Megalania, atau nama saintifiknya ialah Varanus priscus ialah spesis biawak gergasi yang telah pupus. Biawak ini pernah hidup di benua Australia pada fasa Pleistocene, iaitu kira-kira 1.5 juta hingga 40 ribu tahun dulu. Spesis biawak gergasi ini ialah biawak terbesar dunia dengan panjangnya sehingga 7 meter dan beratnya pula mencecah sehingga 1,940 kilogram!

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Fosil spesis biawak ini ditemui pada tahun 1859 oleh ahli biologi England bernama Richard Owen yang terkenal dengan penemuan-penemuan fosil di zamannya. Pada mulanya, nama saintifik asal biawak gergasi ini ialah Megalania prisca oleh Owen sendiri.

Rangka biawak Megalania di muzium Melbourne (sumber: Melbourne Museum)

Namun kajian selanjutnya menerangkan bahawa spesis biawak ini tergolong dalam genus biawak bernama Varanus. Maka, nama saintifik bertukar kepada nama Varanus priscus, namun nama Megalania tetap digunakan sebagai nama umum kepada spesis biawak ini.

Sebenarnya, fosil Megalania yang ditemui oleh Owen ini sukar untuk ditentukan kepanjangannya kerana fosil tersebut belum lengkap sepenuhnya. Tekaan awal terhadap saiz spesis biawak ini ialah 7 meter panjang dan beratnya mencecah sekitar 600-620 kilogram. Pada tahun 2002, pengkaji bernama Stephen Wroe menyangkal saiz biawak asal yang teramat besar.

Wroe mengandaikan bahawa saiz biawak Megalania hanyalah maksimum 4.5 meter panjang dan berat maksimumnya ialah 331 kilogram. Jadi, panjang purata spesis biawak ini ialah 3.5 meter panjang dan berat 97-158 kilogram. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, pengkaji bernama Ralph Molnar mengukur secara lansung terhadap fosil biawak Megalania bagi mengkaji ketepatan saiz haiwan ini.

Perbandingan saiz biawak Megalania dengan manusia. (Sumber: wildfact.com)

Keputusan dari pengukuran menunjukkan bahawa panjang biawak Megalania mampun mencecah sehingga 7 meter manakala beratnya sebenar ialah sekitar 1,940 kilogram. Dengan ukuran ini, biawak Megalania sah sebagai biawak terbesar dunia. Tambahan lagi, eupa bentuk spesis biawak ini persis tubuh badan biawak komodo yang menetap di kepulauan Indonesia.

Dengan keempat-empat lengan yang berotot, tengkorak yang besar bersama barisan giginya setajam pisau, diet biawak Megalania mungkin terdiri dari sejumlah haiwan bersaiz kecil, sederhana, dan besar seperti burung, haiwan reptilia dan mamalia, malah memakan haiwan marsupial gergasi seperti spesis Diprotodon.

Seperti spesis Varanus lain, biawak Megalania berkemungkinan mempunyai air liur yang berbisa. Air liur dari haiwan seperti biawak komodo mempunyai haemotoxin , iaitu toksin yang mampu hancurkan sel darah merah dan bersifar anti-gumpalan.

Jika mangsa terkena air liur ini setelah diterkam, pendarahan akan mengalir laju dan proses penyembuhan semakin lambat. Keadaan ini memudahkan biawak komodo menyerbu mangsa tanpa sebarang kekasaran dari si mangsa. Jika biawak Megalania mempunyai air liur sebegini, ia mungkin disenaraikan sebagai haiwan darat berbisa paling besar di dunia.

Pembentukan semula biawak Megalania dari fosil. Rupanya sama dengan biawak Komodo dari Indonesia.

Biawak Megalania telah hidup selama 50,000 tahun dan telah pupus selepas fasa Pleistocene. Sebab kepupusan pemangsa gergasi ini berkemungkinan dari migrasi besar-besaran manusia yang melintasi Sundaland sehingga tiba di benua Australia. Megalania dan pemangsa-pemangsa kuno lain mungkin bertembung dengan manusia prasejarah dan bersaing mendapatkan penempatan dan sumber makanan, sehingga mempengaruhi populasi biawak Megalania sehingga disahkan pupus.

Pertembungan antara biawak Megalania dan manusia seperti orang asal Australia telah melahirkan haiwan mitologi menakutkan dalam kalangan mereka. Haiwan mitologi ini bernama ‘Whowie’ iaitu sejenis biawak sepanjang 7 meter, mempunyai rupa seperti rupa katak, dan mempunyai 3 pasang kaki yang kuat. Whowie dikatakan tinggal di dalam gua dan berupaya memakan manusia.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Megalania untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN:

Smith, W. Ramsay (1930). Myths and Legends of the Australian Aborigines. London: George G. Harrap. p. 147-151.

Molnar, Ralph E. (2004). Dragons in the dust: the paleobiology of the giant monitor lizard Megalania. Bloomington: Indiana University Press.

Adams, L.; Adams, G. (1979). Wowie the River Monster. Illustrated by Chris Riordan. Sydney: Science Research Associates.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply