Tahukah anda, Chris Martin yang menjadi vokalis Coldplay merupakan peminat Rumi, seorang penyair sufi yang terkemuka. Kalau korang tidak percaya, buka album ‘A Head Full of Dreams’ dan ‘Ghost Stories’.

 

Puisi itu berjudul The Guest House.

 

“This being human is a guest house; Every morning a new arrival; A joy, a depression, a meanness; some momentary awareness comes; as an unexpected visitor.”

 

Petikan ini diambil dari Mathnawi yang berbahasa Parsi. Ia telah diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh Nicholson dan AJ Arberry. Kemudiannya, ia diberi nafas baru oleh Coleman Barks. Korang boleh membaca terjemahan bahasa Melayu dalam buku Rumi: Filsuf Cinta Anatolia.

 

“Belajarlah rahsia kebahagiaan daripada Nabi Muhammad SAW, dan bergembiralah ketika takdir Tuhan telah terjadi. Jika kau bersabar, tabah dengan setiap yang berlaku dan tidak merungut. Pintu syurga akan terbuka buatmu.

 

Jika utusan sengsara tiba, sambutlah dia sebagai kawan lama dan dakaplah dia. Dia bukan orang lain selain engkau dan dia saling bersaudara. Jangan tunjukkan wajah duka kepada utusan kekasih, sambutlah kehadirannya dengan gembira.

 

Ucapkanlah, “Selamat datang!” Senyum dan katakan yang baik-baik sehingga rupa luaran utusan itu tertanggal, menampakkan kecantikannya yang sebenar.

 

Genggamlah utusan itu dengan yakin, utusan indah yang zahirnya saja tampak kotor. Jangan sesekali melepaskannya atau peduli akan kekotoran zahir padanya. Apa yang tersurat, lebih mempesonakan semanis iman.”

 

Bagaimana penyanyi Coldplay kenal Rumi?

 

Pada suatu masa, Chris Martin pernah merasa tertekan dengan episod perceraiannya dengan Gwyneth Paltrow. Salah seorang rakan menghadiahkan koleksi puisi-puisi Rumi kepadanya. Mahakarya itu telah mengubah hidup Martin. Dia menemukan kekuatan yang baharu untuk meneruskan hidup.

 

Selain Coldplay, selebriti seperti Madonna dan Tilda Swinton juga memasukkan puisi Rumi dalam karya mereka. ‘If you are irritated by every rub, how will you ever get polished’. Dalam lirik yang lain: ‘Every moment I shape my destiny with a chisel. I am a carpenter of my own soul’.

 

Bagaimanapun, fakta ini tidaklah menyimpulkan puisi-puisi Rumi bercanggah dengan Islam. Kerana karya yang diterjemahkan ke bahasa asing memang sering terjadi ‘lost In translation’. Hakikatnya, Rumi adalah seorang ulama dan sufi besar yang harus diberi perhatian oleh Umat Islam. Jangan sampai orang luar lebih mengangkat Rumi daripada kita sendiri.

 

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

 

 

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11

 

Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan berlangsung tak lama lagi. Jumpa anda di sana!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply