Untuk mencari tinggalan Tamadun Rom, ia tidak hanya boleh dicari di Itali semata-mata. Sebaliknya, tinggalan-tinggalan ini boleh dilihat di setiap negara atau wilayah yang pernah menjadi jajahan Rom. Salah satu daripadanya ialah Britain menerusi penemuan terbaru di kawasan laluan keretapi berkelajuan tinggi HS2.

Tetapi apa yang mengejutkan pasukan arkeologi ini ialah penemuan patung lelaki, perempuan dan kanak-kanak era Rom. Artifak-artifak ini ditemui di sebuah gereja lama yang ditinggalkan dengan setiap artifak masih dalam keadaan baik. Bagi ketua pakar arkeologi tapak Stoke Mandeville, Buckinghamshire Rachel Wood, ia merupakan satu penemuan yang menakjubkan.

ajah 1: Tiga kepala patung dan dua bahagian bahu patung dikeluarkan daripada tapak Gereja Saint Mary. Sumber: HS2/PA.

Selain patung-patung ini, mereka turut menemui jag kaca berbentuk heksagon. Mungkin ia kelihatan biasa tetapi ia dianggap satu penemuan besar bagi komuniti arkeologi. Ini kerana satu-satunya contoh yang boleh dibandingkan dengan jag berkenaan ialah artifak jag Rom yang kini dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan, New York. Lebih menakjubkan, artifak jag berkenaan masih dalam keadaan baik.

Semua patung ditemui pasukan arkeologi di tapak gereja era Norman hasil ekskavasi selama enam bulan. Gereja Saint Mary dibina pada tahun 1080 sebelum ia menjalani proses penambahbaikan pada abad ke-13, ke-14 dan ke-17. Ia kemudiannya ditinggalkan pada abad ke-18 sebelum dirobohkan pada tahun 1966 atas alasan ia tidak lagi selamat untuk digunakan. Sejak itu, kawasan tapak gereja dipenuhi dengan semak-samun.

Disebabkan usia tapak gereja sekitar 900 tahun, ini mengundang rasa ingin tahu komuniti arkeologi UK terutama membabitkan kawasan perkuburan gereja. Kali terakhir upacara pengebumian diadakan di Gereja Saint Mary ialah pada 1908.

Ramai pakar arkeologi percaya kawasan tersebut sebelum ini digunakan sebagai kawasan pemakaman era Rom. 3,000 ma.ya.t telah dikeluarkan dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan baru. Bagi Wood, dengan penemuan hebat sekitar tapak Gereja Saint Mary, ia mengundang persoalan apa lagi rahsia tersembunyi di tapak-tapak gereja yang sezaman dengannya.

Rajah 2: Kawasan tapak Gereja Saint Mary yang sedang diekskavasi oleh pasukan pengkaji arkeologi. Sumber: HS2/PA

Ini kerana dengan kualiti pembuatan patung dan artifak jag berbentuk heksagon, ini menunjukkan masih banyak rahsia di sebalik artifak-artifak ini. Semua artifak telah dihantar ke makmal khas untuk kerja-kerja pembersihan dan pemulihan khas serta analisis.

Seperti Tren Maya yang pernah disebut penulis tidak lama dahulu, projek HS2 turut mendapat bantahan ramai pihak sejak diumumkan pada 2010. Ini kerana HS2 dikhuatiri akan memu.sn.ahkan alam sekitar dan menjejaskan ekosistem tempatan. Selain itu, ini turut berpotensi memu.sn.ahkan mana-mana artifak bernilai di kawasan-kawasan yang dilalui HS2.

Bagi mengurangkan kegusaran komuniti arkeologi, HS2 mewujudkan program arkeologi mereka. Sejak tiga tahun lepas, lebih 1,000 pakar arkeologi bertungkus lumus mengekskavasi tapak-tapak arkeologi sekitar laluan HS2 dari London ke West Midlands. Di Saint James’s Garden berhampiran dengan Stesen Euston, lebih 50,000 rangka dikeluarkan daripada kawasan perkuburan berkenaan. Di Birmingham pula, pasukan arkeologi menemui 6,500 rangka manusia dari kawasan perkuburan abad ke-18.

Kalau anda berminat dengan artikel-artikel berkaitan dengan Tamadun Rom, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM di di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

RUJUKAN

Sherwood, H. (2021, 29 Oktober). Astounding’ Roman statues unearthed at Norman church ruins on route of HS2. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.