Pada suatu hari, Malaikat Maut mengambil nyawa seseorang yang gagah perkasa. Lelaki itu lebih kuat dibandingkan dengan pahlawan-pahlawan lain. Tidak ada dia atas muka bumi manusia yang sepertinya. Setelah itu, Malaikat Maut naik ke langit.
Di langit, malaikat lain bertanya kepada Malaikat Maut:
“Daripada ramai-ramai manusia yang engkau cabut nyawanya, siapa yang paling engkau kasihani?”
Soalan ini dijawab Malaikat Maut dengan telus.
“Aku pernah diperintahkan untuk mencabut nyawa seorang wanita di tengah-tengah medan peperangan. Dia sedang melahirkan bayi. Maka aku merasa kasihan dengannya, kerana dia pasti keseorangan. Dan aku kasihan kepada bayinya kerana dia masih kecil, sementara lahirnya di tengah-tengah medan peperangan yang tidak mengenal perikemanusiaan.”
Malaikat ialah sejenis makhluk yang sentiasa mentaati Allah. Justeru, ia tetap menjalankan perintah Tuhan meskipun berasa kasihan. Arahan tetap arahan.
Para malaikat yang lain membuka rahsia:
“Tahukah engkau, lelaki gagah perkasa yang baru engkau cabut nyawanya ini merupakan anak yang engkau kasihankan dahulu. Maha suci Allah yang bersifat Maha Lemah Lembut (اللطيف) dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya.”
Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin.
Dialog di antara malaikat ini menunjukkan Allah bersifat Maha Pengasih dan Penyayang.
Bagaimanakah Malaikat Maut mencabut nyawa makhluk satu dunia?
Izrail berkata: “Aku panggil nyawa-nyawa itu dengan izin Allah. Maka adalah dia di antara dua anak jari ini.” Telah didekatkan bumi bagi Malaikat Maut, seumpama sepinggan hidangan yang bebas dikutip mana-mana yang berkenaan.
Malaikat Maut hanya mengambil nyawa manusia yang sudah tiba ajal. Setelah dilihat hujung barat dan hujung timur tiada lagi rezeki bagi manusia itu, maka bererti ajalnya telah tiba. Orang beriman melihat Malaikat Maut dalam rupa yang baik manakala orang derkaha melihatnya dengan rupa yang mengerikan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih