Kerajaan Gangga Negara ialah sebuah kerajaan kuno yang terletak di negeri Perak. Namun, terlalu sedikit kajian dan bukti serta jumpaan artifak yang dapat menyokong dan menyingkap rahsia kewujudan kerajaan ini. Wilayahnya meliputi Beruas dan Manjung.

 

Kejatuhan Gangga Negara dikatakan memiliki 2 pandangan berbeza. Pertama, diserang Raja Suran. Kedua, diserang Rajendra Chola Deva I.

 

Sulalatus Salatin menyebut ketika berita kedatangan Raja Suran ke Gangga Negara sampai ke telinga Raja Gangga Shah Johan, baginda segera arahkan rakyat dan tenteranya sedia untuk berperang dan tutup semua pintu-pintu masuk Kota Gangga Negara serta memenuhkan parit yang mengelilingi kota dengan air.

 

Pintu gerbang kota roboh setelah berkali-kali cubaan untuk masuk ke Kota Gangga Negara.

 

Raja Suran dan semua tenteranya terus masuk dan menyerang mereka semua yang berada di dalam Kota Gangga Negara.

 

Raja Suran menunggang seekor gajah yang besar itu dapat dilihat oleh Raja Gangga Shah Johan yang sudah lama bersedia dari dalam.

 

Raja Gangga Shah Johan tembak anak panah dan terkena gajah yang ditunggangi oleh Raja Suran.

 

Raja Suran sempat lompat sebelum gajahnya rebah ke tanah. Raja Suran terus melibas pedangnya apabila sampai hampir dengan Raja Gangga Shah Johan sehingga terputus kepala pemerintah Gangga Negara tu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


 

Maka semua rakyat dan tentera Gangga Negara terus lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

 

Puteri Dara Segangga dan telah dijadikan isteri Kepada Raja Suran. Dan sejak itu, kewujudan Gangga Negara lenyap dari peta.

 

Serangan besar-besaran Rajendra Chola dengan seekor gajah dan tenteranya yang lain berjaya membunuh Raja Gangga Shah Johan.

 

Rajendra I berkahwin dengan salah seorang anak buah kepada Gangga Shah Johan bernama Puteri Zaris Gangga, sebelum meneruskan ekspedisinya cita-cita besarnya untuk menewaskan kerajaan-kerajaan yang ada di seluruh kepulauan Melayu.

 

Kekalahan perang tu menyebabkan Gangga Negara musnah dan tak mampu untuk bangkit semula.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Selain daripada Kerajaan Gangga Negara, selam lebih dalam mengenai kerajaan misteri purba kaya raya iaitu Kerajaan Chih-Tu yang ceritanya dimuatkan di dalam KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera!

https://bit.ly/40FLVup

Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply