Pada ketika itu, Mesir dan Tanah Arab sedang dilanda dengan pelbagai serangan dari luar. Dari arah Timur, orang Arab menerima serbuan yang luar biasa daripada Monggol sehingga memadamkan kerajaan Abasiyyah di Baghdad.

Dari Mesir pula, semboyan Perang telah ditiup oleh Penguasa Eropah khususnya Perancis untuk menakluk Mesir dan menakluk semula Al-Quds. Beberapa armada Salib kemudiannya mendarat di Al-Mansurah dan mengepung Kota Dumyat.

Serangan demi serangan ini menyebabkan bangsa Arab mula kewalahan dengan pelbagai serangan ini. Ditambah lagi dengan ketiadaan Khalifah Abasiyyah yang turut tewas dalam Penaklukan Monggol ke atas Baghdad.

Di sinilah sebuah puak di Mesir mula mengatur rancangan. Shajarah Ad-Dur kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan Dinasti Ayyubiyah di Mesir. Beliau berasal dari puak Mamalik yang asalnya adalah hamba tentera kepada pemerintah Ayyubiyyah.

Terjadi konflik takhta dan akhirnya, Mesir kemudiannya beralih tampuk pemerintahan dan ditadbir oleh Dinasti Mamluk. Amir Saifuddin Qutuz kemudiannya menjadi pemerintah di Mesir pada 1259 Masihi.

Tanah Arab ketika itu sedabg dibadai bencana yang belum pernah di lihat oleh mereka. Mereka tidak mampu menghalang kemaraan Monggol dari menakluk Damsyik. Dan kini Monggol telah tiba di gerbang Al-Quds.

Monggol kemudiannya menghantar surat kepada Saifuddin Qutuz untuk menyerah kalah. Respon Amir Saifuddin Qutuz mudah. Utusan tersebut dibunuh tanpa ampun. Maka, sebuah deklarasi Perang termetrai serta merta.

Amir Saifuddin Qutuz kemudiannya menghantar tentera bagi menentang pasukan Monggol di Ayn Jalut. Monggol dipimpin Kitbuqa telah memimpin pasukannya untuk menghadang kemaraan pasukan Mesir.

Pertempuran pecah, pasukan Mesir mengasak pasukan Monggol sehingga tiada tepinya. Ditambah serangan mengejut daripada Rukn-Diin Baybars telah memecahkan lagi pertempuran.

Akhirnua, Monggol tewas telak terhadap pasukan Mesir. Kekalahan Monggol di Ayn Jalut ini menjadi titik awal kebangkitan Mamluk dan runtuhnya kerajaan Monggol di Tanah Arab.

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply