Anda pernah dengar Loch Ness? Yeti? Naga ataupun serigala jadian? Itu adalah contoh haiwan mitos kepercayaan masyarakat luar. Sebagai contoh naga dipercayai oleh masyarakat Cina dahulu kala. Siap gambaran bentuk naga yang dilukis malah diasimilasikan di dalam kepercayaan contohnya seperti Tahun Naga.

Orang Melayu juga turut tidak terkecuali. Penulis telah membuat kajian dan mendapati orang Melayu turut mempunyai kepercayaan terhadap haiwan mitosnya tersendiri. Kamus Dewan mendefinisikan mitos sebagai cerita zaman dahulu yang dianggap benar atau dipercayai, misalnya cerita asal usul, cerita kewujudan sesuatu bangsa, kejadian alam atau cerita dongeng mengenai kehebatan seseorang tokoh.

Hashim Awang pula menyatakan bahawa mitos adalah jenis cerita rakyat yang mengisahkan mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar biasa yang di luar logik fikiran manusia.

Geruda

Antara haiwan mitos yang wujud di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat ini menceritakan tentang peperangan angkatan Merong Mahawangsa yang diserang oleh Geruda.

Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak panah yang bernama Ayun-ayunan itu keudara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah. Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera memanah dengan anak panahnya Berana Pura itu keudara bergemuruh perginya hendak mengenai burung geruda itu.

Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal anak panahnya itu tewas tiada jua memberi bekas pada burung geruda itu, maka terlalulah marahnya lalu dibalas pula suatu anak panahnya, dipanahkan naik keudara bergempita gemuruh bahananya di dalam laut itu, seketika datanglah seekor burung jentayu menghambat burung geruda.” – Petikan Hikayat Merong Mahawangsa

Ia menjadi hikayat yang menyeronokkan malah menjadi cerita kepada penglipur lara pada zamannya. Malah lambang Geruda menjadi perlambangan kerajaan Melayu lama.

Sang Kelembai

Watak misteri. Penyelidik masih berbelah bahagi samada Sang Kelembai digambarkan sebagai manusia, gergasi atau dewa dewi malah ada menyebutnya sebagai pari-pari. Sang Kelembai yang dikatakan pernah berlaku di sebuah kampung di Lenggong, Perak.

Menurut orang-orang kampung, Sang Kelembai bukan jenis manusia. Di muka gua Gunung Tasik ada batu tergantung yang besar. Menurut orang kampung batu tersebut mempunyai rahsia tersendiri.

Di zaman antah-berantah di mana Sang Kelembai memuja batu tersebut dan (ada baiknya juga Sang Kelembai itu) sesiapa yang hendak meminjam pinggan mangkuk untuk mengadakan majlis kenduri kahwin bolehlah memukul batu tersebut dengan batang tepus, dan berserulah beberapa banyak pinggan mangkuk yang hendak dipinjam. Dalam sekejap masa sahaja keluarlah pinggan mangkuk bertimbun-timbun dari batu tersebut.

Demikianlah baiknya Sang Kelembai yang dianggap makhluk yang serupa manusia tetapi luar biasa kerana buah dadanya panjang dan terpaksa disangkutkan di bahu. Di suatu ketika seorang raja telah mengahwinkan puteranya di tempat yang bernama Hulu Jepai iaitu berdekatan dengan beberapa gua yang dijadikan istana.

Selepas kenduri sang raja yang telah meminjam pinggan mangkuk terlupa hendak memulangkannya sehinggalah beberapa tahun kemudian sang raja tersebut mengahwinkan pula seorang puterinya yang jelita.

Sang Kelembai marah dengan perangai raja yang mementingkan diri sendiri itu dan tidak pula suka menolong rakyatnya yang ditimpa kesusahan. Dia mengambil keputusan untuk melihat perayaan perkahwinan yang besar dan banyak menggunakan harta rakyat, lalu berjalan ke arah istana raja di Hulu Jepai itu.

Orang-orang besar istana lalu memberitahu raja bahawa Sang Kelembai telah berada di pintu gerbang istana dan tidak ada sesiapa yang berani menahannya. Raja sangat marah dengan kedatangan Sang Kelembai yang tidak diundang itu. Tetapi raja lupa bahawa pinggan mangkuk yang digunakan dalam istiadat perkahwinan itu dipinjam daripada Sang Kelembai dan tidak dikembalikan semula.

Sang Raja lalu menyuruh pengawal-pengawalnya menghalau Sang Kelembai dari dalam istana. Sang kelembai yang selama ini dianggap banyak menolong manusia yang susah tidak dapat menahan perasaan marahnya, lalu dia terus menyumpah Sang Raja.

Kerana sumpahan itu Sang Raja dan permaisuri serta seisi istana telah menjadi batu termasuk juga pinggan mangkuk, segala hidupan, katil, kelambu dan sebagainya. Itulah sumpah Sang Kelembai terhadap raja yang mementingkan diri sendiri. Istana raja yang disumpah itu terkenal hingga sekarang dengan panggilan Gua Puteri.

Duyung

Digambarkan sebagai makhluk yang hidup di dalam air. Berbadan manusia tetapi berekor ikan. Selalunya berjantina betina dan berwajah cantik atau rupawan.Dikatakan zaman dahulu ada nelayan yang terserempak atau tertangkap di jiran. Menjadi cerita utama penglipur lara menyatakan ada kisah cinta antara duyung dan manusia.

Hikayat Sang Kancil

Ini antara yang popular dan telah dikomersilkan dalam bentuk visual pada zaman moden (1980an).  Hikayat Sang Kancil yang mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya.

Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya. Ajaibnya penglipur lara akan mengatakan sang kancil ini boleh bercakap seperti manusia biasa.

Naga Tasik Cini

Lagenda Tasik Chini Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor naga iaitu Naga Sri Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia. Malah, kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan menyerupai bahagian belakang seekor naga. Walaupun terdapat beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa, namun semuanya tidak pernah dibuktikan secara saintifik.

RUJUKAN:

Sastera Rakyat Melayu : Sejarah Dan Genre Utama. Nang Naemah Nik Dahalan. Jurnal Al Muqadimah.

Cerita Mitos Dua Dunia. Norazimah Zakaria et al. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mitos dan Lagenda Sebagai Produk Pelancongan : Kajian Kes Lembah Lenggong. Fatimah Hassan dan Hamid Mohd Isa. Universiti Sains Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Comments are closed.