Apabila sebut nama kumpulan idola Itzy, Stray Kids, Twice, Day6 dan 2PM, pastinya ramai yang tahu syarikat yang menaungi mereka. JYP Entertainment, yang bertapak sejak tahun 1997, adalah antara gergasi dalam industri hiburan di Korea Selatan.

Pengasasnya, Park Jin Young, atau lebih dikenali sebagai JY Park, adalah antara individu terkaya di Korea Selatan. Dia bukan sekadar pengasas, malah dirinya yang bermula sebagai seorang penyanyi turut menjadi satu jenama kukuh dalam industri hiburan Korea. JYP Entertainment yang memberi platform kepada para artis yang sedang meningkat naik malah turut menguasai artis dari negara jiran seperti China dan Jepun.

JY Park yang dilahirkan pada tahun 1972, memulakan perjalanan seninya sebagai penyanyi dalam kumpulan, dan kemudiannya bergerak secara solo. Pada tahun 1997, JYP membuka syarikat hiburan ini yang asalnya dinamakan sebagai Tae Hong Planning Corporation, yang akhirnya menjadi JYP Entertainment. Artis pertama yang bernaung di bawahnya ialah Pearl, seorang artis solo wanita.

Seterusnya, pada tahun 1999, kumpulan g.o.d mengambil JYP sebagai produser serta mentor bagi kemunculan pertama mereka dalam industri hiburan. Artis solo lelaki pertama yang diuruskan oleh syarikat ini ialah Rain, yang akhirnya mencapai populariti ke seluruh Asia, sama ada dalam bidang nyanyian mahu pun bidang lakonan. Manakala, kumpulan idola pertama yang debut bersama JYPE ini ialah Wonder Girls, dan menjadi kumpulan pertama dari Korea Selatan yang berjaya memasuki carta lagu Billboard Hot 100, melalui lagu hit mereka, Nobody.

 

Untuk meluaskan lagi pasaran serta pengaruh syarikat ini, JYP turut bertindak membuka satu cawangan di Beijing, China (JYP Beijing Centre) pada tahun 2008. Malah, JYP turut bekerjasama dengan syarikat produksi drama Holym bersama agensi hiburan KeyEast untuk menghasilkan drama pertama mereka, iaitu Dream High pada 2010.

Menurut pelbagai laporan media, JY Park mempunyai nilai bersih sekitar USD 250 juta, pada tahun 2022. Cawangan-cawangan JYP Entertainment ini pula ada di seluruh dunia, merangkumi JYPE Beijing, JYPE USA, JYPE Jepun dan JYPE Hong Kong. Strategi yang diambil JYPE dalam meluaskan cawanagan ini sesuai dengan misi syarikat hiburan ini yang mahu mencari bakat baharu bagi setiap negara berkenaan. Pada awal tahun 2023, kumpulan idola VCHA terbaharu mereka telah debut, yang bermula daripada JYPE USA.

JYP Entertainment yang bermula dengan sebuah syarikat hiburan biasa kini telah mula menguasai pasaran dunia dalam memasarkan bakat-bakat baharu, serta disenaraikan dalam Big 4 bagi penguasaan syarikat hiburan di Korea Selatan. Ia akan kekal menjadi gergasi dalam industri selagi masih ramai yang mahu mencuba nasib dalam dunia hiburan serta meraih populariti seperti artis-artis yang sedia ada.

 

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply