Klang, sebuah bandar yang menempatkan Istana Alam Shah iaitu istana rasmi Sultan Selangor.
Apa sebenarnya sejarah Klang ni? Macam mana kediaman Sultan Selangor berubah?
Dari dulu sampai sekarang Klang ni memang femes sebagai pelabuhan dan disenaraikan di tempat ke-12 pelabuhan paling sibuk di dunia.
Klang ni dipercayai dah wujud lebih awal dari Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan takluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit.
Perkataan Klang ni dipercayai berasal dari perkataan bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu “Klong“.
Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang.
Charles A. Fisher pula berpendapat “Klang” ni bermaksud “terusan” atau jalan air. Pendapat ni dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ni terus kekal sehingga ke hari ini.
Bandar Klang turut dapat nama dari istilah bahasa Langkasuka iaitu “klang” yang bererti ‘tempat yang terletak di tengah-tengah’.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Shah II, Kedah (1506-1546) iaitu Sultan Kedah yang ke-10, baginda mula menerbitkan matawang baru yang diberi nama Tera, Pitis, Kupang (Kepeng), Jempal dan Rial.
Baginda dari Kota Siputih (kini Kota Seputeh) melakukan kunjung hormat ke istana Melaka yang waktu itu yang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
Di tengah perjalanan, baginda menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.
Penemuan beberapa artifak purba seperti gendang gangsa, loceng gangsa dan alatan besi bersoket di beberapa kawasan di Klang seperti di Sungai Klang, Bukit Kuda dan Bukit Badak membuktikan penempatan awal manusia telah wujud di Klang sejak Zaman Logam lagi (2,500 tahun lalu).
Penulisan rekod kerajaan Majapahit dalam Nagarakrtagama mereka juga menyebut nama tempat Klang dan Sungai Ujong termasuk dalam wilayah penguasaan mereka pada abad ke-14.
Nama Klang juga ada dalam catatan China berkenaan tempat-tempat lawatan Laksamana Cheng Ho pada abad ke-15 ketika beliau melawat Tanah Melayu.
Selain Sungai Klang yang jadi nadi laluan utama para pedagang, Klang juga amat dikenali dengan sumber bumi bijih timahnya.
Sultan Melaka pun pernah lantik Tun Perak menjadi Penghulu Klang sebagai wakil Sultan Melaka.
Selepas Kota Melaka ditakluk oleh Portugis dan Kesultanan Johor mewarisi pemerintahan Kesultanan Melaka, Kesultanan Johor tetap hantar wakil pentadbirnya ke Klang dengan gelaran Dato’ Engku Klang.
Klang mula dihuni oleh ramai masyarakat Minang dan Bugis yang berhijrah dan bercampur dengan penduduk Klang tempatan.
Klang ni femes hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857).
Sehinggalah pada 1875, Klang dipilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880.
Di sinilah bermulanya detik-detik kebangkitan Klang yang ketika dahulu tak terikat dengan mana-mana kawasan.
Malah pada ketika itu Klang adalah sebuah kuasa besar di bawah pentadbiran Sultan Sulaiman.
Bagaimanapun, akibat ketidaksefahaman maka berlakulah perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah ketika zaman Sultan Abdul Samad. Panjang lagi cerita pasal perang ni.
Status Klang sebagai Bandar Diraja Negeri Selangor bermula pada zaman pemerintahan Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah apabila baginda berpindah bersemayam ke Klang dari Jugra setelah mendirikan istana rasmi kediaman baginda iaitu Istana Mahkota Puri pada tahun 1903 yang kini merupakan tapak Istana Alam Shah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mana datang nama Setiu? Jawapannya ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan di https://bit.ly/KKTMFB12
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.