Oman merupakan sebuah negara Islam. Kira-kiranya 99% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Namun ada keunikan yang terdapat pada negara ini.

 

Tidak seperti negara Islam yang lain, majoriti orang Islam di Oman bukanlah dari mazhab Sunni atau Syiah tetapi dari mazhab Ibadi.

 

Mazhab Ibadi merangkumi lebih 75% daripada jumlah orang Islam di negara itu tetapi terdapat juga komuniti Sunni, Syiah dan agama-agama lain.

 

Mazhab Ibadi ni apa? Kenapa macam baru dengar?

 

Mazhab Ibadi atau Ibadiyyah adalah antara mazhab tertua dalam agama Islam, wujud 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan sebelum terpecahnya Sunni dan Syiah.

 

Mazhab Ibadi diasaskan oleh Jabir ibn Zayd akan tetapi nama “Ibadi” berasal dari Abdullah ibn Ibad daripada Bani Tamim.

 

Asalnya mazhab ini berada di Basra, Iraq lalu ia tersebar hingga ke seluruh pelosok dunia Islam termasuk Oman.

 

Tetapi sekarang mazhab ni hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja iaitu Oman, Algeria (di Lembah M’zab), Libya (Pergunungan Nafusa), Tunisia (Pulau Djerba) dan Tanzania (Pulau Zanzibar yang juga bekas wilayah Kesultanan Oman).

 

Mazhab Ibadiyyah selalu disalah sangka sebagai cabang Khawarij tetapi penganut mazhab ni tak anggap Ibadiyyah sebagai cabang Khawarij. Tak macam Khawarij, mazhab Ibadiyyah tak setuju dengan pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan (ra) dan memberi takfir terhadap orang Islam yang mempunyai berbeza pendapat.

 

Mazhab Ibadiyyah terkenal dengan sifat toleransinya terhadap mazhab lain terutama sekali Sunni dan Syiah, pernikahan antara mazhab dibenarkan dan mazhab lain bebas untuk mengamalkan ajarannya, ramai juga orang Sunni dan Syiah datang solat di masjid Ibadi tanpa sebarang masalah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih lanjut berkenaan sejarah Islam? Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee dengan diskaun Jualan PASCA PBAKL: bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply