Messiah – satu siri Netflix yang menjadi kontroversi awal trailernya keluar apabila ada orang kaitkan dengan Al-Masih Ad-Dajjal dan juga Nabi Isa A.S. Bagi aku, cerita ni sangat provokatif kepada mereka yang tak biasa membaca wadah-wadah teologi dan perbandingan agama.
Tapi bagi seorang yang masa remajanya mengabadikannya waktu-waktunya membaca buku-buku akhir zaman, cerita ni agak membawa aku ke klimaks kepuasan dalam percubaan untuk dekod-dekod setiap mesej dalam kisah ni. Jadi, aku akan kongsikan dengan kalian apa yang aku faham mengenai wadah Messiah ini.
Aku tak tahu nak panggil lelaki dalam cerita ni sama ada dia Dajjal atau Nabi Isa A.S atau Al-Mahdi. Maklumat tidak lengkap dan penamatnya yang cliff-hanger memberi petanda akan ada musim kedua. Cerita ini menyediakan perspektif dari seorang yang memandangnya sebagai “the greatest con-man ever lived” yang berjaya menyakinkan dunia bahawa dia ialah seorang Messiah akhir zaman.
Juga pada perspektif seorang believer. Tetapi dia dikatakan muncul di sebuah menara putih di Damsyik dalam jubah kuning, dan dalam tradisi Islam, memang ia prophecy kedatangan Nabi Isa A.S. Believer dari kalangan umat Islam dan umat Kristian. Barangkali dua umat ini diangkat kerana mereka berkongsi kepercayaan Nabi Isa A.S akan kembali semula pada akhir zaman nanti.
Dan kemudian, lelaki ini menunjukkan keajaiban-keajaiban yang pernah ditunjukkan oleh Nabi Isa A.S pada kedatangannya dulu kepada Bani Israel dan Empayar Rom. Membangkitkan orang yang dah mati, berjalan atas air, atau mengubati penyakit kusta (dalam kes lelaki ini di zaman moden, memandang Kusta dah ada ubat, jadi dia mengubati penyakit Kanser).
Dan pengerakan lelaki yang dipanggil Al-Masih ini sangat strategik. Dia tidak bergerak dengan membabi-buta. Dia memunculkan diri ditengah-tengah masyarakat Islam yang dah lama berperang dengan Israel dan juga ISIL. Masyarakat Islam yang sangat desperate yang memerlukan sebuah figura penyelamat yang mampu membawa keluar mereka keluar dari segala konflik yang dah berakar puluhan, malahan beratus tahun.
Masyarakat seperti ini apabila melihat seorang lelaki yang pesonanya seperti Imam Mahadi yang mereka baca dalam teks-teks agama Islam tentang penyelamat umat Islam pada akhir zaman ini akan cepat teruja. Pada saat yang desperate ditekan oleh saudara seagama sendiri macam ISIL yang menindas dengan kejam, dan si kafir Yahudi penghaus darah seperti Israel, semangat jihad itu akan terbakar. Dan lelaki itu, begitu lancar menutur hadis-hadis dan berhujah menggunakan Ayat Al-Quran. Umat Islam ni kalau jumpa pesona penunggang agama macam ni, senang cair.
Maka kedatangan lelaki ini berjaya memberi harapan baru. Maka berduyun-duyunlah orang Arab Islam Palestine-Syria mengikuti mamat ni selepas melihat keajaiban dia berjaya bertahan dalam ribut pasir selama 30 hari tanpa mati, makan dan minum. Lelaki ni dalam waktu sekejap, menjadi simbolik kepada intifada pertama di Palestine selepas 20 tahun intifada terakhir berlaku. Tentunya, ia berlaku selepas lelaki itu menghidupkan seorang kanak-kanak Islam yang matinya ditembak Yahudi Israel di Temple Mount, Baitulmaqdis.
Dan kemudian, sasaran si lelaki ini ialah kawasan The Bible Belt. Kawasan di Amerika Syarikat dimana penduduknya masih lagi kuat kepercayaan pada agama Kristian. Jadi, pergi ke situ lebih mudah mengumpulkan pengikut berbanding dia ke kawasan seperti California dan New York di mana populasi disitu sama ada sudah jadi sekular, jauh dari gereja, ataupun sudah menjadi atheist dan mengangkat Sains sebagai agama baru.
Berjalan atas air pun belum tentu berjaya menyakinkan mereka. Menghidupkan orang mati pun mereka akan mula berspesikulasi helah-helah yang boleh digunakan oleh si-penyilap mata. Mereka dah diajar untuk skeptik pada apa-apa unsur yang menyalahi rasional akal, tidak dapat diuji dengan bukti emperikal.
Meskipun sedemikian, si Al-Masih ini tetap melakukan pesona yang menggegar dunia. Bayangkan berjalan kaki di atas air, sambil dirakam oleh media-media dan disaksikan ribuan pengikutnya. Dibuatnya pula ditempat yang menempatkan patung Abraham Lincoln, insan yang membebaskan USA dari perhambaan,
Lincoln Memorial, dan obelisk putih yang dipanggil sebagai Washington Monument yang dibina mengingati George Washington, bapa pengasas US dan Reflecting Pool dipilih sebagai lokasi menapak di atas air seolah-olah membawa kepada sebuah mesej.
“Seperti mana Abraham Lincoln, aku datang sebagai pembebas baru kalian wahai umat akhir zaman daripada perhambaan akhir zaman yang menyedihkan seperti harta, wang ringgit, perempuan dan takhta. Seperti mana bapa pengasas kalian si Washington, aku akan mengasaskan sesuatu yang baru di bumi Amerika ini. Kalian harus cerminkan diri kalian semula untuk memahami mesej aku ini.”
Pengakhiran cerita ini membawa kita kepada sebuah babak di mana anak murid si lelaki dipanggil oleh Al-Masih ini berjaya selamat daripada pengeboman berani mati di Palestine ketika menyampaikan mesej mengenai Al-Masih, manakala si lelaki Al-Masih tadi terselamat dari nahas kapal terbang yang membunuh, bahkan menghidupkan dua orang penumpang yang sepatutnya dah mati.
Terus aku berspesikulasi, untuk apa babak-babak dan plot dibina begitu rapi untuk si pemuda bernama Jibril Hassan tu? Kalau dia tak sepenting dengan watak lelaki mendakwa dirinya Nabi Isa A.S, dia tak akan pembinaan watak dan plot sehebat ini. Apakah nanti dia ajan jadi nemesis utama kepada Al-Masih dalam musim yang akan datang?
Apakah dia sebenarnya Al-Mahdi sebab dia selamat dalam keadaan yang juga dibelenggu keajaiban saat semua penghuni masjid itu mati? Apakah sebenarnya lelaki yang didabik sebagai kedatangan kedua Al-Masih sebenarnya dajjal?
Fakta menarik, lelaki yang mendakwa dirinya Nabi Isa A.S ini datangnya dari bumi Iran. Dajjal dalam hadis nabi dikatakan berasal dari Iran juga. Lebih tepat, Asfahan, dari sebuah perkampungan Yahudi. Dan si lelaki mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa A.S dalam kisah ini pula seorang Yahudi!
Lain-lain, aku boring dengan side story watak-watak lain yang macam takde guna langsung kepada perkembangan cerita. Dibuang benda tu, dan dilajukan sikit pace cerita dia, dah perfect dah cerita ni.
Apa-apa pun, 7/10 daripada aku.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih