Sampai harini, filem Mat Kilau dah jadi filem tempatan paling laris di Malaysia dan tak mampu dikejar oleh mana-mana filem pun.
Jadi, siapa sebenarnya Mat Kilau? Pejuang atau Pemberontak?
Mat Kilau atau nama sebenarnya Mat Kilau bin Imam Rasu lahir di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang sekitar 1865 atau 1866.
Bapanya, Imam Rasu bin Shahrum atau Tok Gajah dengan ibunya Teh Mahda merupakan anak kepada Tok Kaut.
Sejak dari kecil lagi, Mat Kilau telah didedahkan dengan pendidikan agama oleh bapanya Tok Gajah.
Menjelang 1883, Bendahara Wan Ahmad isytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang yang baru dengan gelaran Sultan Ahmad al-Muazzam Shah.
Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikawal British iktiraf kedudukannya sebagai sultan pada 1887. Tapi baginda harus terima kehadiran seorang residen British.
Sudahlah eksploitasi hasil bumi seperti emas dan bijih timah macam orang tak ingat dunia. Kemudian, suka hati kenakan cukai pada kadar tinggi kepada penduduk tempatan.
Jadi, rasa tidak puas hati timbul terhadap polisi-polisi British yang bersifat menindas.
Atas sebab itu, Mat Kilau dan Tok Gajah kemudiannya sertai kempen bersama Dato Bahaman terhadap penjajahan British. Kempen ini kemudiannya dikenali sebagai Perang Semantan.
Perang Semantan tercetus akibat tindakan seorang pegawai bernama E.A Wise mahu mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua pada 1890 tanpa izin Dato Bahaman. Hal ini menimbulkan kemarahan beliau kerana Lubuk Terua merupakan sebahagian daripada wilayahnya.
Apabila hal ini diketahui Clifford yang ketika itu dilantik sebagai pemangku residen, beliau menasihati Sultan Ahmad agar memerintahkan Dato Bahaman menghadap baginda di Pekan.
Serangan tersebut dibuat kerana Dato Bahaman menyangka Deaborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tersebut, pihak Desborough telah kalah dan terpaksa melarikan diri ke bandar Temerloh. Sebaik mengetahui apa yang berlaku, pihak British segera bertindak balas. Pada 21 Disember 1891, satu pasukan diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang menjadi kubu pertahanan Dato’ Bahaman.
Menjelang 1892, British paksa Sultan Ahmad menggerakkan kempen Gerakan Sultan kononnya bagi memaksa pejuang-pejuang Pahang meletakkan senjata dan menyerah diri. Gerakan ini diketuai oleh Tengku Ali, Rodger, Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah Bera dengan kekuatan 800 orang.
Bagaimanapun, kempen ini juga tidak berhasil kerana mereka hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu dengan kelibat orang buruan mereka tidak kelihatan.
Dari Mac hingga Mei 1892, Lubuk Terua saling bertukar tangan antara British dengan pejuang Pahang. Menjelang Mei, Lubuk Terua kembali dalam kawalan pihak British sekaligus memaksa para pejuang Pahang berundur ke negeri jiran, Kelantan dan Terengganu.
Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai jatuh ke tangan pejuang-pejuang Pahang. Tetapi itu tidak bertahan lama apabila pihak British berjaya merampas semula dua kawasan ini pada 29 Jun 1894. Ini memaksa para pejuang Pahang berundur semula ke Kelantan termasuk Mat Kilau. Mengikut versi rasmi yang disebarkan ketika itu, Tok Gajah dan Mat Kilau mengalami kecederaan parah semasa berundur ke Kelantan dan meninggal dunia di sana.
Jadi, apakah ini pengakhiran kisah Mat Kilau? Maaf, ia sebenarnya lebih daripada itu. Sebelum Dato Bahaman memutuskan untuk menyerah diri kepada kerajaan Siam, satu sumpah rahsia membabitkan tujuh orang individu dibuat di Kampung Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, Kelantan. Antara yang terlibat termasuklah Mat Kilau, Mamat Kelubi, Mat Lela dan Dato Bahaman sendiri. Kesemua tujuh orang ini bersumpah untuk tidak mendedahkan siapa diri mereka sampai bila-bila – sumpah yang dilanggar Mat Kilau pada 26 Disember 1969.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 yang menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.