Zaman pra-pandemik memang panas dengan debat berkenaan dengan siri adiwira. Kebangkitan Marvel bukan setakat berjaya menubuhkan identiti tersendiri.

Malah identiti tersebut siap berjaya membenamkan dominasi DC yang sudah lama teguh dengan Batman dan Superman. Boleh kata siri Marvel yang betul-betul berjaya adalah Spider-Man… pada ketika Batman sudah utuh dengan persembahan Robert Lowery, Adam West dan tidak lain tidak bukan Michael Keaton.

Lagenda.

Sezaman dengan Tobey Maguire, datang pula Christian Bale yang menambahkan rencah watak Batman. Dan tidak mungkin kitab oleh lupa Christopher Reeve, yakni Superman paling popular sebelum Henry Cavill.

Senang cakap, DC sudah pergi jauh sebelum Marvel memulakan perjalanan. Jadi kejayaan Marvel bukan sama sekali mudah. Pihak Marvel berjaya membina sokongan (audience) daripada bawah. Dan pihak Marvel juga berjaya mengekalkan sokongan tersebut selama 11 tahun.

Menggunakan Falsafah Komik

Perjalanan Marvel adalah seperti sebuah perniagaan kecil-kecilan yang kenal beberapa gergasi industri. Idea perniagaan bergabung dengan kuasa rangkaian, sekali gus menghasilkan sebuah produk berkualiti tinggi.

Strategi bermula pada tahun 2005, apabila Marvel Entertainment mengorak langkah untuk hasilkan filem sendiri. Hala tuju Marvel ketika itu berada pada bahu Avi Arad yang berbelah bahagi – Spider-Man sangat berjaya; Hulk (2003) gagal. Jadi Arad menubuhkan Marvel Studios untuk menggerakkan langkahnya.

Avi Arad.

Tetapi orang kedua di belakangnya ada idea lagi hebat. Spider-Man dan X-Men adalah produk Marvel masing-masing milik Sony dan Fox.

Jadi Kevin Feige fikir – baik guna watak-watak yang Marvel masih pegang hak perfileman. Buat filem individu dulu; kemudian letak semua watak sekali dalam filem crossover. Itulah rahsia kejayaan komik dulu.

Kevin Feige

Marvel Studios mohon imbuhan AS$525 juta daripada pihak peminjam Merrill Lynch (Waxman, 2007). Arad tidak bersetuju dengan strategi ini. Jadi beliau berundur diri, dan Feige mendapat Marvel Studios.

Arkitek Yang Memayungi Projek

Kevin Feige melaksanakan tugas sebagai penyelia utama yang menentukan aliran naratif perfileman. Beliau mempunyai sebuah kumpulan yang terdiri daripada enam orang penting.

Mereka menyusun plot dan perwatakan yang konsisten daripada Iron Man dan The Incredible Hulk.

Kemudian mereka pilih pelakon yang sangat bersesuaian. Sampai hari ini orang ramai tidak tahu sama ada Robert Downey Jr. hanya berlakon sebagai Tony Stark. Atau Robert Downey Jr. memang betul-betul Tony Stark. Setiap pelakon dibenarkan membawa jiwa sendiri.

Karisma Downey menjadi sebahagian daripada Stark. Semangat Chris Evans digunakan semasa merangka watak Steve Rogers. Mulut murai Tom Holland sememangnya ada pada Peter Parker.

Aura Josh Brolin ternyata sampai melalui Thanos. Apabila digabungkan, Avengers menjadi kaya dengan pelbagai rencah rasa. Unsur-unsur kewanitaan dijulang Natasha Romanoff, Carol Danvers dan Wanda Maximoff. Ambil contoh dalam Captain Marvel… boleh nampak ada stigma anti-wanita (Watercutter, 2019).

Semua unsur adalah atas aturan enam anggota utama Marvel Studios. Mereka buat kerja tanpa kemelut dan kontroversi… berbeza dengan DCEU.

Punca Kegagalan DCEU

Jawapan paling pendek: mereka tiada Kevin Feige. DCEU sebenarnya tiada nilai kebersamaan seperti MCU. Padahal pelakon sedia ada dalam DCEU bukan main hebat.

Ben Affleck sudah established; begitu juga dengan Jason Momoa apatah lagi Gal Gadot. Tetapi letak semua sekali, Justice League tidak ke mana pun. Bercakap pasal kemelut dan kontroversi, semua orang tahu tentang Zack Snyder vs Joss Whedon sampai wujud Justice League dan Josstice League.

Walau bagaimanapun, cuba tengok prestasi DC di luar lingkaran DCEU. Bukan main hebat. Benar, The Dark Knight sudah habis.

Tetapi filem Joker yang betul-betul ikut roh DC memungut AS$1.074 bilion pada tahun tayangan sama dengan Avengers: Endgame. Malah di pentas Academy Awards, Joker mendapat 11 pencalonan siap.

Babak paling puas hati.

Kejayaan Joker membuktikan satu benda: DC belum mati. Tetapi kalau DCEU cuba ikut MCU, sememangnya DCEU akan mati.

RUJUKAN:

Watercutter, A. (2019, November 3). Captain Marvel Is About Female Power—Not Empowerment. Wired.

Waxman, S. (2007, Jun 18). Marvel wants to flex its own heroic muscles as a moviemaker. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.