Jujur cakap entah kenapa ramai tidak selesa kalau bincang pasal evolusi. Alih-alih mesti fikir pasal Teori Darwin. Kalau suruh ulas Teori Darwin, mesti merepek tuduh Charles Darwin bukan-bukan.

Berkali-kali kena ulang – Charles Darwin tidak pernah cakap manusia berevolusi daripada beruk. Jadi siapa yang cakap manusia berasal daripada beruk? Entah monyet mana yang cakap.

Yang pasti, penyampaian Teori Darwin telah ditahrifkan zaman sampai maksud asal lari habis. Padahal Teori Darwin sebenarnya mengulas panjang tentang variasi yang diwarisi sesuatu spesis untuk lebih mandiri di sesuatu tempat.

Proses evolusi dulu berpaut pada konsep the Missing Link, iaitu spesis pra-manusia dan pra-primat (keluarga beruk, cimpanzi, monyet dan sebagainya).

Fitrah evolusi berkata manusia adalah manusia… beruk adalah beruk…

Sains sudah tidak pegang pada konsep ini, yang didapati secara saintifik sangat ralat dengan fitrah evolusi (D’Costa, 2014).

Sebaliknya, sains semakin yakin tentang common ancestor (leluhur umum). Kena faham balik, common ancestor tidak sama sekali bermaksud same ancestor.

Konsep leluhur umum lebih tertumpu pada peringkat sel (cellular level), iaitu persamaan dari segi DNA antara manusia dan primat misalnya. Untuk pengetahuan semua, DNA manusia sebenarnya 98.8 peratus sama dengan DNA cimpanzi.

Lihat persamaan kromosom DNA antara dua spesis ini.

Konsep leluhur umum lebih tertumpu pada sifat sel (cellular level), bukannya sifat individu. Masalah sekarang, DNA manusia dengan DNA landak laut pun lebih kurang sama (Bryner, 2006).

Persamaan manusia dengan lalat buah dan pisang boleh tahan juga, lebih kurang 60 peratus sama (Holley, 2017). Jangankan serangga dengan buah, DNA manusia dengan DNA lembu siap 80 peratus lagi (Ramsey & Lee, 2018).

Leluhur Umum Universal Terakhir

Sains membawa konsep last universal common ancestor (LUCA) untuk mengkaji dan menjelaskan punca persamaan populasi organisme merentasi jenis. Kalau ingin tolak konsep ini pula, memang akan susah balik pada diri sendiri.

Sebab kalau tolak, orang lain akan kaji. Dan orang lain itulah akan lebih faham tentang sains berbanding golongan yang mendongak kononnya faham tanpa sebarang jawapan selain daripada “rujuk Qur’an!” tetapi tidak mampu jelaskan apa yang Qur’an cakap.

Itu masalahnya.

Sekarang kena faham, common ancestor bukan seperti Ratu Elizabeth dan William the Coηqυeror dulu. Saintis tidak pernah cakap dulu kala ada satu haiwan beranak pinak menjadi jutaan spesis seperti hari ini.

Rantaian daripada LUCA. Tiada jasad. Hanya DNA.

Tidak sama sekali. Terpaksa ulang berkali-kali, common ancestor adalah perbincangan genetik… bukannya jasad.

Sekitar tahun 2000, saintis mula mengenal pasti zaman LUCA mula berpucuk dalam dunia ini iaitu sekitar 3.5 bilion tahun lalu (Glansdorf, et al., 2008). Memang sangat jauh, sebelum zaman kewujudan fosil hidupan pun. Ini membuktikan LUCA bukan berjasad, lebih pada sel (Noffke, et al., 2013).

Ada pendapat menyatakan LUCA sudah berpucuk sebelum adanya Bulan di langit lagi (Betts, et al., 2018). Maka di sini, LUCA difahamkan adalah ramuan yang menjadikan organisme itu sendiri.

Ibaratkan roti yang dibuat daripada tepung, gula dan yis. Dalam perbandingan ini, organisme adalah roti… LUCA pula adalah tepung, gula dan yis. Sini semua boleh faham apa yang sains sebenarnya sedang sampaikan dengan jelas. Cuma agama menerangkan siapa yang mengadun dan membuat roti tersebut.

Sekarang bandingkan dengan prasangka palsu yang meremehkan evolusi dengan hujah “manusia berevolusi daripada beruk”.

RUJUKAN:

Betts, H., et al. (2018). “Integrated genomic and fossil evidence illuminates life’s early evolution and eukaryote origin”Nature Ecology & Evolution2 (10): 1556–1562

Bryner, J. (2006, November 9). Surprise! Your Cousin’s a Sea Urchin. Live Science.

D’Costa, K. (2014, April 2). The Missing Link That Wasn’t. Scientific American.

Glansdorf, N., et al. (2008). The last universal common ancestor: emergence, constitution and genetic legacy of an elusive forerunner. Biology Direct. 3: 29.

Holley, D. (2017). GENERAL BIOLOGY I: Molecules, Cells and Genes. Dog Ear Publishing. Halaman 63.

Noffke, N., et al. (2013). “Microbially induced sedimentary structures recording an ancient ecosystem in the ca. 3.48 billion-year-old Dresser Formation, Pilbara, Western Australia”Astrobiology13 (12): 1103–1124.

Ramsey, L., & Lee, S. (2018, April 6). Humans share almost all of our DNA with cats, cattle and mice. The Independent UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply