Tidak pasti bagaimana hantaran 16 Ogos boleh timbul semula beberapa bulan kemudiannya. Agaknya betul apa yang orang cakap: apa yang diletakkan dalam Internet takkan mungkin hilang selagi tidak dihilangkan kalau boleh dihilangkan. Dan perkara ini tidak langsung memerlukan Zakir Naik untuk jelaskan. Sesiapa yang berakal dan berilmu berkaitan dengan bidang berkenaan boleh mengulas secara rapi.

Berdasarkan sebuah gambar yang dihantarkan Tan Ch’eng Wooi, Allah dipersoalkan kerana menyembahkan Nabi Muhammad SAW. Dalam ayat 33:56, firman-Nya mengatakan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat menyembahkan rasul. Wahai orang beriman, sembahkanlah dia (Muhammad) dan hormatinya dengan salam.” Ayat palsu ini boleh juga mendatangkan maksud bahawa Allah dan para malaikat berdoa untuk rasul. Dan persoalan diletakkan Tan Ch’eng Wooi ialah kepada siapa Allah sedang menyembah/berdoa?

Ciri-ciri ketuhanan Allah itu sangat jelas. Dia tidak ada keperluan (needs) mahupun keinginan (desires). Dan definisi “doa” (pray) itu sendiri meletakkan ketuhanan-Nya dalam darjat hamba Tuhan. Bermakna apa yang disampaikan ialah Allah telah turun darjat.

FIRMAN SEBENAR dalam al-Qur’an berkaitan dengan ayat tersebut sebenarnya JAUH BERBEZA. Perlu dijelaskan bahawa ayat 33:56 ibaratkan ditafsirkan oleh seorang yang mabuk dengan niat untuk mencetuskan kebencian. Menurut tafsir Sheikh Abdullah bin Muhammad (Basmeih), yakni seorang ulama Yaman tersohor yang sangat handal perihal penafsiran Qur’an, ayat tersebut mengatakan:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala kebaikan dan penghormatan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Di sini jelas bahawa Allah memberikan segala kebaikan kepada Muhammad SAW dan para malaikat pula memberikan penghormatan. Mufti Taqi Usmani menafsir dalam bahasa Inggeris pun dalam nada yang sama. Tidak pasti bagaimana Tan Ch’eng Wooi melakarkan kesimpulan bahawa Allah sedang berdoa.

Tuhan tidak sama sekali boleh berdoa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.