Nabi lahir pada tahun 570 Masihi, tapi sekitar abad yang sama, ada seekor paus ni buat maharaja Rom sakit kepala setiap hari. Nama paus tu ialah Porphyrus, bersempena gergasi Porphyrion yang berperang terhadap dewa dewa Yunani. Nama tu diberikan oleh kelasi kapal Rom yang gerun dengan paus tu. Tapi tu lah, benda apa yang paus tu buat sampai semua orang Rom gerun dengan dia.
Laut yang mengelilingi Sepanyol hingga ke Mesir dah Konstantinopel ni kita kenali dia sebagai laut Mediterranean. Walaupun laut ni tak lah sedalam laut Atlantik dan Pasifik, tapi laut ni masih ada ikan paus jugak. Cuma tu la, ada la seekor ikan paus ni yang kita tak tau dia ni paus sperma ataupun paus pembunuh yang dah besar sangat, dia suka betul hancurkan kapal kapal laut.
Nampak kapal nelayan pancing ikan, dia langgar. Nampak kapal tentera, dia baham. Nampak kapal raja, dia hentam. Dah la waktu tu tengah ada wabak, pastu ada pulak paus bengong mana tah suka langgar kapal. Lagi lawak bila kita tahu dia suka muncul dekat selat Bosphorus, dah dekat sangat dah dengan pelabuhan Konstrantinopel. Kiranya memang dia tunggu kapal keluar je dari pelabuhan tu terus dia langgar. Tiap hari maharaja Rom tu sakit kepala. 50 tahun paus ni buat perangai serang kapal. Jadi apa yang maharaja Rom tu buat ialah, dia suruh rakyat dia tangkap paus tu kalau boleh, cuma tu lah diorang tak tahu macam mana nak buat.
Nak dijadikan cerita, Porphyrus ni tengah memburu dolfin dan nasib dia tak baik sebab dia tersadai dekat pantai laut Hitam. Orang tempatan dekat situ cam tu paus yang sama langgar kapal kapal diorang, jadi diorang ramai ramai bantai paus tu sampai mati dan daging daging dia orang situ simpan buat makanan. Habis sudah mimpi ngeri orang Rom masa tu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih