Empayar Inca merupakan salah sebuah empayar terbesar dalam sejarah sepanjang ketamadunan berdiri di Amerika Selatan. Empayar ini menyaksikan bagaimana nama raja-raja agung yang telah naik dan memerintah empayar yang luas ini. Salah seorang daripadanya yang sedang dibicarakan dalam artikel ini pastinya ialah Huayna Capac, sebuah watak disebalik kegemilangan Tamadun Inca.

Huayna Capac lahir di Tumibamba, iaitu sekitar di Cuenca, Ecuador pada hari ini pada sekitar 1468 Masihi. Huayna Capac merupakan Maharaja kesebelas yang memerintah Inca dan juga yang termuda dalam sejarah. Tempoh pemerintahan Huayna Capac ialah pada 1493-1527 Masihi, iaitu ketika tahun yang sezaman dengan Empayar Melayu Melaka. Maksud nama Huayna Capac dalam Bahasa Inca ialah raja muda. Dia merupakan salah seorang daripada anak termuda daripada 62 orang anak ayahnya yang merupakan maharaja sebelumnya, Tupac Inca.

Tradisi dalam keluarga diraja Inca ialah putera raja atau raja akan dikahwin dengan adik-beradik sendiri demi memastikan ketulenan susur-galur raja mereka. Dalam kes Huayna Capac, dia dikahwinkan dengan adik beradik perempuannya iaitu Coya Cusirimay. Bersama dengan Coya Cusirimay, tiada waris lelaki datang daripada keturunannya, walaupun ketika itu, dia telah berjaya menjadi bapa kepada 50 orang anak lelaki dengan wanita lain. Atas sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Araua Ocllo, adik beradik perempuannya yang lain lalu melahirkan seorang anak lelaki bernama Huascar.

Sebaik sahaja menaiki takhta Empayar Inca, Huayna Capac bercadang untuk meluaskan lagi jajahan empayar Inca. Di bawah pemerintahan Huayna Capac, wilayah seperti Chilie dan Argentina berjaya ditakluknya. Dalam masa yang sama, Huayna Capac menggerakkan sebuah perang besar dengan mengumpulkan 200, 000 orang tentera untuk menakluk wilayah Ecuador dan Colomobia yang memang terkenal dengan kekayaan emasnya selain dalam misi menyebarkan agama rasmi Empayar Inca. Empayar Inca dipuncak kekuasaan adalah ketika era pemerintahan Huayna Capac dengan mencapai wilayah seperti Bolivia, Peru, Argentina, Chile, Ecuador dan juga Selatan Colombia. Empayarnya merangkumi dari bumi Andes yang sejuk membeku di Argentina, sehingga ke kawasan selembab paya. Bahkan di bawah empayarnya, terdapat 200 buah etnik yang terpaksa tunduk pada kekuasaan Inca.

Selain meluaskan empayar Inca ke tahap yang tertinggi, Huayna Capac juga merupakan merupakan seorang yang sangat rajin membina monumen-monumen hebat dalam empayarnya yang sehingga hari ini sangatlah dikagumi. Sebagai contoh, Huayna Capac bertanggungjawab membina Ingapirca, sebuah pusat pemerhatian astronomi yang banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi dunia. Selain itu, Huayna Capac bertanggungjawab membangunkan Cochabamba sebagai sebuah kota pertanian yang sangat hebat dan juga pusat pentadbiran yang sangat mengagumkan. Berkat kepimpinan Huayna Capac, Cochabamba pada puncak kegemilangannya, terdapat lebih 2000 buah silo yang dibina semata-mata mahu menyimpan hasil tuaian jagung. Huayna Capac juga bertanggungjawab membina sebuah kota hari ini menjadi tempat tinggal lebih daripada 21 ribu nyawa, Atuntaqui. Bahkan, sumbangan hebat Huayna Capac ialah pembinaan jalan yang menghubungkan setiap empayarnya. Berhampiran dengan rangkaian jalan yang luas itu, dibina rumah stor yang menempatkan makanan. Maka tidak wujud erti kebuluran ketika pemerintahannya apabila makanan disalurkan keseluruhan empayarnya melalui rangkaian jalanraya.

Namun, pengakhiran yang diterima oleh Huayna Capac adalah kerana terkena wabak Cacar yang dibawa oleh penjajah Sepanyol ke Dunia Baru. Kematian Huayna Capac selepas itu akan membawa kepada pertelingkahan antara anak-anak lelakinya. Atahualpa dan Huascar telah menyeru untuk peperangan bagi menuntut takhta Inca. Perang yang terjadi antara dua beradik ini selepas itu mencatatkan sekurang-kurangnya 150, 000 kematian!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

3 Comments

  1. “Perang yang terjadi antara dua beradik ini selepas itu mencatatkan sekurang-kurangnya 1”

    Kenapa akhir cerita tergantung?

  2. Banyak artikel diorang masih ada kekurangan. Artikel lain pun kdg2 ada kesalahan ‘double written’, typo dan juga tertinggal perenggan. Mohon pihak admin The Patriots perbaiki kekurangan ni, lagi bagus kalau ada Editor yang tapis setiap artikel yang akan dipublish. Harap maklum, Terima Kasih.

Leave A Reply