Alangkah menakjubkan puisi-puisi Rumi kepada Nabi Muhammad SAW. Kalau kita menyangka syair Rumi ditulis untuk awek, maka kita silap. Sebenarnya, banyak puisi Rumi yang ditulis demi memuji Rasulullah SAW.
Rumi berbagi cinta dalam Mathnawi.
“Oh Mustafa, alangkah damainya rahmat Allah baginya. Begitu mulia sampaikan bulan tidak berani menatap wajahnya dan terbelah dua,” madah Rumi.
Syair ini menggambarkan sebuah peristiwa ajaib dengan cukup indah. Allah berfirman tentang mukjizat ini dalam Surah al-Qamar ayat 1 iaitu: “Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.” Kisahnya, kafir Quraisy mencabar-cabar baginda. Maka, baginda pun berdoa dan Allah segeran mengabulkannya. Rembulan pun terbelah dua. Semua orang melihat satu potongan bulan di atas Gunung Abu Qubais dan potongan lainnya di atas as-Suwaida.
“Seandainya bayangan wajah Muhammad SAW terpantul ke dinding, jantung dinding itu akan berdetak hidup. Ia telah merasakan kebahagiaan tidak terperi sehingga terselamat daripada kemunafikan. Ia pun merasa malu kerana bermuka dua sedangkan Muhammad SAW mempunyai satu wajah sahaja,” ujar Rumi.
Dek rindu, semua keindahan mengingatkan kepada baginda.
“Akar dan cabang bunga-bungaan mawar ialah keringat wangi al-Mustafa. Menerusi kekuatannya, bentuk sabit bunga mawar berubah menjadi bulan purnama,” puji Rumi. “Rasulullah ialah cinta sejati dan yang abadi adalah kasih sayang,” nukil Rumi dalam Mathnawi.
Kalau kita bercelak pakai ithmid, Rumi nak pakai debu makam baginda.
“Aku ingin menziarahimu dan menggunakan debu lorong-lorongmu sebagai celak.” Rumi mengambung lagi: “Sungguhpun debu dan habuk berbahaya bagi mata, tetapi debumu suci dan kami mahu menjadikannya ubat untuk mata”.
Rumi belajar mencintai dari sahabat Nabi.
“Kita belajar menjadi manusia dari Allah. Kitalah pahlawan cinta, begitulah para sahabat Muhammad. Meski baginda manusia di antara kita, namun kita adalah tembaga sedangkan Muhammad bagaikan mineral yang menciptakan emas (philosopher’s stone).”
Kalau tanpa baginda, ummah takkan selamat.
“Tuturkan syukurmu, kerana Muhammad membebaskanmu dari berhala, agar engkau jua merdeka daripada berhala di dalam hati. Ku persembahkan selawat kepadamu, biar kedekatan dengan Tuhan bertambah, kerana dekat dengan yang Maha Sempurna, segala-galanya pun mendekat jua.”
Rumi bagai merayu, “law kana baynana habib”.
“Oh Nabi, keluarlah dari kubah hijau itu dan berjalankah dengan memijak kepala kami yang umpama butir-butir debu. Oh Nabi, tolonglah kami yang hina dan lemah, hiburkanlah hati-hati kekasihmu. Oh Nabi, sungguhpun kami tenggelam dalam lautan dosa-dosa kami, tetapi kami masih dahagakan wajahmu. Oh Nabi, dikaulah hujan kasih-sayang, basahilah kehausan kami!”
Muhammad SAW adalah makhluk yang paling menawan dan lebih tampan daripada Nabi Yusuf. Bak kata Rabi’, memandang baginda umpama menatap sang suria yang terbit dengan gah. Malahan, lebih mempesonakan daripada rembulan mengambang.
Bak kata Ali bin Abi Talib, Wajah Rasulullah SAW tidaklah kembung atau terlalu bulat, sebaliknya ada bentuk bujur, manakala kulit Baginda putih merah-kemerahan, mata hitam sangat hitam dan kelihatan garis halus berwarna merah pada mata putih, bulu mata panjang dan lebat, dahi luas, kedua-dua keningnya terpisah dan bukan bersambung di tengah. Rambut baginda hitam pekat, tidak terlalu kerinting atau lurus ikal mayang, sebaliknya lurus berombak-ombak.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih