Siapa sangka spesis paling dominan di muka bumi ini boleh mencipta macam-macam. Kalau tanya nenek moyang 200 tahun lalu pun, mereka tergelak besar. Takkan mungkin ada orang boleh bina menara beratus-ratus meter.

Tetapi hari ini Burj Khalifa dan Menara Jeddah telah menyambung legasi dimulakan Empire State Building. Namun cuba bayangkan, jika manusia tidak pernah mendiami Bumi. Apa yang akan jadi… selain permukannya menghijau habis?

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Pertama sekali, burung dodo dan harimau Tasmania tentu sekali takkan lenyap. Dodo dipercayai berdepan dengan persaingan alam yang sangat kental akibat manusia terutamanya (Hume & Walters, 2012).

Burung dodo.

Dulu kala harimau Tasmania memang bersepah di alam liar. Walau bagaimanapun, datang pula program ganjaran yang membayar sesiapa saja boleh kurangkan jumlah harimau ini atas kebodohan “kawal populasi” (Jarvis, 2018).

Antara gambar terakhir.

Dan bukan dua spesis ini sahaja yang terkesan. Katanya kadar kepµpµsan melonjak 100 kali ganda selepas manusia menjadi spesis dominan (Pester, 2021). Terlalu banyak spesis sudah ditundukkan manusia, sama ada menjadi mαηgsα secara langsung atau tidak langsung. Ambil contoh burung moa pula.

Nampak sedap.

Haiwan ini memang besar gila, dengan ketinggian sekitar 3.6 meter di New Zealand. Tidak perlu ambil pita pengukur. Banyak rumah dibina dengan ketinggian 10 kaki (3 meter) daripada lantai ke siling.

Bayangkan moa tinggi lagi daripada lantai siling. Mereka hidup selama jutaan tahun. Tetapi dalam masa 200 tahun sahaja, manusia sudah melenyapkan sembilan spesis burung moa. Setiap ekor bυrυng gergasi ini diburu sampai habis.

Model Serengeti Yang Harus Difahami

Afrika mempunyai sebuah ekosistem bersaiz 30,000 kilometer persegi. Dalam ekosistem ini, ada kehidupan yang dipanggil Serengeti iaitu senang cakap “migrasi mamalia besar” (Zimmerman, 2017).

Pergerakan tanpa henti.

Tanpa manusia, saintis percaya yang Serengeti akan menjadi model seluruh alam… bukannya setakat di Tanzania ke Kenya sahaja. Semua haiwan akan bertebaran hingga ke Eropah, termasuk gajah dan badak sumbu. Secara semulajadi.

Malah singa juga mungkin lebih berpelbagaian. Semestinya Eropah akan menjadi habitat Singa Gua (Panthera Spelaea) yang hidup begitu lama sampailah 12,000 tahun lalu. Benua Amerika pula mesti ada glyptodon, iaitu tenggiling bersaiz kereta.

Contoh skala glyptodon.

Bercakap pasal saiz besar, saintis yakin gajah mammoth pun mesti boleh hidup sampai sekarang. Walaupun (Wang, et al., 2021) bercerita pasal perubahan iklim, jelas sekali banyak mammoth menjadi mαηgsα manusia. Macamlah mammoth tidak pernah harung perubahan iklim pra-manusia.

Jadi yang pasti di sini, Bumi akan berbeza tanpa manusia. Tetapi tanpa manusia juga, Bumi akan didiami makhluk gergasi. Bukan moa saja yang meninggi habis. Glyptodon pun besar belaka. Mammoth lagilah. Dan Singa Gua pun apa kurangnya,

Perbandingan saiz (Singa Gua di hujung).

Dan unsur kimia pun dipercayai akan bertaburan lebih luas dan seimbang. Fitrah haiwan memang bercanggahan habis untuk dibandingkan dengan manusia. Haiwan suka menyebarkan sesuatu.

Sekecil-kecil burung yang bawa biji benih jauh daripada induk… sebesar-besar gajah yang dua kali lima. Tetapi manusia suka mengumpul semua sumber ke satu tempat… macam sektor pertanian yang “melambakkan” nutrien di satu bahagian tanah sampai gersang dikerjakannya.

Saintis percaya tanpa manusia, phosphorus, kalsium dan magnesium akan tersebar menyuburkan tanah. Agak ironi juga. Umat manusia berkembang maju menjadi dominan atas sebab yang sama, iaitu tanah subur.

RUJUKAN:

Hume, J., & Walters, M. (2012). Extinct Birds. A&C Black. Halaman 134-136.

Jarvis, B. (2018, Julai 2). The obsessive search for the Tasmian Tiger: Could a global icon of extinction still be alive? The New Yorker.

Pester, P. (2021, November 10). How would Earth be different if modern humans never existed? Live Science.

Wang, Y., et al. (2021). Late Quarternary dynamics of Arctic biota from ancient environmental genomics. Nature.

Zimmerman, K.A. (2017, Jun 23). The Serengeti: Plain Facts about National Park & Animals. Live Science.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.