Bila tengok sendiri azan Zuhur bergema dekat New Zealand ni bagi solat Jumaat semalam, teringat kerjasama antara kerajaan England dan Empayar Uthmaniyyah. Ia bermula secara rasmi pada 1570, selepas Pope ketika itu memutuskan hubungan gereja mereka dengan kerajaan kecil England kerana berpendapat bahawa fahaman Protestan mereka telah menyimpang dari ajaran Kristian di Eropah yang rata-ratanya menganuti fahaman Katolik.
Penguasaan Kristian Katolik yang mendominasi sebahagian besar wilayah Eropah itu mengancam kerajaan England Protestan malah mereka turut diancam serangan dari Sepanyol.
Perkembangan ini sebenarnya telah membuka ruang kerjasama Kristian Protestan dan Islam Sunni apabila England menjalinkan kerjasama dengan Empayar Uthmaniyyah, salah satu kuasa besar dunia ketika itu.
Hasilnya, Elizabeth I memulakan langkah untuk bersahabat dengan Sultan Murad III sekitar 1570, malah kekal bersahabat juga sepanjang hampir 40 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth I ke atas England.
Kerjasama ini secara langsung telah menyelamatkan England dari segi fahaman Protestan juga mengelakkam dari serangan Sepanyol yang juga antara kuasa besar dunia ketika itu.
Kerjasama erat ini mencambahkan potensi dan pertukaran pelbagai dari segi aspek sosiobudaya, pendidikan dan ekonomi selepas bertahun-tahun sebelumnya pedagang Inggeris dipinggirkan di Eropah hanya kerana pegangan fahaman Kristian yang berbeza.
Malah, atas restu dan jaminan baginda Sultan Murad III, pedagang Inggeris merasakan mereka lebih selamat berdagang di wilayah-wilayah Islam naungan Uthmaniyyah seperti di Algiers, Tunis, Tripoli, Kaherah, Iskandariah hinggalah ke Baitulmaqdis dan terus sama ada ke Istanbul atau merentasi Suez, berbanding jika mereka pergi berdagang merentasi Eropah yang ketika itu dikuasai kerajaan-kerajaan Katolik.
Sepanjang pemerintahan Elizabeth I bersemayam di atas takhta England, baginda ratu jugalah yang menjemput kehadiran pedagang-pedagang Islam dari Uthmaniyyah untuk diperkenalkan di London, menjadi antara komuniti Islam pertama di England sejak itu.
Kerjasama Anglo-Islamik ini tamat selepas kemangkatan Elizabeth I dan selepas penggantinya James I berbaik dengan Sepanyol, namun kerjasama ini memastikan fahaman Protestan di England kekal bukan sahaja untuk penganut mereka di England, bahkan di seluruh dunia.
Salam Jumaat, semuanya.
*Gambar adalah dari British Library. Ia adalah Hagia Sophia, lukisan Thomas Morgan, seorang pelaut Inggeris yang kemungkinan bekerja di Turki ketika tempoh yang sama hubungan England-Uthmaniyyah berlangsung, menggambarkan jemaah sedang mengangkat takbir dan bersolat di dalamnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih