Bagi sesetengah orang Eropah, Christopher Columbus ialah penjelajah yang mendedahkan perihal Dunia Baru kepada kuasa-kuasa benua berkenaan. Bagi aktivis orang asli terutama di Carribean, inilah individu yang memulakan usaha membunuh orang asli – langkah yang diteruskan oleh Conquistador di Amerika Tengah dan Selatan. Tetapi di mana lokasi sebenar makam pelayar Itali abad ke-15 itu?

Dalam tempoh 55 tahun hayat Columbus, beliau mengetuai pelayaran ke Dunia Baru sebanyak empat kali iaitu 1492-93, 1493-96, 1498-1500 dan 1502-1504. Keempat-empat pelayaran ini ditaja oleh Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II dan permaisurinya Isabella.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Sebelum ekspedisi-ekspedisinya merentas Lautan Atlantik, Columbus pernah berlayar ke Ireland dan Iceland dengan kapal layar Portugal. Beliau juga pernah menjadi ejen gula bagi pihak Genoa di mana pada satu ketika, beliau tiba di Madeira, Portugal. Columbus juga pernah berlayar ke pantai barat Afrika dan singgah di kubu Portugal, São Jorge da Mina di Ghana.

Tetapi sayang, Columbus mati dalam keadaan miskin dan dinafikan hak satu persepuluh bagi setiap harta yang dibawa dari Dunia Baru. Keadaan ini berlaku selepas Raja Ferdinand II menyingkirkannya sebagai Gabenor Hispaniola (kini sebahagian daripada pulau Greater Antilles).

Columbus dikebumikan di Valladolid pada tahun 1506. Tiga tahun selepas itu, makamnya digali semula dengan mayatnya dipindahkan ke makam keluarganya di Seville. Sepanjang sejarah, mayat beliau dipindahkan beberapa kali sebelum kembali ke Seville.

Mengikut wasiatnya, rangka Columbus kemudiannya dibawa ke Santo Domingo, Republik Dominica pada 1544. Lebih 250 tahun kemudian, ia dibawa ke Havana, Cuba. Akhirnya, selepas lebih 300 tahun dibawa menyeberangi Lautan Atlantik, rangkanya dibawa kembali ke Seville dan itulah lokasi persemadiannya sehingga hari ini.

Makam Christopher Columbus di Santo Domingo, Republik Dominica.

Tetapi sejak itu, ia mencetuskan perdebatan tentang lokasi sebenar makam Columbus. Ini kerana Republik Dominica mendakwa beliau dimakamkan di sebuah rumah api yang cantik di Santo Domingo.

Bagi menamatkan kontroversi tentang lokasi makam ini, para penyelidik dari Universiti Granada mengambil sampel DNA dari makam yang didakwa sebagai makam terakhir Columbus. Analisis yang dibuat pada 2005 mengesahkan ia sememangnya rangka Columbus. Bagaimanapun, sejarawan tidak menolak jika sebahagian rangka masih disimpan dalam makam di Santo Domingo.

Tetapi bagaimana pula dengan makam pertama Columbus? Mengikut keterangan sejarawan dari Muzium Tentera Laut Sepanyol, beliau dikatakan dikebumikan di Biara San Francisco, Valladolid. Hari ini, biara tersebut tidak wujud dan digantikan dengan satu zon komersial berhampiran Plaza Mayor, Valladolid.

Lot komersial berhampiran Plaza Mayor ini merupakan tapak asal Biara San Francisco, Valladolid.

Bagi memastikan bahawa lokasi ini merupakan lokasi tepat Biara San Francisco, sampel tanah dari lot komersial itu diambil dan dibandingkan dengan sampel tanah dari makam Columbus di Seville. Dan hasilnya lot tersebut merupakan lokasi asal biara berkenaan.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN

Pandey, S. (2022, 11 April). First Tomb of Christopher Columbus Finally Found. Ancient-Origins.

Sumber gambar: Shutterstock


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply