Planet Marikh semenjak dahulu lagi menjadi inspirasi kepada karyawan untuk menghasilkan karya fiksyen sains berkenaan pendudukan koloni dan penjelajahan di planet merah itu. Antara yang terkenal ialah filem The Martian arahan Ridley Scott dan dibintangi Matt Damon itu merupakan adaptasi daripada novel karya Andy Weir’s. Mengisahkan tentang seorang angkasawan yang disilap sangka mati lalu ditinggalkan seorang diri di planet itu. Secara asasnya, cerita ini bermula tentang misi sekumpulan angkasawan yang mahu mengkaji tentang planet Marikh.

Itu adalah kisah fiksyen.

Namun tahukah anda, bahawa semenjak berzaman lamanya. Pelbagai agensi telah menjalankan projek untuk meneroka planet Marikh. Bahkan NASA percaya bahawa planet merah yang mempunyai ketumpatan jisim yang lebih kurang sama dengan bumi ini mempunyai potensi yang besar untuk dihuni oleh manusia.

Misi penerokaan planet Marikh kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu lintas terbang (flyby), pengorbit (orbiter) dan lander/perayau (rover). Semasa permulaan zaman penerokaan planet Marikh, teknologi aeroangkasa masih tidak begitu maju dan hanya misi lintas terbang yang boleh dilakukan dengan objektif untuk mengambil seberapa banyak gambar yang mungkin. Dengan berkembangnya teknologi, misi penjelajahan telah pun berjaya meletakkan perayau di atas permukaan planet Marikh bagi mengkaji bentuk fizikalnya secara lebih mendalam.

Berikut merupakan sejarah ringkas misi penerokaan planet Marikh.

Tahun 1960.

Bekas Kesatuan Soviet memulakan perlumbaan ke Marikh dengan beberapa siri kapal angkasa Marikh. Antaranya, misi Mars 1 dapat menghantar beberapa data mengenai Marikh sebelum pengawal misi kehilangan hubungan dengannya beberapa bulan selepas pelancaran. Mars 2 sampai ke Marikh, namun perayaunya jatuh ke permukaan. Mars 3, 4, 5 dan 6 sebahagiannya berjaya ke Marikh, sementara lander Mars 7 mempunyai masalah pemisahan dan gagal sampai ke permukaan. Sepanjang tempoh 1960-an dan 1980-an, bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk menghantar misi ke Marikh.

Misi pertama Amerika untuk berjaya sampai ke Marikh ialah Mariner4 pada tahun 1964. Ia terbang ke planet ini dan membawa pulang imej pertama Marikh  dengan membayangkan ciri-ciri permukaan yang menarik. Misi Mariner mempunyai beberapa kejayaan, termasuk Mariner 6, 7 dan 9. Dua yang pertama ialah lintas terbang yang mengembalikan imej dan data.

Tahun 1970 an dan 1980 an.

Mariner 9 tiba semasa ribut debu melanda planet itu dan berjaya memasuki orbit. Selepas ribut berakhir, kapal angkasa itu mengembalikan 7,329 imej yang mendedahkan 85 peratus permukaan planet Marikh. Imej-imej tersebut mendedahkan ciri-ciri permukaan yang biasa terdapat di bumi seperti ranjang sungai, kawah, dataran banjir, kanyon (lembah dalam) dan ciri-ciri gunung berapi.

Pada tahun 1976, Amerika berjaya meletakkan dua lander Viking di permukaan Marikh dan dapat berhubung dengan bumi melalui pengorbit. Misi ini berjalan selama beberapa tahun dan membekalkan imej permukaan, data atmosfera dan pemetaan orbit. Selepas misi Viking selesai, terdapat misi selang selama beberapa tahun sehingga Soviet melancarkan dua Misi Phobos pada tahun 1988. Mereka hilang hubungan dengan Phobos 1, sementara Phobos 2 dapat memasuki orbit Marikh dan mengembalikan beberapa data sebelum pengendali kehilangan hubungan dengan kapal angkasa.

Tahun 1990-an

Nasib malang terus menimpa sehingga ke tahun 90-an dengan kehilangan Mars Observer NASA pada tahun 1993. Siasatan mencadangkan bahawa kebocoran bahan api mungkin menjadi punca kepada kegagalan misi tersebut. Mars 96 gagal dilancarkan pada tahun 1996, misi Nozomi Jepun tidak pernah memasuki orbit Marikh. Mars Climate Orbiter (NASA) terhempas ke permukaan Marikh pada September 1996, dan siasatan menunjukkan bahawa metrik- pengukuran Inggeris menimpa kapal angkasa. Tidak lama selepas itu, lander Polar NASA terhempas ke permukaan pada Disember 1999, sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan peralatan.

