Nanti kan kita nak berpuasa, korang perasan tak kenapa waktu Maghrib dekat Sabah lagi awal dari dekat Semenanjung? Kadang nak dekat sejam awal.

 

Masa kecik dulu, saya rasa nak sahur di Semenanjung, berbuka di Sabah sebab dapat berbuka awal.

 

Masa kita guna ni sebenarnya betul ke salah?

 

Sejarah waktu Malaysia bermula dengan pengenalan Waktu Min Greenwich (GMT) oleh British pada tahun 1880. Masa tu, nilai GMT dipengaruhi oleh nilai longitude negara, Greenwich ditetapkan sebagai GMT+0.

 

Tanah Melayu pada mulanya menggunakan nilai GMT+06:46:46, tapi ada perbezaan waktu di setiap negeri di Semenanjung.

 

Sebagai tindak balas untuk menstandardkan waktu di Semenanjung, British guna waktu Singapura (GMT+06:55:25) pada tahun 1901, yang kemudiannya digenapkan kepada GMT+07:00 pada tahun 1905.

 

Pada tahun 1920, Sistem Jimat Waktu Siang (Daylight Saving Time) diperkenalkan untuk memanjangkan waktu siang selama 30 minit, menjadikan waktu Semenanjung menjadi GMT+07:30. Walau bagaimanapun, pada tahun 1933, 10 minit dikurangkan dari waktu ni.

 

Sementara itu, Sabah dan Sarawak menggunakan waktu tempatan masing-masing yang kemudiannya diselaraskan kepada GMT+07:30 pada 1926 dan akhirnya menjadi GMT+08:00.

 

Penjajahan Jepun membawa perubahan masa mengikut Tokyo (GMT+09:00), namun selepas Perang Dunia Kedua, waktu kembali diselaraskan kepada GMT+07:30 dan GMT+08:00.

 

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia Timur dan Barat menggunakan zon masa yang berbeza. Namun, pada 21 Disember 1981, Tun Dr. Mahathir Mohamad cadangkan penyelarasan waktu dibuat di seluruh Malaysia.

 

Cadangan tersebut dilaksanakan pada 31 Disember 1981. Semua jam di Malaysia Barat pada pukul 11.30 malam dipercepatkan sebanyak 30 minit menjadikan jam di Malaysia Barat dan Malaysia Timur tepat 12 malam menyamakan waktu Malaysia Timur dengan Malaysia Barat.

 

Keputusan ni memudahkan kerjasama dan mengurangkan kekeliruan di kalangan penduduk.

 

Walau bagaimanapun, perbezaan zon masa telah membawa kesan sosial dan ekonomi yang signifikan seperti Dasar Pandang ke Timur negara pada waktu itu.

 

Kuasa besar ekonomi masa tu seperti Hong Kong, Taiwan dan Macau guna zon masa yang sama dan ia membolehkan pasaran perniagaan dibuka pada waktu yang sama.

 

Tapi dari segi sosial, benda ni membawa kepada fenomena “social jet lag” disebabkan orang di Semenanjung merasakan waktu siang yang lagi panjang daripada Sabah dan Sarawak.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa, kepuasan dijamin 100% buatan Malaysia! Mari rapat-rapat KLAB dah berlangsung harini!

 

Buku lelong RM10 dan potongan harga RM5 bakal menanti anda di KLAB di Pasar Seni hari ini sehingga Ahad 25 Februari. Stok terhad, baik datang cepat!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply