Bandar Miami sangat terkenal dengan bangunan pencakar langit, pantai serba mewah dan Horatio Caine. Tetapi ada satu sisi pasal Miami yang ramai tidak tahu. Bandar ini sedang berlumba dengan kota Madrid untuk meminang orang-orang kaya di Amerika Selatan.

Umumnya, negara-negara Amerika Tengah dan Selatan sudah lama terbelαh dengan krisis dan kemelut. Ribuan golongan hartawan sedang lari meninggalkan Venezuela yang teruk dihimpit pemerintahan Nicolas Maduro (Herrera & Kurmanaev, 2021).

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Isu sosioekonomi sama sedang membelenggu Brazil dan Colombia, masing-masing terikat dengan kepimpinan Jair Bolsonaro dan Ivan Duque Marquez (Londono, et al., 2022).

Kira hampir setiap negara Amerika bawah Amerika Syarikat boleh kata buat perangai memindahkan sejumlah wang sangat banyak ke luar negara.

Lubuk duit mereka selama ini adalah Miami. Lambakan orang kaya di bandar ini memberi sedikit tekαηαη pada populasi tempatan.

Miami digelar “a great Latin city”.

Buat seketika waktu, kerajaan negeri Florida sangat suka pada keadaan ini. Parti Republikan menggunakan pendekatan cukai rendah (untuk menarik pelabur dan mengekalkan minat rakyat). Namun imbangan bekalan dan permintaan tetap menjadi penentu harga.

Dan saban dekad, kos sara hidup Miami berada di luar kemampuan rakyat tempatan… dan sekarang di luar kemampuan hartawan Latin (Minder, 2022).

Jadi para hartawan ini mula mencari alternatif selain Miami. Cari punya cari, akhirnya ada sebuah kerajaan menyediakan Visa Emas. Syarat kelayakan visa ini adalah pembelian hartanah bernilai AS$550,000.

Penghijrahan Beramai-Ramai

Apabila orang kaya bosan dengan negara sendiri, mereka serba mampu cari negara lain. Itu beza antara “orang kaya” dan “orang miskin”. Mereka barangkali tiada cita-cita politik di negara asing.

Jadi keluar nikmati keindahan sahajalah. Berzaman-zaman mereka bergantung pada Miami. Sekarang mereka beralih ke Madrid pula dengan adanya Visa Emas daripada kerajaan Sepanyol.

Serupa Gagang Pulang Ke Sirih (peribahasa tertungging).

Datangnya orang kaya daripada Latin pun bukan sekadar menonong masuk. Mereka membina platform dengan perniagaan-perniagaan bersyarikat. Ada yang menubuhkan syarikat media.

Tambah pula bahasa mereka sama, dibezakan dengan lenggok-lenggok loghat sahaja. Memang mudahlah kerja. Ada yang siap jual hartanah di Miami untuk berpindah ke Madrid.

Lebih kurang 200,000 rakyat Venezuela sekarang sudah mendarat di Sepanyol. 200,000 hartawan yang mengangkut harta kekayaan luar biasa mereka. Pembaca tidak boleh memperlekeh jumlah ini.

Jika setiap seorang membawa sekurang-kurangnya AS$1 juta, cuba buat matematik sendiri – berapa bilion Venezuela hilang kerana migrasi mereka?

Bercakap pasal penghijrahan ke Madrid, sekarang cuba bayangkan pula – berapa bilion sudah dibelanjakan di Miami.

Lubuk Duit Meniup Angin Politik

Jujurnya Amerika Syarikat dan Sepanyol boleh kata macam peniaga pun ada. Mereka berniaga hartanah. Mereka berniaga perkhidmatan. Kedua-dua negara ikut undang-undang. Mereka sudah lama merancang. Venezuela saja yang lalai. Tetapi ada satu benda kena berwaspada. Hartawan biasanya cenderung ke arah haluan kiri dalam lembah politik.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Walaupun tiada cita-cita politik, anugerah kerakyatan memberikan mereka hak mengundi. Jadi suara mereka boleh mempengaruhi politik tempatan, jika semakin ramai diberi berkat demokrasi. Tetapi kalau fikir balik, itulah namanya demokrasi yang mengimbangi suasana politik negara.

Dengan imbangan ini, ekonomi boleh membangun dengan pesat. Dan hasil daripada kepesatan ini, datangnya orang-orang kaya yang lari daripada negara asal… datang sebagai pelabur, datang sebagai pedagang, datang sebagai peniaga.

Situasi ini agak ironi juga. Seolah-olah kegagalan negara merdeka membuatkan rakyat cari balik bekas penjαjαh. Pahit untuk diterima. Lagi susah untuk dinafikan. Hakikatnya, setiap kerajaan mesti bertanggungjawab pada amanah. Kalau tidak, memang gagang pulang ke sirihlah jawabnya.

RUJUKAN:

Herrera, I., & Kurmanaev, A. (2021, November 23). In Venezuela’s Flawed Vote, Maduro Shows One Way to Retain Power. The New York Times.

Londono, E., et al. (2022, Januari 4). Leftists Are Ascendant in Latin America as Key Elections Loom. The New York Times.

Minder, R. (2022, April 2). Madrid Rivals Miami as a Haven for Latin Americans and Their Money. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply