Daripada 21 hingga 25 Mei, Malaysia dihidangkan dengan penularan tempatan tinggi kerana warga asing.

Sepanjang lima hari tersebut, penularan keseluruhan ialah 408 kes positif.

75.7 peratus ialah warga asing. Jika ditolak semua kes-kes import, purata penularan tempatan hanya 11 orang sehari (lingkungan +0.15% sehari).

Maka masalah Malaysia sekarang ialah warga asing.

Jika diteliti cara hidup, selama ini golongan warga asing menikmati kelebihan dan manfaat perumahan.

Mereka kalau dibayar gaji RM1,000 sekalipun masih boleh hidup di rumah sewaan RM2,000 sebulan.

Disebabkan 10 orang duduk di tempat yang sama, sumbangan sewa hanya RM200 seorang.

Tetapi manfaat ini telah menjadi kelemahan utama mereka. Hidup dalam berkumpulan besar sebegini terbukti mem4kan diri.

Kepentingan warga asing dalam negara ini tidak boleh dinafikan.

Mereka yang datang untuk mencari rezeki telah menemui tempat dalam beberapa sektor, terutamanya sektor pembersihan dan pembinaan.

Semasa berdepan dengan koronavirus, hanya 247 tapak pembinaan sahaja sudah kembali beroperasi pada 9 Mei dan mematuhi piawaian operasi ditetapkan Kementerian Kerja Raya (Hazwan, 2020).

Sebanyak 2,830 tapak telah dibuat lawatan untuk pemantauan dan 70 tapak diberikan amaran kerana tidak mengikut piawaian (dan dua lagi diarahkan tutup).

Sembilan hari kemudian lapan tapak lagi gagal patuhi piawaian keselamatan (Zubir, 2020).

Dalam tempoh ini pemeriksaan telah naik dua kali ganda, membuatkan jumlah keseluruhan yang gagal mematuhi ialah 150 tapak. Dan 3,603 tapak masih belum operasi.

Corak yang boleh difahami dari sini ialah banyak yang sama ada enggan atau tidak dapat mematuhi piawaian.

Maka pada 25 Mei, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kewujudan satu kluster baharu yang melibatkan Tapak Pembinaan Kuala Lumpur Kedua (Huda, 2020).

Ruang sempit telah diumumkan sebagai punca penyumbang – dan penjarakan sosial pun sedang diteliti.

Inilah sebab penularan memuncak, sekaligus menyukarkan kemenangan negara dalam perjuangan menentang koronavirus.

Para majikan perlu bertanggungjawab kerana statistik sebegini memustahilkan rancangan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Warganegara Malaysia telah berkurangan dalam penularan harian, membuktikan disiplin dari segi penjarakan sosial dan resam baharu.

Tetapi bukan warganegara semestinya tidak arif dalam situasi semasa. Entahnya koronavirus pun tidak difahami.

Mungkin buat masa sekarang ia belum mengapa-apakan rakyat. Tetapi kalau kluster ini berpunca di sektor peruncitan, tentu sekali rakyat akan terkesan sekali.

Sebelum perkara ini jadi, majikan perlulah bertanggungjawab. Tidak perlu tunggu arahan rasmi baru bertindak. Semua buruh warga asing perlu dikuarantinkan dan majikan perlu membiayai kos saringan.

Realiti bahawa warga asing mudah diganti tidak boleh diambil kesempatan. Mereka pun manusia juga. Setakat ini Kementerian Kesihatan telah mendapati kewujudan tiga kluster:

  1. Bukit Jalil – 126 daripada 1,022 berbaki telah positif (896 lagi menunggu keputusan)
  2. Semenyih – 66 daripada 1,004 berbaki telah positif (938 lagi menunggu keputusan).
  3. Sepang – 36 daripada 939 berbaki telah positif (873 lagi tunggu keputusan).

Semua kes positif daripada ketiga-tiga kluster ini didominasi 53 warga Bangladesh dan diikuti 41 warganegara India, 38 wargengara Indonesia, 37 wargangara Myanmar dan sebagainya.

Malaysia sedang mengamalkan pendekatan “vigorous testing” untuk memastikan tiada orang terlepas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Tanggungjawab sosial diutamakan, pada ketika negara boleh sahaja menghalau semua warga asing untuk menanggung nasib sendiri. Tetapi Malaysia masih memberikan bantuan dan rawatan.

Maka jika perusahaan perniagaan inginkan PKPB ditamatkan, tanggungjawab sosial perlu digiatkan lagi.

RUJUKAN:

Hazwan, F. (2020, Mei 9). Hanya 9 peratus tapak pembinaan patuh SOP. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686875/hanya-9-peratus-tapak-pembinaan-patuh-sop

Huda, H. (2020, Mei 25). Covid-19: Kluster baharu Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/84893/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Kluster-baharu-Tapak-Pembinaan-Kuala-Lumpur-2

Zubir, S. (2020, Mei 18). Lapan tapak pembinaan gagal patuhi SOP. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/84085/BERITA/Nasional/Lapan-tapak-pembinaan-gagal-patuhi-SOP

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.