Dia dilahirkan pada tahun 485 sebelum masihi. Tinggal di sebuah bandar Yunani purba bernama Halicarnassus.
Lelaki ini ialah seorang penulis dan pengasas kepada bidang penulisan sejarah pada zaman Yunani purba. Gelaran itu diberikan oleh Cicero, seorang ahli falsafah Rom purba. Herodotus juga seorang yang gemar menjelajah sambil menulis pengalamannya.
Kalau ada seorang yang suka, ada juga yang tak suka. Kalau Cicero panggil Herodotus sebagai Father of History, Plutarch memanggilnya sebagai Father of Lies. Plutarch menganggap kisah yang dituliskan oleh Herodotus adalah rekaan semata-mata. Ini berdasarkan beberapa kisah yang ditulis langsung tidak berkaitan dan setiap watak hanya muncul sekali.
Tapi, masih ramai yang menyanjungi Herodotus.
The Histories of Herodotus merupakan tulisan sejarah pertama yang dibuat secara objektif dan ilmiah. Buku itu megandungi tajuk tradisi kuno, politik, geografi, dan pertembungan pelbagai budaya yang terkenal di Asia Barat, Afrika Utara dan Yunani pada masa itu. Hasil kerja ini Herodutus dipecahkan kepada sembilan buku.
Dalam karyanya, Herodotus menggambarkan latar belakang yang berkaitan bagaimana terjadinya perang Yunani dengan Persia, termasuk situasi politik di beberapa negara kota Yunani. Ia juga menggambarkan keadaan Persia yang sangat maju dalam bidang ketenteraan serta kemenangan bangsa Yunani setelah melakukan serangkaian peperangan.
Cara Herodutus menceritakan sesuatu kisah begitu unik dan menjadi inspirasi kepada ahli sejarah selepasnya. Penggambaran sejarah dengan gaya naratif seperti yang dilakukan oleh Herodotus melalui berbagai tulisannya sangat mempengaruhi sejarawan dan penulis yang hidup ribuan tahun selepasnya dan karya-karyanya sehingga ke saat ini masih menjadi rujukan penting pada penulisan sejarah.
Herodotus telah melakukan perjalanan menjelajahi kawasan jajahan Empayar Persian. Menyeberang laut Mediterranean dan sampai ke Mesir, melintasi Palestin, Syria dan Babylon. Dia menuju ke Macedonia dan menjelajahi kepulauan kecil Greek.
Setiap hari, dia akan mencatatkan pengalamannya. Dia malah menulis tentang budaya dan legenda tempatan berdasarkan pergaulannya dengan masyarakat.
Menurut catatan itu, ketika Herodotus melawat Judea sekitar 450 Sebelum Masihi, terdapat penduduk tempatan yang menceritakan mengenai seekor naga yang dikurung dalam sangkar berhampiran Jordan.
Sebaik mendengar cerita itu, beliau menjejaki kawasan yang diceritakan dan sebaik sampai, dia menjumpai banyak rangka berbentuk ular ditinggalkan. Herodotus kemudiannya mencatatkan bahawa rangka itu adalah milik ular yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir. Ular itu bertembung dengan burung Ibis dan mati dibunuh burung tersebut.
Herodotus juga menulis tentang satu spesis “semut” berbulu berukuran rubah/musang yang tinggal di salah satu wilayah yang jauh di timur, India dalam kawasan jajahan Empayar Parsi. Semut berbulu itu menurutnya, mendiami kawasan padang pasir, dan pasirnya mengandungi banyak debu emas yang halus.
Herodotus percaya bahawa beberapa legenda yang didengarnya adalah fakta dan dia membantu menyebarkan kisah legenda Griffin. Herodotus bertanya kepada penduduk disitu tentang makhluk itu, mereka mengambarkan Griffin berkaki empat dan berukuran singa, dengan sayap dan paruh tajam.
Herodotus pernah menulis secara lengkap gambaran keadaan Babylon selepas dia mengunjungi tempat itu.
“Babylon lies in a great plain, and in size it is such that each face measures 22½ km, the shape of the whole being square; thus the circumference is 90 km. Such is the size of the city of Babylon, and it has magnificence greater than all other cities of which we have knowledge. First there runs round it a deep and broad trench, full of water; then a wall fifty meters in thickness and hundred meters in height […]. At the top of the wall along the edges they built chambers of one story facing one another; and between the rows of chambers they left space to drive a four-horse chariot. In the circuit of the wall there are set a hundred gates made of bronze.” (Histories, I.178-179)
Apa yang ditulis oleh Herodotus tentang Babylon menjadi kritikan beberapa ahli sejarahwan. Babylon tidak mempunyai saiz seluas itu. Tiang yang ditulis sebanyak 100 batang itu juga tidak benar, rekod sejarah lain menyatakan hanya ada lapan. Ini membuatkan ada yang berpendapat Herodotus tidak mengunjungi Babylon tetapi menulis tentangnya selepas dia mendengar kisah itu dari orang lain.
Beberapa catatan situasi peperangan turut ditulis dengan cukup teliti. Antara contoh pertempuran yang dicatatkan oleh Herodotus ialah Pertempuran Massagetae- Scythian dan Parsi, peristiwa Tomyris memenggal kepala Cyrus. Selain itu, dia juga mencatatkan peristiwa penting seperti Battle of Marathon, pertempuran Thermopylae dan pertempuran Salamis.
Herodotus mencatatkan bahawa pertempuran antara Massagetae- Scythian dan Parsi, dia tidak pernah melihat pertempuran yang seganas itu. Tomyris mengetuai askarnya tanpa sebarang formasi, taktikal atau rencana dengannya.
Dia membawa seluruh tentera Massegatae turun ke medan perang dengan rasa yang dendam yang sedang terbakar. Tentera Parsi tidak dapat menahan amuk askar berkuda ini lalu dihabiskan nyawa mereka satu persatu. Lagipun di belakang mereka ialah Sungai Araxes yang menghalang lagi mereka untuk melarikan diri. Akhirnya, Cyrus The Great tewas di tangan seorang Tomyris.
Tokoh sejarahwan lain iaitu Thucydides sering mengkritik Herodotus kerana memasukkan “dongeng” ke dalam naratifnya hanya untuk menjadikan kisah tulisannya lebih “sedap” dan “menyenangkan” untuk dibaca. Namun begitu, hasil kerja Herodotus tetap menjadi sebuah khazanah sejarah yang agung.
RUJUKAN:
1. Mark, J. J. (2018, March 27). Herodotus. Ancient History Encyclopedia. Retrieved from https://www.ancient.eu/herodotus/
2. Herodotus, . (2012, January 18). Herodotus on Babylon. Ancient History Encyclopedia. Retrieved from https://www.ancient.eu/article/84/
3. Charlotte Higgins (2009) The rest is history, The Guardian Website.
https://www.theguardian.com/…/03/herodotus-charlotte-higgins
4. Julia Kindt (2016) Guide to the classics: The Histories, by Herodotus, The Conversation Website.
https://theconversation.com/guide-to-the-classics-the-histo…
5. The Editors of Encyclopaedia Britannica (2020) Battle of Marathon, Encyclopædia Britannica.
https://www.britannica.com/event/Battle-of-Marathon
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih