Mesir merupakan sebuah negara yang terletak di Barat Filistin. Negara ini mempunyai pelbagai sumber alam dan hasil bumi yang subur. Di bumi ini, menyaksikan perjuangan para Nabi sehingga ia digelar bumi Kinanah. Bumi ini juga menjadi saksi bagaimana Nabi Musa AS melawan kezaliman Firaun dan sekutunya dalam memerintah Mesir dan menyeksa Bani Israil. Di Bumi ini juga menyaksikan perebutan takhta bagi kerajaan kerajaan Rom, kerajaan Mesir Purba, dan Kerajaan Islam.

Dalam Sejarah Islam, Rasulullah SAW telah menghantar surat buat pertama kalinya untuk Raja Muqawqis, pemerintah Mesir pada ketika itu yang bertujuan untuk mengajaknya memeluk Agama Islam. Muqawqis kemudiannya membalas surat tersebut dengan mengirimkan pelbagai hadiah termasuklah seorang perempuan. Wanita ini kemudiannya dinikahi oleh Rasulullah SAW, iaitu Mariah Al-Qibtiah.

Menjelang Era Khulafa Rasyidin, Mesir kemudiannya masuk kedalam dakapan Kerajaan Islam dan sehingga kini, Mesir menjadi sebahagian dari Bangsa Arab usai penaklukan ini. Oleh itu, jikalau dilihat dari landskap sejarah, sememangnya Mesir mempunyai peranan besar dalam Sejarah Islam dan Sejarah Filistin. Justeru itu, Mesir sememangnya mempunyai tali perhubungan dalam sejarah Filistin itu sendiri.

[Sebagai Pusat Ekonomi Rantau Tersebut]
Mesir mempunyai sumber Ekonomi yang hebat dan kukuh. Hal ini ditambah lagi dengan hasil bumi yang sangat mewah iaitu hasil daripada Sungai Nil yang menjadi sumber ekonomi utama bagi rakyat Mesir. Hal ini sekaligus menjadikan Mesir sebagai pembekal makanan bagi negara negara sekitar. Pada era Kerajaan Salib Jurusalem, Kerajaan Jurusalem mengambil keputusan untuk berdamai dengan Kerajaan Mesir iaitu Fatimiyyah. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan bekalan makanan buat kerajaan mereka disamping dapat mengukuhkan ekonomi mereka di Jurusalem.

Hal inilah yang diperhatikan oleh Salahuddin Ayyubi. Justeru itu, Nuruddin Mahmud Zanki telah menitahkan agar Salahuddin Ayyubi untuk menaklukkan Mesir bagi memutuskan rantaian bekalan makanan ke Jurusalem bagi melemahkan kerajaan Salib Jurusalem. Impian ini kemudiannya berjaya direalisasikan dengan tindakan Salahuddin Ayyubi menduduki jabatan dalam Kerajaan Mesir.

Tindakan ini akhirnya berjaya memberi kuasa kepada Salahuddin Ayyubi dan akhirnya, Salahuddin Ayyubi berjaya menewaskan kesemua musuhnya terutama dalam Bani Fatimiyyah dan sekaligus meruntuhkan kerajaan ini dan memberi peluang kepada Nuruddin Mahmud Zanki bagi menakluk Al-Quds.

[Kunci Kepada Kekuatan Islam]
Mesir memegang dua kunci sepanjang dalam sejarah konflik di Jurusalem ini. Pertamanya, Mesir memegang kunci pintu masuk bagi Laut Mediterranean. Kunci ini amat penting kerana Mesir mempunyai pelabuhan yang paling hampir dengan Laut. Justeru itu, hal ini memudahkan bagi pedagang memunggah barangan mereka dan dibawa ke darat untuk tujuan perdagangan. Pelabuhan Mesir merupakan salah sebuah pelabuhan yang terkenal di dunia pada era Perang Salib dan Klasik. Justeru itu, tidak hairan jikalau pasukan Salib sering menyasarkan Pelabuhan pelabuhan Mesir bagi tujuan mereka untuk menakluk Jurusalem dalam ekspedisi Perang Salib mereka.

Selain itu, Mesir memegang kunci kedudukan Strategik dalam geografi tempatan. Kedudukan Mesir ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila berlakunya Konflik Arab-Filistin. Negara pertama yang akan beraksi terhadap serangan ini ialah Mesir kerana mereka adalah jiran kepada negara ini. Justeru itu, tidak hairan jikalau Mesir merupakan sebuah negara yang pernah terlibat secara langsung dalam siri pertempuran dengan kerajaan Israil.

Dua kunci ini menjadi pegangan dan kekuatan Mesir buat sekian lamanya kerana bagi pendapat Sejarawan yang membahaskan siri peperangan panjang dalam Perang Salib menyatakan bahawa Mesir merupakan Kunci bagi menakluk Jurusalem. Jikalau jatuhnya Mesir, jatuhlah Kerajaan Filistin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.