Bidang arkeologi tidak jemu mendedahkan keagungan prasejarah. Penemuan-penemuan yang dibuat sebenarnya mendedahkan warna-warni kehidupan purbakala. Dulu kala orang-orang purba diberi gambaran mundur dan ketinggalan zaman. Namun sejak kebelakangan ini, tanggapan sedemikian terbukti tidak benar.

Tenggara Eropah mungkin tidak ampuh dari segi ekonomi atau geopolitik. Namun rantau ini sangat kaya dalam aspek prasejarah.

Salah sebuah negara di Tenggara Eropah adalah Bulgaria, yang berjiran dengan Romania, Serbia dan Macedonia – dan tidak jauh daripada Turki. Zon ini merupakan kawasan tumpuan harta kekayaan prasejarah yang tiada tolok bandingnya.

Kiblat Pengeluaran Emas

Pada zaman prasejarah, Bulgaria merupakan negara bangsa Varna. Tidak ramai tahu tentang bangsa ini… apatah lagi minat mereka pada emas. Saintis berpendapat Varna menguasai ilmu pertukangan emas sekitar 4600 S.M. ke 4200 S.M. (Fagan, 2004). Jadi anggaran paling kasar pun adalah 7,000 tahun.

Mereka hidup 7,000 tahun lalu dengan tatahan emas, yang berkembang daripada asas perlombongan sampailah ukir-mengukir.

Emas-emas budaya Varna.

Sampai satu masa – bangsa Varna mengenali dunia melalui jalinan perdagangan. Mereka mempunyai sesuatu yang diminati dunia. Emas adalah segala-galana di merata-rata tempat. Sekelip mata Varna mendapat kuasa penentu dalam aspek perdagangan rantau. Sejauh mana tahap kekayaan Varna?

Makam Yang Menjadi Saksi

Laut Hitam sememangnya popular dengan beberapa bandar penting seperti Crimea, Odessa dan Istanbul. Ketiga-tiga bandar ini amat bersejarah. Tetapi mereka ibaratkan adik kalau dibandingkan dengan bandar Varna, Bulgaria. Empat kilometer daripada pusat bandar terletak sebuah tapak perkuburan.

Lokasi bandar Varna.

Di sini ada 294 buah makam yang menyembunyikan barangan bernilai seperti emas, kuprum dan manik misalnya.

Saintis menerokai satu demi satu makam… sampailah Makam Ke-43.

Penemuan Yang Mengejutkan

Makam Ke-43 menyimpan rangka seorang lelaki yang hidup 7,000 tahun lalu. Tiada catatan mengabadi tentang status sebenar lelaki ini. Mungkin ahli bangsawan penting. Mungkin raja berdaulat.

Barangkali pewira agung. Ataupun seorang nabi di sisi Varna. Kerana baginda dikebumikan dengan tanah… dan emas.

Bukan setakat sejongkong dua emas. Punya banyak harta emas ditanam bersama baginda, sampai mungkin lagi banyak daripada jumlah emas sedunia pada masa itu (Curry, 2016).

Salah satu harta yang ditanam sekali adalah sebatang cokmar, yakni simbol darjat begitu mulia. Jangankan cokmar, orang Varna meletakkan sebuah plat emas untuk menutup kemaluan rangka ini.

Lelaki Varna setelah kuburnya dibersihkan.

Kemaluan pun ditutup dengan emas. Fikir tengok betapa mulianya lelaki ini pada mata bangsa Varna. Sebab itulah laporan jurnal menyatakan baginda dikebumikan bersama “unfathomable riches”.

Malang seribu malang, tidak banyak yang diketahui tentang lelaki ini. Tetapi dapatan sedia ada membolehkan kita bayang darjat baginda. Kalau pengemis tepi jalan, nescaya takkan mungkin ditanam dengan tatahan emas.

Kejatuhan Kebudayaan Varna

Setiap bangsa yang maju mesti kecundang punya. Itulah roda ketamadunan. Tumbangnya bangsa Varna dipercayai adalah kerana beberapa faktor yang berkaitan antara satu sama lain.

Salah satu faktor ini merupakan perubahan iklim, yang merumitkan urusan harian. Apabila banyak tanah yang boleh dicucuk tanam bertukar menjadi paya, budaya Varna terpaksa mencari jalan lain untuk meneruskan kehidupan harian.

Dan saban zaman, mereka dipercayai berhijrah sana sini. Secara tidak langsung, budaya Varna diserap budaya-budaya sekeliling. Sebab itulah Varna tiada “bangsa keturunan”.0

RUJUKAN:

Curry, A. (2016, April 18). Mystery of the Varna Gold: What Caused These Ancient Societies to Disappear? The Smithsonian Magazine.

Fagan, B. (2004). People of the Earth: An Introduction to World Prehistory. Pearson. Halaman 465.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply