Dr Jordan B Peterson adalah salah seorang ahli falsafah abad ke-21 yang paling ramai menarik perhatian lelaki, termasuklah aku. Lelaki yang mahu reclaim the manhood, selepas pascamoden menghinjak maruah lelaki atas nama equality. Lelaki yang dituduh patriarki dan menindas, tapi hakikatnya dia cuma mahu mengikut hukum alam manusia sejak ratusan ribu tahun lalu.

Ada banyak kontroversi tentang dia ni, sampai Twitter ban dia. Dia adalah musuh nombor satu kepada golongan woke. Bagi golongan naspop (nasionalis populis) dan tradisionalis, dia ni numero uno hero. Anyway, semalam aku baru menonton video terbaru Jordan, berjudul ‘Message To Muslims’. Dalam video itu, Jordan menyeru untuk golongan ‘ahli kitab’, penganut agama Ibrahim, supaya lupakan perbezaan antara semua, dan fokus menentang liberalisme dan woke yang sedang menindas agama kita semua.

Video “Message to Muslims” terbabit.

Dia juga menyeru agar Syiah dan Sunni supaya berhenti untuk berbalah, sebaliknya bersatu membentuk blok konsevatif beragama menentang sekularisme yang semakin jadi ekstrem.

Jadi aku nak jawab kepada video Jordan Peterson tu. Jordan Peterson adalah orang Kanada, dan dengan nama yang macam tu, aku assume datang dari jalur Skandinavia, kemudian pindah England, kemudian pindah Kanada. Jalur pemikiran Eropah-Amerika. Jadi dia mungkin tak nampak kenapa Muslim tak suka Yahudi, kenapa Syiah berbalah dengan Sunni, atau Kristian dengan sektariannya.

Sebab dia ni keturunannya seorang yang memang sentiasa menjadi koloni. Peterson adalah asal dari Denmark, Petersen. Peter ni nama yang paling ramai penduduk di tepi laut sebab Saint Peter adalah seorang nelayan. Jadi psyche Jordan Peterson ni tak nampak kenapa pergaduhan sesama Muslim dan sesama agama Ibrahim ni, dia lahir dari golongan koloni. Golongan koloni mestilah pandangannya tak sama macam golongan peribumi.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Antara punca pergaduhan Syiah dan Sunni, Islam dan Yahudi, Kristian sektarian, ini adalah kerana polisi pecah dan perintah British di era ke-18 dan ke-19 ketika mereka menjadi empayar terbesar dunia. Jadi macam mana Jordan sebagai koloni nak sound golongan peribumi yang telah lama hidup dalam syak wasangka sesama sendiri disebabkan polisi divide and conquer selama ratusan tahun oleh koloni, macam Jordan?

Orang Palestin sendiri yang kena hadap orang Israel yang agresif di Tebing Barat, orang Syria juga yang berdepan dengan konflik ikut sektarian. Orang di Afghanistan sendiri diajar untuk mengikut suku. Dah biasa dipecah-pecahkan. Perasaan benci tu dah terbina zaman berzaman. Aku percaya Jordan Peterson tahu pasal imperialisme British ni dan kesannya terhadap psyche pemikiran negara bekas tanah jajahan. Sebab dia sendiri PhD dalam bidang psikologi.

Jordan Peterson (Gage Skidmore/ CC-BY 2.0.).

Kat Malaysia selama ratusan tahun British menyemai kebencian antara semua kaum. Di Cyprus digaduhkannya Turki dan Greek. Di Mesir digaduhkannya Coptik dengan Muslim. Di Palestin dia gaduhkan Yahudi dan Arab. Jadi macam mana nak bersatu?

Aku sedar, ramai je Muslim yang berperangai asshole yang nak assert dia punya agama pada semua orang, semua agama pun akan ada orang macam ni. Untuk kita bersatu menentang sekularisme dan woke, perkara pertama kita kena admit yang kita dah kena game dengan British. Kita perlukan sistem yang baru sebab sistem yang ada sekarang dah broken.

Dalam erti kata lain, konservatif harus melihat kembali macam mana posisi yang paling terbaik dalam memerangi misinformasi, disinformasi dan desepsi yang menjadi modus operandi golongan banker dan kapitalis yang menggunakan sistem divide and conquer sesama kita. Kita kena aware yang kita semua berbeza, tapi demi agama, tak kisahlah agama mana pun, kita kena fikirkan macam mana nak damaikan semua orang dalam agama ini untuk berdepan dengan these godless and agnostic woke powerfreak ni.

Hanya kalau kita boleh move on dari kerangka sistem yang dibina imperialis British ni, then barulah kita boleh shoulder to shoulder, in the brotherhood of Abrahamic faith, menentang ajaran sekularisme dan wokeism ini. Salam hormat, Jordan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Leave A Reply