Baru-baru ini, Greenland digemparkan dengan penemuan dua tengkorak yang berusia 214 juta tahun dulu, disyaki milik spesis dinosaur yang hanya menetap di pulau besar tersebut.

Dinosaur itu diberikan nama ‘Issi saaneg’ yang bermaksud tulang sejuk (cold bone) dalam bahasa Inuit Greenland. Reptilia gergasi ini dipercayai mempunyai leher panjang dan herbivor. Tengkorak yang dibelah dua ini sebenarnya telah lama ditemui pada tahun 1994 dan pada mulanya milik dinosaur genus Plateosaurus.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Apabila diselidik, tengkorak itu bukan dari genus Plateosaurus. Ternyata tengkorak yang masing-masing berada dalam fasa dewasa muda ialah spesis yang terasing yang menjadi cabang baru dalam keluarga dinosaur fasa Triassic Akhir.

Menurut ahli paleontologi bernama Victor Beccari dari NOVA University Lisbon di Portugal, apa yang menyakinkan mereka bahawa tengkorak itu dari spesis dinosaur baru ialah anatomi pada tengkorak tersebut mempunyai beberapa ciri yang unik seperti bentuknya dan nisbah berbanding tengkorak dinosaur lain.

Dengan mengunakan imbasan X-ray bernama Micro-Computed Tomography (micro-CT), pengkaji dapat membina model 3D terhadap tengkorak tersebut dan mencari titik perbezaan untuk dibandingkan dengan dinosaur Plateosaurus, termasuklah variasi kedudukan dan bentuk rahang.

Tengkorak Issi saaneg dibentuk dalam model 3D.

Walaupun begitu, mereka masih tidak mengetahui sebesar mana dinosaur dari Greenland ini. Jika spesis ini seperti genus Plateosaurus, berkemungkinan panjangnya sekitar 3-10 meter, sama saiz dengan genus

Macrocollum dan Unaysaurus iaitu genus dinosaur yang pernah hidup di Brazil pada 15 juta tahun dulu.
Semasa Issi saaneg ini hidup, benua kuno bernama Pangea mula merekah, membentuk Lautan Atlantik. Dari rekahan benua gergasi ini, kita menemui fosil-fosil dinosaur yang menyebar hampir seluruh dunia.

Menurut ahli sedimentologi (mengkaji tanah) bernama Lars Clemmensen dari University of Copenhagen di Denmark, bumi pada ketika itu mengalami perubahan iklim sehingga wujud dinosaur herbivor yang menyebar di Eropah.

Berkemungkinan beginilah saiz dinosaur baru dari Greenland ini.

Dinosaur dari kelas Sauropod adalah haiwan terbesar dunia yang pernah hidup di bumi. Dari kelas ini lahir dinosaur herbivor yang juga bersaiz besar. Dari sinilah pengkaji memperoleh kunci bagi mencari proses evolusi dinosaur herbivor ini.

Walaupun dinosaur Plateosaurus pernah hidup di Jerman, Perancis, dan Switzerland, jarang fosil dinosaur ini ditemui di Greenland. Kini, terdapat spesis dinosaur terbaru yang hanya pernah hidup di Greenland. Tambah lagi keluarga dinosaur baru dalam dunia dinosaur.

RUJUKAN:

Nield, David. 10 November 2021. Meet ‘Cold Bone’: The First Distinct Dinosaur Species Ever Found in Greenland. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.