Setiap tahun, mesti ada lawak yang korang buat pasal duduk dalam jamban setahun.

 

Sama la jugak dengan situasi pesawat ni. Setiap tahun ada je cerita pesawat merentas masa.

 

Dah macam lagu jiwang pulak, Andai dapat ku undurkan putaran dunia. 2024 ni kapal terbang mana?

 

Kali ini, ia berlaku kepada para penumpang pesawat All Nippon Airways NH106 berlepas dari Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada hari Isnin, 1 Januari 2024 pada pukul 01.06 pagi.

 

Pesawat tu kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad, 31 Disember 2023 sekitar jam 5 petang.

 

Dah macam “Back to The Future” pulak. Jadi sebenarnya di mana lokasi perubahan tarikh ni berlaku?

 

Ianya berlaku di Garis Tarikh Antarabangsa di longitud ke-180 atas Lautan Pasifik.

 

Kalau ada sesiapa yang lalu garisan ni wajib membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari bergantung ke arah mana dia pergi.

 

Garisan meridian ke-180 ni dipilih pada 1884 sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa sebab tak banyak orang yang akan terganggu pertukaran masa di kawasan ini.

 

Garisan Tarikh Antarabangsa ni bengkok pada tempat-tempat tertentu seperti di Kiribati. Susah hidup nanti kalau 1 negara ada 2 tarikh berbeza.

 

Disebabkan waktu perjalanan NH106 ni, tanpa sengaja dia dah merentas masa setahun naik kapal terbang. Sebelum ni NH106 dah pernah dah merentas masa banyak kali dah.

 

Selain NH106, pesawat Korean Air Kargo dari Seoul, Korea Selatan yang terbang ke Los Angeles pun cipta sejarah terbang merentas masa.

 

Jadi, kalau korang nak cuba-cuba jadi penjelajah masa, korang boleh la cuba cari kapal terbang apa yang terbang dari Asia Timur ke Amerika Syarikat hujung tahun ni.

 

Selamat mencuba!

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Jangan pernah kita lupa pada tragedi PENERBANGAN TERAKHIR: MH370 & MH17. Dapatkan buku siasatan yang ditulis oleh mantan Ketua Pengarah DCA iaitu Dato Sri Azharuddin segera: https://shope.ee/8zfps3AU4t


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply