Sebenarnya Allah sayang. Bukan korang je. Para ulama pun ada yang single. Kalau pandai isi masa, single boleh menjadi sebuah nikmat. Pasal tu jangan kufur nikmat, bila-bila je Allah boleh tarik nikmat single tau.

 

“Ilmu disembelih di antara dua peha perempuan,” pernah dengar pepatah ni?

 

Imam Nawawi, Imam Tabari dan Ibrahim bin Adham punyalah sibuk dengan ilmu serta ibadah sampai tak sempat nak kahwin. Di barat, ada Nikola Tesla dan Isaac Newton yang memilih ‘berkahwin’ dengan sains.

 

Ada sebab sesetengah ulama memilih ilmu berbanding isteri. Kitab ‘Ulama al-‘Uzzab karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menceritakan semuanya.

 

Kepada pelajar-pelajar, budak-budak U, Khatib Baghdadi nasihat: “Dianjurkan bagi penuntut ilmu membujang selama mungkin, agar sibuknya kewajiban hak suami-isteri dan mencari nafkah tidak memotong tertib kesempurnaan mencari ilmu.”

 

Mungkin pasal ni kot, ibu ayah pesan masa kak long masuk U: “Jangan bercinta ya”. Tapi kadang-kadang pelik juga masa grad tanya, “Bila nak kahwin?” Eh masa kat U dulu tak bagi cari calon pulak.

 

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin membahas tiga bahaya pernikahan setelah menceritakan sekian banyak faedah dan kewajiban berkahwin.

 

Bahaya 1: Lemah Daripada Mencari Yang Halal.

 

Kadang-kadang pasal nak buat majlis grand, orang sampai tekan loan 40k. Hasilnya, hari-hari sibuk bekerja 2-3 pekerjaan. Moga Allah jaga, janganlah sampai terjebak dengan hasil wang yang haram.

 

“Apabila dikehendaki Allah akan kejahatan bagi hamba, nescaya dikuasakan gigi yang tajam (anak dan isteri) ke atas orang itu dalam dunia,” kata salafussoleh.

 

Berapa banyak orang baik yang terkorban kerana isteri yang bodoh.

 

Bal’am bin Ba’ura, ulama zaman Nabi Musa yang berdakwah ke Madyan. Asalnya tak tergoda dengan emas permata hadiah raja. Sehinggalah isterinya memujuk rayu agar diambil sahaja harta dan ikut kata raja, Bal’am pun menjadi bagai lembu dicucuk hidung. Fitnah perempuan bukan sembarangan gaiss.

 

Bahaya 2: Gagal Menegakkan Hak Isteri

 

Kalau sebaik-baik lelaki ialah yang berbuat baik kepada keluarganya, sejahat-jahat lelaki pula bagaimana?

 

Sesetengan orang soleh bukan taknak kahwin. Tapi bimbang tidak mampu menunaikan hak. Ibrahim Adham kata, “Aku tidak akan tipu mana-mana perempuan dan aku tidak memerlukan mereka.”

 

Bisyr bin al-Hars, ahli ibadah yang tak berkahwin risau kalau terpaksa sibuk bekerja. “Jikalau aku berkeluarga banyak, nescaya aku takut menjadi penjual kulit di jambatan.”

 

Bahaya 3: Isteri Dan Anak Mengganggu Daripada Mengingati Allah

 

Allah berfirman: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Aal-E-Imran, Ayat 14)

 

Meskipun begitu, hidup single bukanlah pilihan utama.

 

Al-Ghazali yang menulis 3 bahaya nikah ini menyuruh kita mengukur baju di badan sendiri, “Kalau cemeti takwa tidak sanggup menundukkan kepala daripada takut melakukan zina, maka berkahwin adalah lebih utama.”

 

Kalau ada pitih, nikoh la. Kalau tak, kena takwa. Nikah atau tidak, masih wajib bertakwa.

 

Kalau kita percaya sebaik-baik manusia adalah Nabi-nabi, lihatlah Nabi-nabi semuanya bernikah. Nabi Muhammad SAW juga bernikah. Nabi Isa pun akan bernikah esok bila turun ke dunia.

 

Maknanya, hidup single bukan untuk semua orang. Bagaimanapun jalan hidup kita, single atau tidak, sangka baiklah dengan Allah. Semua takdir-Nya itu baik.

 

Kalau single pun, tak usah bersedih. Banyak nikmat lain yang Allah dah bagi pada kita, patut kita hargai. Jangan sempitkan kehidupan kita. Bak kata Rumi: “Kenapa engkau tinggal di penjara, sedangkan pintu terbuka begitu luas? “

 

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

 

 

Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply