Awal 1960-an, Kesatuan Soviet dianggap juara penerokaan angkasa. Bermula dengan kejayaan pelancaran Sputnik, satelit buatan pertama di dunia pada 1957. Soviet menghantar pula manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 12 April 1961.

 

Namun perlumbaan angkasa akhirnya dimenangi US setelah misi Apollo 11 yang dianggotai Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

 

Tetapi kenapa Soviet boleh kalah?

 

Nikita Khrushchev, Presiden Kesatuan Soviet bertemu Sergei Korolev, jurutera kapal angkasa Soviet yang memainkan peranan penting dalam pelancaran Sputnik dan Vostok. Khrushchev bagitau duit negara dah habis untuk misi ke bulan.

 

Setahun kemudian beliau bagitau balik Korolev. “Kita takkan serahkan bulan kepada US. Nah! Ambik je dana seberapa banyak kau perlu.”

 

Soviet lancarkan dua program iaitu pembangunan roket dan misi pendaratan Bulan supaya kerja jadi laju. Satunya diketuai oleh Korolev, manakala satu lagi diketuai Valery Chelomei.

 

Pendekatan tu gagal menurut Alexei Leonov, angkasawan pertama yang melakukan aktiviti di luar kapal angkasa yang bekerja dengan Korolev. Hubungan Korolev dan Chelomei sentiasa tegang.

 

Boris Chertok, pereka roket yang bekerja dengan Korolev pun setuju. Dalam bukunya ‘The Rocket and the People’, Korolev terpaksa menyegerakan projek roket N-1 dan menghadkan bajet atas desakan pesaingnya.

 

Keputusan itu ternyata satu kesilapan.

 

Keadaan semakin teruk. Khrushchev disingkirkan daripada menjadi presiden pada 1964, pegawai atasan yang bekerja pada projek Bulan telah diberhentikan dan diubah. Korolev pula mati pada 1966.

 

Selepas kematian Korolev, kerajaan mula mengabaikan misi ke bulan.

 

Walaupun Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan dalam perlumbaan angkasa selepas kejayaan Gagarin, timbul ura-ura US ada 20 kali lebih banyak senjata daripada Kesatuan Soviet.

 

Soviet rasa terancam dan terpaksa bertindak serta mula memperuntukkan lebih banyak wang untuk pembuatan senjata dan mengorbankan penerokaan angkasa lepas.

 

Keputusan ini menyebabkan Kesatuan Soviet ketinggalan selepas teknologi angkasa US berjaya mengatasi jauh. Roket Saturn V, yang melancarkan Apollo 11 ke angkasa lepas pada 1969, mampu membawa muatan sehingga 140 tan, manakala N-1 yang dicipta Korolev dan penggantinya, hanya mampu membawa 75 tan.

 

Roket US guna hidrogen cecair yang lebih cekap tenaga daripada bahan api minyak tanah yang digunakan oleh Soviet.

 

Selepas itu, keempat-empat roket yang dilancarkan oleh Soviet gagal. US pula berjaya mendarat di Bulan pada 20 Julai 1969. Kremlin putuskan dah tak ada guna membelanjakan duit untuk misi ke bulan yang dah dimenangi oleh US.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Teori konspirasi sentiasa beredar dan seharusnya kita bijak membezakan mana satu benar dan palsu. MENCABAR TEORI KONSPIRASI ialah jawapannya. Dapatkan di link dengan diskaun sempena JUALAN PASCA PBAKL sekarang! https://bit.ly/mencabarteorikonspirasishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply