Situasi banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia ketika ini sememangnya menyayat hati. Dan ia menyerlahkan hakikat bahawasanya negara memerlukan lebih banyak kolam takungan dan tebatan banjir sebagai penyelesaian jangka panjang. Dengan isu perubahan iklim dijangka memburukkan lagi situasi banjir untuk tahun mendatang, maka molek untuk melihat bagaimana Jepun mengatasi isu banjir mereka.
Seperti negara-negara di sebelah Asia Timur, Jepun juga berdepan masalah banjir akibat hujan lebat. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, musim hujan dan ribut taufan yang melanda negara itu mengundang kemu.sn.ahan harta benda dan jiwa yang besar.
Pada Julai 2020, 80 orang terbu.n.uh akibat tanah runtuh dan banjir yang berlaku di barat Jepun. Dan pada tahun sama, Agensi Meteorologi Jepun mendedahkan bilangan taufan yang melanda Tokyo pada 2020 meningkat 1.5 kali ganda dalam tempoh 40 tahun. Atas sebab itu, projek seperti Terowong Pengeluaran Air Bawah Tanah Luar Kawasan Metropolitan (MAOUDC) amat penting bagi mengurangkan risiko banjir terhadap kota-kota Jepun.
Tetapi untuk membentuk sistem seperti MAOUDC ini, ia hanya dapat direalisasikan pada tahun-tahun pasca-Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII). Walaupun berdepan situasi pemulihan pasca-WWII yang memerlukan perbelanjaan banyak, isu bencana alam dan pengurangan risiko tidak pernah lari daripada fokus para pemimpin Jepun ketika itu. Menurut Miki Inaoka dari Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Tokyo memperuntukkan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh peratus daripada belanjawan negara untuk pengurangan risiko bencana alam.
Bagi perancang bandar Jepun, banyak aspek perlu diambil kira. Pertama, ia harus bertahan daripada an.ca.man gempa bumi. Kedua, sebarang sistem sokongan untuk sistem pengurangan banjir mereka mestilah berupaya menampung kuantiti air yang banyak akibat hujan lebat atau tsunami. Paling penting, tempat simpanan mestilah selamat daripada semua an.ca.man yang dinyatakan.
Pada mata kasar, kebanyakan sistem pengurusan banjir Jepun terdiri daripada empangan, kolam takungan dan tetambak. Tetapi menerusi MAOUDC yang dibina dengan kos AS$2 bilion, magis sebenar sistem pengurusan banjir Jepun terserlah. Sistem ini mengepam air dari sungai-sungai kecil dan sederhana sekitar utara Tokyo dan memindahkannya ke Sungai Edo yang lebih besar. Pam-pam sistem ini mempunyai kekuatan 13,000 kuasa kuda – justeru, mengepam air dalam jumlah yang banyak merupakan satu tugas mudah.
Apabila salah satu daripada sungai-sungai ini mempunyai lambakan air yang tinggi, ia akan dipam ke salah satu daripada tangki air besar yang berukuran 70 meter tinggi. Kelima-lima tangki diletakkan di sepanjang terowong yang berukuran 6.3 km panjang. Tangki-tangki ini dihubungkan dengan rangkaian terowong bawah tanah yang panjang. Apabila air sampai ke Sungai Edo, aliran air akan dikawal sebelum ia dipam ke sungai berkenaan.
Tokyo bukan satu-satunya bandaraya yang mempunyai sistem sebegini. Di Osaka, sistem sama sedang dibina dan dijangka siap pada 2044. Ia sudah digunakan sebanyak tujuh kali pada tahun lepas dengan air dilepaskan sebanyak dua kali semasa musim hujan pada September. Dengan sistem ini, ia dijangka membantu pihak berkuasa Osaka menjimatkan kos pembersihan pasca-banjir sebanyak 148 bilion yen.
Melihat kepada skala teknologi dan persediaan Jepun ini, ia merupakan satu pencapaian yang hebat. Tetapi ia tidak bermakna sekiranya ia tidak boleh beradaptasi dengan isu perubahan iklim – satu fakta yang merungsingkan Nobuyuki Tsuchiya, pengarah Pusat Penyelidikan Sungai Jepun. Beliau merasakan pegawai-pegawai kerajaan mengambil masa terlalu lama untuk melihat isu ini sebagai keutamaan pengurusan banjir Jepun.
Dalam bukunya yang bertajuk Shuto Suibotsu (Ibu Kota Tenggelam) pada 2014, Tsuchiya memberi amaran Tokyo tidak akan bersedia dengan kuantiti hujan lebat yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sekiranya berlaku kejadian air pasang besar di kawasan rendah Tokyo, ia bakal menjejaskan 2.5 juta penduduk.
Dan ini sesuatu yang harus diambil perhatian oleh kerajaan dalam sebarang rancangan tebatan banjir. Tiada masalah untuk meniru idea sistem pengurusan banjir Jepun ini. Tetapi pada masa sama, ambil kira faktor perubahan iklim dalam sistem pengurusan banjir dan pengurangan risiko bencana. Ini bagi memastikan sistem yang dibina dapat bertahan dan mengurangkan risiko kemu.sn.ahan harta benda dan kehilangan nyawa.
RUJUKAN
Ortiz, D.A. (2018, 29 November). The underground cathedral protecting Tokyo from floods. BBC Future.
Telangana Today. (2020, 16 Oktober). Japan’s underground flood control tunnel.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih