Pernah tak anda dengar “The Restoration of Meiji?” Pembaharuan Meiji? Ya, pembaharuan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara Jepun ke arah negara Industri dan moden.
Kalau anda nak tahu, Uthmaniyyah juga pernah melakukan langkah sedemikian. Bahkan, lebih awal dari Pemodenan Jepun pada 1868.
Pemodenan Turki dilancarkan seawal pemerintahan Sultan Mahmud II (1808-1839) dan diteruskan usaha ini oleh anakandanya, Sultan Abdul Majid I (1839-1861).
Agak berbeza pemodenan industri di Jepun, pemodenan di Turki dapat dilihat dengan nyata dengan perubahan penampilan rakyat dan sultan Turki. Sultan mula mengubah penampilannya dari Serban kepada pemakaian Fez atau Tarbus.
Begitu juga perubahan dalam pentadbiran dan struktur pentadbiran ketenteraan. Semuanya diubah mengikut kesesuaian zaman dan pemodenan.
Namun, alih alih menjadi negara moden mereka berbalik menjadi negara yang digelar “The Sick Man of Europe” Orang Sakit Eropah.
Mengapa hal ini berlaku? Perlu diingat Uthmaniyyah mempunyai pelbagai musuh yang sememangnya mengambil kesempatan atas kelemahannya.
Negara ini tidak sempat maju bahkan negara ini menghadapi konflik yang berpanjangan antaranya,
1) Konflik Dalaman
Penentangan Turki Muda yang memuncak sehingga berlaku pergolakan antara pemerintahan antara pemerintah dan rakyat sehingga berlaku penggulingan takhta Sultan Abdul Aziz
2) Konflik luaran
Turki menghadapi pelbagai konflik luaran antaranya Pertempuran Crimea bersama Russia dan pelbagai konflik peperangan lain.
Turki menambah lagi pinjaman untuk negaranya. Belum sempat pinjaman untuk negaranya perang dah melanda negaranya.
Disebabkan perkara perkara ini akhirnya Uthmaniyyaj terjebak dalam kancah konflik yang berpanjangan dan menamatkan empayar ini pada Perang Dunia Pertama.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih