting.com/elisa-lam-d3ath
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih