Lailatul Qadar merupakan sebuah ganjaran amalan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat hambanya yang beribadah di kala bulan Ramadhan. Pahala Lailatul Qadar ini dikurniakan Allah sama seperti kita beribadah selama 1000 bulan. Ini bermakna, kita tidak memerlukan usia yang panjang kerana rata rata umat Islam berusia tidak mampu mencecah 1000 bulan atau 83 tahun untuk beribadah.
Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr. Allah SWT menceritakan kemuliaan dan ganjaran Lailatul Qadar ini dalam surah ini. Terdapat beberapa kisah mengenai Lailatul Qadar ini. Pada zaman Rasulullah SAW, Orang orang Yahudi sentiasa membanggakan seorang tokoh Nabi yang mampu berpuasa selama 1000 bulan tanpa henti.
Bahkan, mereka mencabar umat Rasulullah SAW untuk berbuat demikian. Tokoh yang dibanggakan itu ialah Nabi Syam’un Al-Ghazi yang dikatakan kekuatannya mampu meruntuhkan istana. Akhirnya Allah SWT mengurniakan malam Lailatul Qadar ini kepada umat Rasulullah SAW agar dapat menjadi hadiah kepada umat Rasulullah SAW yang usianya tidaklah sepanjang usia umat terdahulu.
Ulama membahaskan malam Lailatul Qadar ini berlaku pada dalam bulan Ramadhan dan berlaku pada 10 Akhir Ramadhan. Sayyidatina Aisyah RAHA menceritakan keadaan Rasulullah SAW ketika 10 malam terakhir Ramadhan,
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)” (Riwayat Muslim: 2015)
Oleh itu, sebagai Umat Rasulullah SAW kita haruslah memburu kurniaan Allah ini di malam akhir Ramadan ini disamping kesibukan kita dalam persiapan Raya kita nanti. Semoga kita semua dikurniakan Allah SWT pahala Lailatul Qadar ini.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih