Ramai antara kita tidak tahu bahawa kaum Cina di Malaysia ada menyambut perayaan mereka selepas Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung. Pesta tersebut adalah Pesta Perahu Naga (Dragon Boat Festival).
Apakah sebenarnya Pesta Perahu Naga?
Pesta Perahu Naga adalah pesta tradisi yang disambut oleh kaum China dan komuniti kaum Cina di negara-negara Asia. Pesta ini berlangsung apabila tibanya pertengahan musim panas. Biasanya ia disambut pada hari lima bulan kelima dalam kalendar tradisi Cina iaitu kalendar lunar. Maka, tarikhnya berubah setiap tahun jika mengikut kalendar Masihi. Tahun lepas, pesta ini disambut pada 7 Jun. Masuk tahun ini, ia disambut pada 25 Jun.
Ada sejarahnya mengapa Pesta Perahu Naga disambut oleh kaum Cina. Dahulu, bulan kelima dalam kalendar mereka adalah bulan yang malang. Mereka percaya bahawa bencana alam dan wabak biasa terjadi dalam bulan tersebut.
Bagi memastikan nasib malang itu tidak terjadi, mereka menggantungkan beberapa jenis tumbuhan yang terpilih seperti pokok Calamus, Artemisia, bunga buah delima, bunga ixora Cina, dan bawang putih di bahagian atas pintu rumah. Mereka percaya bahawa dengan bentuk Calamus seperti pedang dan bau bawang putih itu, mereka dapat hindari nasib malang bersama roh jahat.
Maka sambutan Pesta Perahu Naga pada ketika itu bersifat menghalau sebarang nasib malang secara besar-besaran oleh kaum China sebelum tertubuhnya Dinasti Qin (221-206 SM). Ada dalam kalangan mereka menampal lima jenis haiwan berbisa di dinding dan mencucuk gambar tersebut dengan jarum. Mereka juga menggunting kertas membentuk rupa haiwan berbisa dan menjadikan sebagai tali pinggang untuk anak mereka pakai.
Masuk kepada Fasa Tiga Kerajaan China barulah Pesta Perahu Naga ada perubahan mengikut kisah para jeneral p3rang yang menjadi amalan perayaan.
Kisah jeneral p3rang yang terkenal adalah kisah Qu Yuan, menteri dan pemuisi yang berkhidmat sebagai pegawai atasan kerajaan Chu dalam Dinasti Zhou. Apabila raja Chu ingin bersekutu dengan Dinasti Qin, Qu membantah niat raja tersebut kerana persekutuan tersebut bakal memakan raja itu sendiri. Raja Chu murka kemudian Qu dihalau keluar dari istana kerana dituduh sebagai pengkhianat.
Qu bersedih akan tindakan raja tersebut kemudian menulis sebuah puisi berkenaan kepedulian beliau akan nasib raja dan rakyat Chu. 28 tahun kemudian, ramalan Qu benar. Dinasti Qin men4kluk ibu kota negeri Chu, Ying. Qu bergambar sedih lagi, kemudian membunuh diri dengan terjun di Sungai Miluo.
Rakyat yang sedar akan ramalan Qu dan mengkagumi beliau berusaha menyelamatkan Qu menggunakan perahu mereka. Mayat pun cukup untuk mereka selamatkan dari menjadi sumber makanan hidupan sungai. Apabila m4yatnya tidak ditemui, rakyat tersebut membaling gumpalan pulut nasi ke dalam sungai bagi mengambil perhatian ikan agar tidak memakan m4yat Qu. Dari sinilah asal-usul kuih tradisi Pesta Perahu Naga, Zongzi serta perlumbaan perahu naga.
Dalam P3rang Dunia Kedua, Qu Yuan menjadi tokoh nasionalis bagi China dengan menamakannya sebagai ‘Pemuisi Patriotik Pertama China’. Ketokohan Qu menjadi popular dalam pembantukan People’s Republic of China selepas kemenangan komunis dalam Revolusi Komunis China.
Walaupun kisah jeneral Qu popular, terdapat juga kisah mengenai Wu Zixu, pengasas nama keluarga Wu serta jeneral kerajaan Wu. Xi Shi, wanita cantik dihantar oleh Raja Goujian dari kerajaan Yue kepada Raja Wu bernama Fuchai untuk menjadi peneman setia. Kehadiran Xi Shi sebagai tanda persahabatan kedua-dua kerajaan.
Wu perasan akan plot jahat Raja Goujian kemudian menasihati rajanya agar berhati-hati. Raja Fuchai murka kemudian menghukum Wu untuk membunuh diri. Setelah dihukum, mayat Wu dihumban ke sungai pada hari lima bulan kelima. Maka, Wu Zixu diingati oleh sesetengah warga China apabila tibanya Pesta Perahu Naga.
Selain kedua-dua kisah jeneral, ada teori yang diasaskan oleh pemuisi Wen Yidou, nasionalis pada abad ke-20 Masihi, menyatakan bahawa pesta tersebut berasal dari sembahan kepada naga. Ia berdasarkan perlumbaan perahu naga dan penyediaan kuih Zongzi. Dikatakan kuih tradisi itu berasal dari korban kepada raja naga, manakala perlumbaan perahu naga simbolik kepada dendam naga.
Apapun sejarahnya, Pesta Perahu Naga menjadi perayaan rasmi bagi China, Macau, Hong Kong, dan Taiwan. Manakala komuniti kaum Cina dari negara Asia lain seperti Malaysia, Singapura, dan Thailand menyambut pesta ini kecil-kecilan, walaupun ia tidak dijadikan sebagai perayaan rasmi.
Kaum yang menyambut pesta pertengahan musim panas selain kaum Cina adalah Korea. Kaum Korea menyambut perayaan Dano, iaitu perayaan menghalau nasib malang. Korea Selatan ia disambut secara kecil-kecilan namun Korea Utara menjadikan perayaan Dano sebagai pesta rasmi. Begitu juga Jepun dengan merayakan Hari Kanak-Kanak dan Vietnam dengan Pesta Tết Đoan Ngọ, iaitu pesta buah-buahan.
Ada dua jenis aktiviti yang popular apabila masuk Pesta Perahu Naga: perlumbaan perahu naga dan memakan Zongzi.
Zongzi boleh kita faham dipanggil sebagai Ketupat Cina kerana pembuatannya hampir sama dengan pembuatan ketupat, namun Zongzi dibalut dengan daun buluh dan membentuk segi tiga. Isi Zongzi mengikut budaya kaum di utara atau selatan China. Kaum Cina di Utara China mengisikan Zongzi dengan kekacang yang manis. Kaum Cina di Selatan China mengisikan Zongzi dengan daging perut khinzir, sosej, dan telur itik masin.
Zongzi sebenarnya adalah makanan ruji kaum China sebelum berlakunya Fasa Tiga Kerajaan. Masuk Dinasti Jin, barulah Zongzi menjadi makanan perayaan sehingga kini. Maka, selain nama Pesta Perahu Naga, ia juga dipanggil sebagai Pesta Dumpling/Zongzi.
RUJUKAN:
Xinhua Net. “First day-off for China’s Dragon Boat Festival helps revive tradition Archived 2013-12-22 at the Wayback Machine.” Xinhua News Agency. Published 8 June 2008.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih