Ini bukan iklan produk menaikkan batin ya. Ini ialah artikel tentang kajian yang saintis usahakan untuk rungkaikan perkaitan bulu muka dengan hormon testosterone yang kita kenal dengan nama ‘hormon kejantanan’.
Sebelum masuk kepada topik utama, kita perlu memahami sistem penarikan jantina berbeza dalam dunia haiwan. Misalnya burung merak, untuk menarik perhatian merak betina, merak jantan harus menunjukkan’aset’berharganya iaitu ekor yang memukau pandangan sesiapa jika ekor itu disebarkan bulunya.
Jika ekornya tidak menarik perhatian si merak betina, malang nasib si merak jantan.
Sebenarnya apa yang menyebabkan burung merak berbuat demikian adalah kehadiran ‘isyarat jujur’ atau ‘honest signal’ dalan gen seiring dengan evolusi burung ini. Dari sini wujud kepercayaan tradisi bahawa manusia juga mempunyai isyarat jujur.
Dalam kepercayaan ini, lelaki yang mempunyai misai dan janggut dikatakan sebagai penaik hormon testosterone dan juga meningkatkan keyakinan dominan dan maskulin berbanding lelaki berwajah licin. Di sinilah masyarakat percaya lelaki yang berkumis dan berjambang adalah dominan.
Namun, adakah sains mengiktiraf kepercayaan sebegitu?
Baru-baru ini, sebuah kajian telah diterbitkan dalam jurnal ‘Archives of Sexual Behavior’ mendedahkan bahawa tidak ada hubungan lansung antara bulu muka dengan kenaikkan hormon testosterone dan maskuliniti.
Pengkaji mendapatkan data dari 97 orang peserta yang merupakan pemuda yang aktif. Sebelum memulakan kajian, peserta wajib tidak merokok, minum arak, dan bersenam selama 24 jam. Mereka juga tidak dibenarkan menggosok gigi atau makan dalam 2 jam sebelum kajian bermula. Ini demi mendapatkan sampel saliva atau air liur yang mempunyai paras hormon testosterone yang terkawal.
Pada permulaan kajian, peserta akan ditanyakan soalan tentang umur, tinggi, berat, dan kehadiran bulu muka seperti misai atau janggut. Mereka yang bermisai dan berjanggut ini akan diukur kepanjangan bulunya.
Setelah ambil sampel pertama, peserta kena mengayuh mengunakan alat kayuhan selama 12 minit. Dalam tempoh masa tersebut, peserta ditanyakan 5 soalan berkenaan keyakinan dominan dan maskuliniti bagi melihat respon peserta tentang kenyataan bersifat dominasi seperti ‘saya mengarahkan mereka untuk ikut apa yang saya lakukan’.
Selepas 12 minit, barulah dapatkan sampel saliva kedua untuk mengkaji kenaikkan hormon testosterone. Keputusannya? Kepanjangan bulu muka tidak mempengaruhi kenaikkan hormon testosterone. Tidak ada kesan negatif berkaitan kedua-dua perkara ini.
Kajian pada tahun 2020 juga dilaksanakan berkenaan perkaitan bulu muka dengan keadaan psikologi dominasi manusia namun tidak kaitkan dengan hormon. Keputusannya juga kontradik dengan kepercayaan peningkatan dominasi lelaki dengan mempunyai misai atau janggut.
Kedua-dua kajian saintifik ini membawa kita kepada konklusi yang bertentangan dengan kepercayaan sains disebalik kehadiran bulu muka: misai dan janggut hanyalah ‘perhiasan’ menonjol lelaki, tidak lebih dari itu.
Adalah menjadi kebiasaan bagi pemerhati melihat begitu maskulin terhadap lelaki berkumis atau berjambang ini, kemudian secara tidak sengaja kaitkan dengan hormon testosterone, walaupun sebenarnya ada kalangan lelaki sebegini mempunyai keyakinan atau paras hormon yang rendah.
Seterusnya, kepercayaan ini menjadi budaya yang diamalkan oleh kaum yang lelakinya memelihara misai atau janggut. Walaupun sains telah merungkai sains di sebalik bulu muka, namun ia tidak menghalang kita untuk bermisai atau berjanggut. Nak ikut sunnah nabi atau naikkan kehenseman, dipersilakan pelihara misai atau janggut kalian. Asalkan tidak perlu menyebarkan pseudosains terhadap bulu muka.
Kini, pengkaji yang laksanakan kajian bulu muka ini menggalakkan pengkaji lain untuk mengkaji hal yang sama supaya masyarakat dapat mendedahkan fakta sains yang berkait dengan bulu muka, maskuliniti, dan keyakinan dominan.
RUJUKAN:
Feehly, Conor. 13 November 2021. Is a Lush Beard a Signal of Having More Testosterone? Not So Fast, Says New Study. Science Alert.
Marta Kowal, Piotr Sorokowski, […]Magdalena Nawrat. 21 October 2021. Are Beards Honest Signals of Male Dominance and Testosterone? Archives of Sexual Behavior. Article published by Springer Link.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih