Khamis, 15 Oktober 202615 Okt 2026
Eksplorasi Karya

Masalah Penulisan Bersifat Mary Sue Dan Overpower

Trope Mary Sue merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh penulis oleh penulis perempuan ataupun watak perempuan di dalam karya fiksyen moden terutamanya dalam novel cinta. Biarpun begitu masalah ini juga dihadapi oleh watak berjantina lelaki dalam perihal trope overpower (OP) ataupun terlalu berkuasa.

Kedua-dua trope ini biasanya berlaku apabila seorang penulis mereka watak berdasarkan diri mereka sendiri ataupun terma popularnya self-insert. Self insert ialah gambaran seorang penulis tentang dirinya sendiri jika diletak dalam keadaan seperti cerita yang mereka karang. Oleh kerana manusia jarang mengkritik diri mereka sendiri maka watak bersifat self-insert ini kerap kali digambarkan sebagai maha hebat, maha kacak/cantik atau dalam kata lainnya terlalu sempurna.

Contoh terbaik self-insert bagi karya moden
ialah Stan Lee dalam filem-filem MCU. Biarpun Stan Lee seorang penulis dan
pencipta watak yang hebat beliau juga tidak dapat lari dari simptom watak
bersifat Mary Sue ataupun mungkin lebih tepatnya OP. Kini kita semua sudah tahu
watak Stan Lee dalam MCU ialah Uatu, satu watak yang digambarkan sebagai tuhan
dalam dunia MCU yang sudah tentunya berkali ganda lebih berkuasa dari Thanos
sendiri.

Istilah Mary Sue berasal dari komuniti fan
fiction siri StarTrek. Istilah ini diasaskan oleh Paula Smith, seorang editor
majalah dan peminat StarTrek, yang menyedari kebanyakkan fan fiction hasil
karya peminat perempuan StarTrek kerap kali digambarkan muda, cantik dan
terlalu sempurna dari segi pembinaan watak. Beliau menggelarkan watak sedemikian
rupa sebagai watak jenis Mary Sue. Mary Sue merupakan watak utama sebuah Fan
Fiction Star Trek karya Paula Smith sendiri yang memparodikan watak yang
terlalu sempurna ini.

Mary Sue kini dalam sastera moden merujuk
pada masalah yang dihadapi oleh penulis baru yang kerap kali memaparkan watak
utama dalam hasil kerja mereka sebagai serba sempurna tanpa kelemahan.
Penulisan jenis Mary Sue ini popular dan kerap berlaku dalam kalangan penulis
perempuan dalam menulis novel cinta. Perempuan dalam penulisan fiksyen apabila
menulis watak perempuan kerap kali memaparkan watak tersebut sebagai sempurna
dari segala segi. Seolah tiada cacat cela pada watak mereka.

Mary Sue dianggap sebuah penulisan penulisan yang sukar untuk membina perkembangan watak kerana kesempurnaan watak yang ada menyukarkan perkembangan plot dan jalan cerita dari segi pembinaan konflik dan call to action watak utama.

Kerap kali juga ia memaparkan self insert atau refleksi diri penulis sendiri dalam diri watak ciptaan penulis sewaktu pembinaan watak. Ini menyebabkan penulis sering terpengaruh dengan ego diri sendiri dan menyukarkan watak tersebut ditambah baik.

Sebagai contohnya Hermione dalam siri Harry
Potter digambar sebagai seorang yang cantik, pandai dan juga memperjuangkan
keadilan dalam novel-novel awal Harry Potter. Hanya dalam novel-novel hujung
dalam siri Harry Potter berjaya menimbulkan konflik antara Ron dan Hermione
setelah Hermione menunjukkan permasalahan emosi dalam hubungan. Hanya dengan
konflik tersebut barulah watak Hermione berjaya dikembangkan dengan lebih baik
dan mendalam. Watak perlu konflik dalam pembinaan watak.

Dalam contoh lain heroin dalam siri drama
Indonesia juga kerap kali terperangkap dengan simptom Mary Sue. Sehingga
sewaktu heroin itu dikhianati mereka digambarkan sebagai terlalu baik untuk
membalas semula atau mengambil tindakan terhadap pengkhianatan tersebut. Di
Malaysia kebanyakan drama dakwah juga cenderung terhadap watak bersifat Mary
Sue.

Lelaki juga kerap terlibat dalam terperangkap dengan sindrom penulisan Mary Sue terutamanya hasil-hasil karya Jepun dalam genre Isekai Jepun dan genre cultivation China. Namun, biarpun mirip dengan Mary Sue trope yang lebih tepat ialah overpower. Jika perempuan merasakan diri mereka serba sempurna lelaki pula merasakan diri mereka maha hebat. Acap kali juga watak utama dalam genre Isekai dan Cultivation digambar sebagai seorang yang terlalu berkuasa sehingga ke tahap mampu melawan tuhan. Ini sedikit sebanyak merencatkan jalan cerita mereka dan menyebabkan jalan cerita sedemikian kerap kali dilabel sampah oleh komuniti mereka sendiri.

Tiada yang sempurna. Hindarkan Mary Sue demi memastikan penulisan anda tidak menjadi sampah. Sekurangnya sehingga anda mengkaji trope-trope yang ada dan memahami bagaimana ingin menulis watak yang terlalu sempurna atau hebat dari segi kritikan trope. Terdapat berberapa siri yang cuba untuk melakukan perkara ini. Sebagai contohnya watak utama One Punch Man dianggap terlalu hebat sehingga mampu menewaskan musuh dengan satu tumbukan.

Namun kerana watak itu terlalu hebat penulis One Punch Man sukar mengembangkan watak ini. Namun beliau berjaya mengembangkan watak-watak sampingan yang lain sehingga watak sampingan menjadi lebih dalam dari watak utama. Atas sebab inilah Saitama kini kurang membuat kemunculan dalam komik yang mana beliau sendiri merupakan watak utama. Ini merupakan kritikan penulis One Punch Man terhadap watak bersifat overpower dan Mary Sue.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet