Marie Antoinette atau Maria Antonia Josepha Johanna merupakan Permaisuri Perancis terakhir sebelum Revolusi Perancis. Marie lahir di Vienna pada 2 November 1755, Austria dan puteri bongsu dari pasangan diraja iaitu Maharani Maria Theresa, ratu kerajaan Habsburg dan Maharaja Francis I, pemerintah empayar Holy Roman. 

Pada umur 15 tahun, Marie dikahwinkan dengan pewaris takhta Perancis iaitu Louis XVI. Perkahwinan ini menjadi simbolik kepada revolusi sistem monarki Perancis. Kisah perkahwinan mereka juga menjadi gempar dalam kalangan masyarakat sehingga Marie menjadi perbualan hangat mereka.

Pada 1789, setelah selesai Revolusi Perancis, para kerabat diraja termasuk Marie dipaksa untuk hidup dibawah kawalan para revolusi. Tahun 1793, raja Perancis iaitu suami Marie dibunuh dan Marie ditahan atas dakwaan jenayah-jenayah berat yang mampu melawan Republik Perancis. Pada 16 Oktober 1793, Marie dihukum pancung yang dilaksanakan oleh Charles Henri-Sanson.

Awal Kehidupan

Di awal usia Marie, dalam pertengahan tahun 1750-an, berlaku ketidakstabilan dalam dunia monarki Eropah sehingga menunggu masa untuk sesebuah kerajaan monarki melakukan peperangan. Pada tahun 1766, kerajaan Hubsburg dan Perancis mempunyai cara bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku iaitu mengadakan persekutuan sesama kerajaan melalui perkahwinan. Maka, Maharani Theresa memilih Marie Antoinette sebagai calon untuk mengahwini putera Perancis iaitu Louis XVI.

Empat tahun kemudian, Marie dan Louis dikahwinkan di Vienna pada usia remaja iaitu 15 dan 16 tahun. Pada 16 May 1770, majlis perkahwinan diraja berlangsung di Versailles di mana seramai 5,000 orang tetamu hadir bagi melihat pasangan pengantin muda ini. Di sinilah bermulanya kehidupan Marie sebagai perhatian orang ramai.

Kepopulariti Marie Sebagai Ratu

Marie dengan pakaian memburu baginda. Potrait kegemaran ibunda.

Pada 10 May 1774, Louis XVI ditabal sebagai Raja Perancis. Maka, secara automatik Marie menjadi Ratu Perancis. Kehidupan baginda sebagai ratu bukanlah kehidupan yang mudah seperti dalam kisah dongeng. Selain harus bertugas dalam bidang politik kerajaan bagi membantu suaminya, baginda juga harus bersosial dengan kerabat diraja dan para menteri bagi menjaga statusnya. Bagi mengimbangi kehidupan peribadi dengan kerjayanya, Marie mempunyai hobi mewah bagi mengisi masa lapangnya. Salah satunya adalah memakai pakaian orang gaji bersama peneman ratu dan berseronok di ladang yang bertempat di luar kawasan istana.

Dari perkahwinan Marie, baginda menjadi popular dalam masyarakat Perancis. Namun masa yang berlalu singkat seiring dengan pertambahan populasi, kepopulariti Marie semakin berkurang. Semakin ramai tidak menyukai Marie kemudian beberapa akhbar menyebarkan tentang keburukan Marie, konon sikapnya yang boros menggunakan duit kerajaan dan mempunyai hubungan seks dengan ramai lelaki. Tambahan pula, Marie dijadikan sebab mengapa segala permasalahan Perancis muncul, seolah-olah Marie adalah pesalah yang harus dihukum.

“Semua Salah Marie!”

Marie ketika dalam tahanan di Tuileries.

Namun hakikatnya bahawa permasalahan Perancis berlaku akibat penglibatan Perancis dalam Revolusi Amerika. Pada 1776, atas arahan Marie, Perancis masuk campur bagi membantuk pihak Amerika menghalau British yang semakin berpengaruh di tanah Amerika sehinggalah campur tangan itu memakan diri sendiri: peningkatan hutang kerajaan. Bagi membantu melangsaikan hutang, cukai adalah jalannya. Namun hanya rakyat saja yang wajib membayar cukai dan dikecualikan kepada para gereja dan bangsawan yang mempunyai harta kekayaan yang mewah. Dari kesengsaraan itu, rakyat mempersoalkan perbelanjaan melampau kerajaan.

Raja Louis XVI dan para menteri berusaha untuk membuat polisi cukai baru iaitu mengenakan cukai juga kepada para gereja dan bangsawan tetapi para bangsawan menentang polisi itu. Demi mempertahankan ‘hak istimewa’ mereka, Marie dijadikan bahan untuk dipersalahkan atas hutang kerajaan kerana Marie yang kononnya ‘lebih kaya’ dari mereka kuat berbelanja demi kepentingan diri.

Pada 1789, perwakilan dari rakyat, gereja, dan bangsawan berkumpul di Versailles bagi membincangkan tentang mereformasikan Perancis namun para gereja dan bangsawan tidak mahu bekerjasama kerana perbincangan tersebut akan mengganggu hak istimewa mereka. Kemudian, delegasi “Third Estate” yang terdiri daripada para ‘Pencerah’ yang memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan sivik, menubuhkan Perhimpunan Kebangsaan bagi menggantikan sistem monarki dan menyerahkan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, rakyat semakin sengsara kerana masalah ekonomi Perancis dan mempercayai bahawa kerabat diraja dan para bangsawan berkomplot bagi menentang rakyat. Marie sekali lagi menjadi bahan tuduhan untuk memuaskan amarah rakyat. Para kartunis dan akhbar menggelarkan Marie sebagai ‘Pelacur Austria’ kerana Marie membantu pemerintah Austria iaitu abangnya bagi menyelesaikan konflik Austria yang merupakan musuh Perancis.

Para rakyat sanggup buat apa saja bagi melemahkan sistem monarki walaupun terpaksa memalukan ratu mereka. Pada Oktober 1789, demonstrasi dalam kalangan wanita Perancis berlaku kerana kenaikan harga roti dan barangan yang tiba di Versailles, memaksa kerabat diraja pergi ke istana Tuileries dan dipenjarakan.

Pada bulan Jun 1791, raja Louis XVI dan ratu Marie merancang untuk melarikan diri ke sempadan Austria-Perancis, di mana abang Marie yang merupakan maharaja Holy Roman menunggu dengan para tenteranya, kemudian menumbangkan Perancis yang dikuasai para revolusi dan memulihkan kembali sistem monarki. Namun usaha mereka dan para kerabat gagal kerana dapat dikesan oleh para revolusi, seterusnya menangkap dan membawa mereka ke Paris.

Penangkapan Louis XVI dengan kerabat diraja oleh para revolusi.

Monarki Perancis Di Hujung Tanduk

Marie ketika dibicarakan dalam mahkamah Revolutionary Tribunal.

Pada bulan Apirl 1792, bagi menguji kesetiaan rakyat kepada raja dan ratu Perancis, kerajaan revolusi Jacobin mengisytiharkan perang ke atas Austria. Kekalahan tentera Perancis dalam menentang Austria menjadi batu loncatan lagi kepada rakyat untuk menyalahkan Marie, konon Marie bersubahat dengan Austria dengan memberi maklumat ketenteraan.

Pada bulan Ogos, demonstrasi besar-besar berlaku di Tuileries sehingga menggulingkan terus pemerintahan monarki dan kerabat diraja dikurung di Temple. Seminggu kemudian, beberapa orang kerabat diraja disoal siasat oleh kerajaan Paris Commune yang membawa kepada mereka dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai pada 3 September, termasuklah sahabat baik Marie, Princesse de Lamballe.

Pada 21 September 1792, sistem monarki sah digulingkan dan Republik Perancis ditubuhkan dan badan National Convention dijadikan sebagai badan kerajaan. Louis XVI dipisahkan dari keluarga diraja dan dibicarakan dalam mahkamah. Gara-gara para revolusi tidak mahu ‘menyimpan’ lama Louis, Louis disabitkan kesalahan kerana mengkhianat kerajaan sendiri. Baginda dikenakan hukuman pancung menggunakan guillotine pada 21 Januari 1793.

Manakala Marie pula dibicarakan dalam mahkamah Revolutionary Tribunal pada 14 Oktober 1793. Baginda disabitkan 3 kesalahan: pemborosan harta kerajaan, mengancam keselamatan kerajaan, dan pengkhianatan terhadap kerajaan sendiri. Pada 16 Oktober, Marie dikenakan hukuman pancung dengan guillotine. Di sinilah berakhirnya hidup Marie Antoinette, hidup yang penuh kontroversi sehingga menjadi penyebab keruntuhan monarki Perancis.

Legasi Marie

Kehidupan Marie difilemkan dan diterbitkan di USA pada tahun 2006 dengan tajuk Marie Antoinette

Pengajarannya? Bagi para revolusioner, kehadiran Marie Antoinette menandakan bermulanya kepincangan sistem monarki Perancis. Hubungan baik dengan Austria dijadikan bukti tentang pengkhianatan Marie. Mereka dan rakyat yang menyokong revolusi melihatkan ‘pengorbanan’ Marie sebagai langkah utama dalam melaksanakan Revolusi Perancis.

Selepas lama kematian Marie, ratu Perancis terakhir ini menjadi figura sejarah penting dunia kerana kehidupan Marie berkait dengan idea konservatif, pengaruh gereja Katolik, kekayaan dan fesyen, sehingga Marie diabadikan dalam penulisan buku, filem dan media lain. Bagi dunia politik, Marie disimbolikkan sebagai konflik kelas diraja, sistem aristokrat Barat, dan sistem mutlak monarki.

Ada yang berpendapat, Marie dipaksa keluarga untuk mengekalkan sistem monarki. Ada sisi baik Marie sebenarnya iaitu seorang isteri dan ratu yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap 3 orang anaknya. Kita boleh lihat Marie bukanlah pemerintah yang mengabaikan kerajaannya. Namun, sebab tindakan baginda yang menyebabkan amarah rakyat, bermulanya Revolusi Perancis.

RUJUKAN:

  1. Bashor, Will (2013). Marie Antoinette’s Head: The Royal Hairdresser, the Queen, and the Revolution. Lyons Press. p. 320
  2. Castelot, André (1957). Queen of France: a biography of Marie Antoinette. trans. Denise Folliot. New York: Harper & Brothers.
  3. Kates, Gary (1998). The French Revolution: Recent Debates and New Controversies 2nd ed. Routledge. pp. 201–218.
  4. Lasky, Kathryn (2000). The Royal Diaries: Marie Antoinette, Princess of Versailles: Austria-France, 1769. New York: Scholastic.
  5. MARIE ANTOINETTE: https://www.history.com/topics/marie-antoinette

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.