Misi yang berjaya pada tahun 90-an termasuk NASA Mars Global Surveyor, yang menghabiskan hampir 10 tahun pemetaan dan pengimejan planet dari orbit. Diikuti dengan Misi Mars Pathfinder, yang pertama meletakkan perayaunya di atas planet itu. Ia berlangsung selama tiga bulan dan merupakan misi pertama untuk menggali ke dalam batu dalam usaha untuk menentukan mineralogi planet itu.

Abad 21

Dalam dua dekad pertama abad ke-21, agensi-agensi angkasa mencapai lebih banyak kejayaan dalam misi mereka. Mars Odyssey NASA, Agensi Angkasa Eropah, Mars Express mengetuai perjalanan ke Marikh dan masih beroperasi. Perayau Eksplorasi Marikh A dan B, juga dikenali sebagai Spirit dan Opportunity menetap di permukaan Marikh pada tahun 2004 dan segera mencari bukti air di planet Marikh. Spirit bertahan sekitar tujuh tahun manakala Opportunity masih beroperasi. Kedua-dua perayau ini membuat penemuan penting mengenai permukaan Marikh dan kewujudan air pada masa lalu.

Pengorbit Reconnaissance yang dilancarkan pada tahun 2005 sentiasa memetakan dan menggambarkan planet Marikh pada resolusi yang tinggi. Ia bersama dengan pengorbit lain menyediakan pautan radio yang berguna untuk dikembalikan ke bumi. Mars Phoenix mendarat di Marikh dan menghabiskan beberapa bulan pengkatalogan keadaan berhampiran kutub utara Marikh.

Rusia, Cina dan British mendapat nasib malang dengan kapal angkasa mereka pada tahun 2003 dan 2011. Perayau Beagle berjaya memasuki Marikh, tetapi gagal semasa pendaratan. Misi Fobos-Grunt dan Yinghuo-1 jatuh ke bumi selepas kegagalan pelancaran.

Dalam tahun kebelakangan ini, perayau Curiosity Mars Amerika telah membawa kejayaan besar dengan membawa pulang imej dari permukaan serta mineralogy terperinci mengengai batu-batu di mana ia mendarat. Ia terus meneroka dan sedang menuju ke arah beberapa bukit berhampiran kawasan pendaratannya.

Dua misi yang paling baru tiba di Marikh pada September 2014 ialah Indian Space Research Organization’s Mars Orbiter Mission (MOM) dan misi MAVEN. MOM adalah bukti misi konsep yang memulangkan imej planet dan data tentang atmosfera. MAVEN ialah satelit kajian atmosfera yang bertujuan untuk memahami bagaimana planet ini kehilangan atmosferanya dan bagaimana ia kehilangan air pada masa lalu.

Misi pengorbit ExoMars Trace Gas merupakan misi kerjasama antara ESA dan Roscosmos bagi meletakkan satu pengorbit dan juga satu lander di permukaan planet Marikh. Misi ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri gas di planet Marikg. Dilancarkan pada 14 Mac 2016, pengorbit telah berjaya memasuki orbit planet Marikh pada 19 Oktober 2016. Manakala lander telah terhempas di permukaan Marikh pada tarikh yang sama kerana kesilapan kiraan altitude.

Pada masa akan datang, pelbagai kerjasama daripada pelbagai pihak akan dijalankan bagi meneruskan misi penerokaan ke planet Marikh. Menurut NASA, satu lagi landernya yang diberi nama InSight akan berlepas ke Marikh pada Mei 2018.

Sekiranya suatu hari nanti Marikh diyakini mampu menampung kehidupan di atasnya, adakah anda mahu untuk berhijrah ke sana?

Rujukan:

  1. Leonard David (2017). NASA’s Next Mars Lander Passes Big Test Ahead of May 2018 Launch. https://www.space.com/38868-nasa-mars-lander-insight-testing.html
  2. Elizabeth Howell (2015). A Brief History of Mars Missions. https://www.space.com/13558-historic-mars-missions.html
  3. MStar (2015). Nasa Bentang Rancangan Petempatan Manusia Di Planet Marikh Menjelang 2030. http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/10/09/nasa-bentang-rancangan-ke-marikh/
  4. Omar Samidi (2002). Misi ke Marikh Agenda Serius. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive
  5. Space-Facts. Mars Missions. https://space-facts.com/mars-missions/
  6. Ahmad Amryl Abd Malek (2018). Sejarah dan Perkembangan Penerokaan Planet Marikh. https://www.majalahsains.com/penerokaan-planet-marikh/
  7. Majalah Sains.Com (2015). NASA-Ulangtahun ke-50 Misi Menjelajah Planet Marikh. https://www.majalahsains.com/nasa-ulangtahun-ke-50-misi-menjelajah-planet-marikh/
  8. Space-Facts. https://space-facts.com/mars-pictures/
  9. (2015). 50 Years of Mars Exploration. https://www.youtube.com/watch?v=pwipxdQ74pU

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.