Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah Ahsanul Qasas (yang paling baik) dengan mewahyukan Al-Qur’an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui. (Surah Yusuf Ayat 3)

 

Mesti ada sebab kenapa Surah Yusuf digelar sebegitu. Ia adalah kisah paling lengkap dari segi keteraturan ceritanya dan ada kronologi yang sangat cantik.

 

Cerita Surah Yusuf dipegang watak utamanya oleh Yusuf (as) mengharungi seluruh babak-babak penting sepanjang usia dari masa kanak-kanaknya hingga masa puncaknya ketika menjadi ‘Azizu Misr.

 

Setiap babak dipaparkan secara terperinci melalui adegan-adegan dan dialog-dialognya. Kisah Yusuf (as) ialah kisah paling sarat dengan mesej iktibar dan hikmah, serta nilai dan prinsip keilmuan pelbagai, mewakili makhluk dari pelbagai jenis dan golongan termasuklah manusia lelaki dan perempuan, nabi, jin, syaitan, malaikat, haiwan, raja, peniaga, ilmuwan dan orang awam.

 

Kisah terindah dengan segala babak dan adegannya itu membawa pengajaran terbesar iaitu masalah kehidupan duniawi-ukhrawi, sabar ketika menanggung derita dan sifat pemaaf yang sangat kuat.

 

Iktibar daripada surah ini yang kita boleh ambil ialah pendekatan ekonomi yang diambil oleh Nabi Yusuf (as) bagi memastikan ekonomi Mesir tetap stabil walaupun selepas dilanda krisis dan bencana kemarau yang bertahun-tahun lamanya.

 

Model pembangunan ekonomi yang dipromosikan oleh Nabi Yusuf (as) tidak hanya bersifat kuantitatif dan kebendaan. Ia juga bersifat kemanusiaan dan nilai-nilai moral dan sosial. Ia mungkin dapat disebut sebagai dasar ekonomi rahmatan li ‘l-alamin, ekonomi yang merahmati umat sejagat, bukan ekonomi kapitalis yang rakus dan mementingkan diri.

 

Malah kita sendiri boleh lihat betapa Surah Yusuf ni memang memainkan isu yang sampai sekarang masih relevan untuk diambil teladan. Kita lihat bagaimana peristiwa-peristiwa kasih ayah terhadap anak tersayang di antara Yaakob (as) dan Yusuf (as), kedengkian saudara-saudara kandung yang mencampakkan Yusuf (as) ke dalam telaga, derita batin orang tua yang kehilangan anak kesayangan, cinta Yusuf (as) dan Zulaikha, nafsu, dipenjara akibat fitnah wanita, maruah dan lain-lain.

 

Semua aspek-aspek tersebut membawa pengajaran tentang kehidupan mulia dan bermaruah berasaskan nilai-nilai taqwa dan kebenaran.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

KITAB TAMADUN ISLAM merangkumi sejarah ketamadunan manusia dari kelahiran Adam (as) sehingga munculnya Imam Mahdi di akhir zaman. Kalau nak tahu dengan lebih dalam, dapatkan segera sementara DISKAUN KINI SETINGGI RM15!

bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply